Sejuk benar cuaca malam ini, jalan yang gelap gelita dilolosi oleh Ady untuk pulang kerumahnya.Cahaya lampu Motor Honda 70 milik arwah bapanya berbalam menyuluh jalan yang kiri dan kanan dipenuhi pokok-pokok getah yang hampir bertemu hujung pucuk menampakan seperti terowong lagaknya jalan Kampung Selarong Hulu, terasa perlahan benar pergerakan motor arwah bapa Ady, puas dia memulas minyak, lambat benar dirasakan Ady untuk sampai ke rumah.
“Kenapalah lambat pickup motor ni” ngumam Ady, rasa menyesal dia menggunakan motor arwah bapanya. Bukan tidak ada motor lain untuk ditunggangi saja hari ini ingin benar dia dengan motor Honda 70 itu.
7 jam sebelum
“Ady, kau free tak malam ni?” Bob menjenguk Ady yang tekun menyiapkan kira-kira bulanan syarikat
“Free..Kenapa Bob?” tanpa menoleh ke arah Bob, Ady meneruskan kerjanya.
“Ady pandang la aku ni” manja pulak Bob
“Ishk..kau ni Bob macam perempuan nak cakap pun nak pandang-pandang bagai” Ady mendongakkan wajahnya ke arah Bob yang masih terngintai-intai Ady, kedudukan mereka terpisah dengan partition walaupun meja kerja mereka bersebelahan.
“Kau nak apa ni Bob?” kali ini Ady pula bertanya
“Ala, aku nak ajak kau teman aku pergi kenduri kesyukuran umah Siti, segan la nak pergi sorang-sorang” Bob memohon simpati Ady
Ady mengetapkan bibirnya, dia berfikir sejenak. Kenduri rumah Siti tunangan Bob, apa salahnya makan free lah malam ni.
“Ok, aku temankan tapi tak bolehlah lewat sangat yer, jalan nak masuk kampung aku tu gelap sikit, hari ni aku tunggang kuda tau”
“Terima kasih lah sahabat, err mana kereta kau”
“Ala keta aku ada di workshop service mejor, malas aku nak tunggu besok baru aku ambil”
“Ooooo.. ok aku janji pukul 9.00 malam kita balik lah”
...............................................................................................................................
Tubuh Ady dirobos satu tiupan angin yang agak kuat membuatkan Ady kesejukan yang teramat. Tegak bulu roma Ady. Dia melihat jam di tangan sudah pukul 11.50, hampir tengah malam. Orang kata tengah malam bermulanya penyatuan 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Meremang sebentar bulu roma leher Ady.
“Kenapalah sejuk sangat ni, sejuk lain macam, ni semua Bob punya pasal, kata pukul 9 nak belah, sekali pukul 10 malam kau boleh beborak lagi dengan bakal bapa mertua kau” getus Ady, menyesal dia termakan pujukan Bob.
Ady semakin cuak apabila motor yang ditungganginya berhenti secara tiba-tiba.
“Ala, buat hal pulak motor ni, dah tengah malam ni” rumahnya masih agak jauh, Ady turun dari motor selepas beberapa kali cuba menghidupkan motor, suasana malam yang hanya diterangi cahaya bulan merobos dicelah dedaun pokok getah sahaja membantu penglihatan Ady.
“Macam mana ni, aku manalah tahu nak pomen motor ni” Ady berlegar-legar di sekeliling motor Honda 70 arwah bapanya, mencari-cari apa yang boleh dilakukan.
“Motor rosak ke?”
Tiba-tiba Ady berhenti dari langkahnya, dia mencari-cari arah suara perempuan seakan berbisik tadi.
“Siapa tu?” Ady mencari-cari arah datangnya suara tadi
Tiada sebarang jawapan, sunyi sepi hanya kedengaran bunyi cengkerik berdondang sayang ditengah kegelapan malam.
Ady semakin hairan, malam ini otaknya beku untuk memikirkan benda yang bukan-bukan, apa yang ada dibenak fikiran hanyalah untuk menghidupkan motor arwah bapanya ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/117196629-288-k608043.jpg)
YOU ARE READING
Cerita Seram
HorrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...