Salam..
Aku ingin berkongsi dengan korang semua pengalaman aku sewaktu aku mula-mula dapat kerja di KL/Selangor... Aku berasal dari Perlis..
So, kalau dapat kerja di KL, memang aku teramat seronok kerana kerja di KL biasanya gaji agak tinggi kalau nak dibandingkan kerja di kampung. Aku dapat kerja sebagai technician IT di sebuah syarikat swasta..
Kerja IT ni banyak kena tahu..contohnya basic electrical wiring, CCTV, Access Door (Magnetic Lock), internet, modem, wifi, networking, intercomm dan macam-macam lagi lah.
Ok...kerja di sini, bos dah sediakan tempat tinggal iaitu sebuah rumah kondominium yang dikongsi beramai-ramai bersama pekerja-pekerja yang lain... Dalam syarikat tu, ada 6 orang pekerja.
So kesemua 6 orang tu berkongsi tidur dalam rumah kondominium yang sama... Aku biasanya tidur di luar (ruang tamu)..
Tak dinafikan, rumah kondo di Puchong tu memang selesa..Tapi bila dah kongsi beramai-ramai macam ni,, memang agak rimas la, ditambah pula dengan perangai sorang-sorang pengotor macam cilaka..
Yang sorang tu asyik pergi clubbing, balik mabuk muntah2 dalam rumah. Yang sorang lagi, bawak awek sesuka hati masuk rumah, pancut sana sini.. Memang busuk bau air mani dia di mana-mana.. Macam-macam bau da dalam rumah ni..
Akhirnya, aku buat keputusan untuk sewa satu bilik di rumah lain... Pada satu malam, aku search lah di Mudah.My .. memang sangat banyak bilik untuk disewa... tapi ada satu bilik tu aku berkenan...
kerana di rumah tu juga disediakan banyak kemudahan lain macam peti ais, gas dapur, rice cooker, water heater, TV, internet...dan dalam bilik tu dah disediakan katil tilam siap dengan cadar sekali... kipas pulak kipas siling..
almari juga disediakan untuk simpan baju.. Harga sewa sebulan adalah RM350...
So, tanpa membuang masa, aku pun contact la nombor telefon yang tertera di iklan Mudah tersebut.. Waktu tu jugak aku pi jumpa tuan rumah di rumah tersebut utk tengok bilik..
Bilik yang aku nak sewa ni adalah di sebuah rumah apartment di Puchong, Selangor.
Tengok punya tengok,,,fuhhh memang puas hati... Semua lengkap dalam rumah ni.. Aku da tak payah beli apa-apa da...Bilik air pun cantik bersih dan selesa diguna. Internet UNIFI 50MBps disediakan...
So, tanpa fikir panjang, aku pun bayar lah RM700 pada dia termasuk duit deposit..
Dah setel apa semua pembayaran, aku pun pergi la ke kondo balik untuk ambil barang2 dan pakaian2 aku untuk dipindahkan ke rumah flat ni.
Dah setel apa semua pindah-pindah barang, kemas-kemas barang.. Aku pun duduk la rilex-rilex sekejap di sofa di ruang tamu sambil tonton TV LED Sony Bravia 43 inci....
Siap ada Android BOX TV.. So boleh la layan IPTV TV1, TV2..kadang2 tengok channel luar negara yang free..so, tak la bosan sangat duk sini.
Da bosan tengok TV, aku pun bangun jalan-jalan dalam rumah ni tengok sekeliling. Aku tengok di pintu masuk rumah ada rak kasut.. Di rak kasut tu ada banyak kasut dan selipar..
Ni mungkin kasut housemate aku.. Kasut dan selipar kesemuanya nampak macam branded. Mesti diorang ni kaya..Dalam rumah ni ada 3 bilik..
So, maknanya ada 3 orang yang menyewa dalam rumah ni termasuk aku.. Sebab nampak gaya rumah ni memang kemas dan bersih... Tak nampak macam rumah yang disewa beramai-ramai.
Da bosan jalan-jalan, bukak pulak laptop tengok internet.. Bukak facebook, twitter, baca forum carigold, forum lowyat dan sebagainya... Tengah-tengah aku duk menghadap laptop kat ruang tamu tu, tiba-tiba aku terlelap...

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Seram
HorrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...