Peristiwa ini berlaku semasa saya menjalani Perkhidmatan Negara. Saya seorang bekas RP (Regimental Police) di salah sebuah kem yang terletak di sebelah barat Singapura. Kem ini memang berhantu menurut budak2 senior sebelum saya.
Saya dan kawan saya telah ditugaskan meronda kem tersebut ataupun dikenali sebagai "Prowling". Malam itu, pada pukul 1 pagi, kami siap sedia untuk meronda. Pada malam tu pula, bekalan elektrik terputus, mengakibatkan di sebelah belakang kem tersebut menjadi gelap.
Menurut senior2 lama, di "checkpoint" 3 ada penunggu di situ. Setiba di sana, dengan keadaan yang gelap, saya dan kawan saya tidak peduli dengan kata2 dan peringatan itu. Kami pun menyalakan lampu suluh dan teruskan ronda kami. Saya ni pun nak tahu bagaimana gelapnya di "checkpoint" 3. Jadi, saya suruh lah kawan saya matikan lampu suluh tu. Memang gelap sampai tak nampak perjalanan naik bukit itu. Sesaat kemudian, kawan saya menyalakan lampu suluh itu balik.
Sedang kami ronda sambil berbual menuju ke "checkpoint" 4, saya terdengar macam ada orang di belakang padahal kawan saya ada di sebelah saya. Pandang belakang tapi takde sesiapa pun. Saya pun buat bodoh dan teruskan perbualan. Sedang berbual sambil mencuri pandang di belakang, saya ternampak ade lembaga hitam sedang melangkah dengan lajunya mengikut kita. Saya terus pandang ke hadapan balik.
Tiba2, terdengar macam ada orang sedang bernafas dengan kuatnya di belakang saya. Saya tahu bukan kawan saya kerana dia ada di tepi saya. Terus saya cakap dengan kawan saya, "Eh, kita berhenti dan berbual dulu... Cepat2 habiskan 'prowling'". Setiba saja di "Guardroom", saya pun beritahu dia. Kawan saya terperanjat kerana dia tak dengar ataupun nampak apa2 di "checkpoint" sana.
Sejak peristiwa itu, saya sering dikacau dalam bunk. Almari saya diketuk-ketuk. Lampu bilik air hidup dengan sendirinya walaupun takde orang di dalam. Ade "Sadako" di bawah katil. Oooi. Kalau nak teruskan lagi, memang tak habis2 kena kacau.
Pada pendapat saya, memang ade penunggu di semua kem Singapura. Hanya sesiapa2 yang bernasib baik akan berjumpa dengan penunggu2 di situ..
YOU ARE READING
Cerita Seram
TerrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...