Teres 150

410 14 0
                                    

Kisah misteri rumah teres 150 ini berlaku 8 tahun yang lalu dan ini adalah kisah dari pengalaman aku sendiri.kisahnya bermula di mana...

Aku : Aduhai..mana kita nak cari rumah ni? last minit tuan rumah suruh pindah pulak.
Azri:Nak tak nak kita kena cari rumah lain.kau ada idea?
Aku: Nanti lah aku cuba usaha cari rumah lain nanti.

Keesokan harinya...akhirnya aku berjaya juga mendapat rumah yang sememangnya aku suka dan minat.tapi yang menjadi tanda tanya aku kenapa rumah itu murah dan tiada deposit?

Aku: betul ke ni tauke? murah sangat tu?
Tauke : betul maa..lu masuk aje.deposit u tak payah bayar la..u bayar itu sewa terus.tapi u cuci itu rumah dulu la.
Aku: oh..itu tak ada masalah tauke.ok tauke petang ni kita jumpa,saya mau tengok itu rumah lepas tu saya terus bayar.
Tauke: oo..okay.petang ni jam 5 petang ya.
Aku: baik tauke.

Pelik juga aku di buatnya.rumah teres harga 150?tak payah bayar deposit?Macam pelik tapi tak apa lah yang penting murah ( berbisik dalam hati dengan penuh tanda tanya)

Setelah selesai berkemas,punggah memunggah dan sebagainya di rumah lama aku itu aku dan azri sahabat aku terus pergi berjumpa dengan tauke rumah teres tersebut dan bersetuju untuk menyewa.

Tauke : nanti u kasi cuci sikit itu rumah ya? kasi itu orang melayu cakap apa haa itu pendinding sikit maa.
Azri: pendinding? kenapa tauke?rumah tu ada itu hantu ka?
Aku: iskhh kau ni mulut..
Tauke: err tak ada apa..saya kasi itu rumah murah pasal saya sudah manyak rumah maa.. bukan di KL sahaja ada.tapi seluruh negeri.u stay itu rumah berapa lama u suka.i tarak kisah punya.
Aku: okay tauke.terima kasih banyak-banyak.

Aku dan azri sungguh gembira kerana sudah pun memiliki rumah baru dan lebih selesa dari sebelum ini walaupun hanya menyewa tapi aku berpuas hati.

Pada malam pertama aku tinggal di rumah tersebut..Tepat jam 2 pagi ... Maka berlakulah satu kejadian aneh di mana ...

Tepat jam 2 pagi.kelihatan di luar rumah hujan renyai-renyai mulai membasahi bumi.kekadang aku terfikir juga kenapa kawasan yang baru aku tinggal ini sunyi?

Azri: Sunyi kan kawasan ni? macam kita berdua je tinggal tempat ni kan?
Aku: itu lah.sunyi lain macam je ( nada perlahan)
Azri: aku tidur dulu la ..malam ni kita tidur ruang tamu jela.lagipun barang banyak lagi tak kemas tu?
Aku:okay..esok je kita kemas semua.

Baru sahaja aku cuba memejamkan mata..Tiba-tiba terdengar sesuatu di dapur..bunyi nya seperti seseorang sedang membasuh pinggan.Cukup jelas bunyi nya.Aku yang hampir terlena tiba-tiba mata aku menjadi segar semula.Pada mula nya terasa juga berat di hati untuk melihat sendiri apa yang aku dengar itu.Namun aku beranikan diri juga...
Tat ! ( bunyi suis lampu)

Aku: tak ada apa-apa pun? telinga aku salah dengar ke?

Tiba-tiba ada lagi satu bunyi.Kedengaran seperti orang sedang berlari lari dari arah tingkat atas rumah aku.tanpa berfikir panjang aku terus ke di tingkat atas.tapi tiada apa-apa juga yang berlaku.aku hairan dan menjadi tanda tanya.
Pabila aku turun kembali di tingkat bawah..satu kelibat berbulu sempat aku lihat..aku tersentak ! kelibat berbulu itu melintasi dari arah belakang rumah dan tandas.Bentuk sepenuhnya tidak berapa jelas kerana ia seperti bayangan cuma apa yang aku nampak ia berbulu dan matanya merah.Tapi ada sedikit bau busuk seperti bangkai.aku semakin ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumah aku ini.Sedang asyik aku berfikir,tiba-tiba terdengar suara azri yang sedang menjerit .

Azri: kau pergi ! pergi !
Aku: kau kenapa ni? Aku membaca sesuatu dan azri tersedar.
azri: aku mimpi buruk la tadi.tak pasti mimpi apa.yang jelas mimpi aku itu menakutkan ! aduhh.. ( sambil mendengus ketakutan)
Aku: Esok siang kita bercerita.malam ni kita buat tak tahu je jika ada apa berlaku dalam rumah ni.
azri: Esok? cerita? buat tak tahu?aku tak faham la.
Aku : Dah..kau pergi ambil wuduk lepas tu tidur la.esok je aku cerita kat kau okay?

Cerita Seram Where stories live. Discover now