Assalamualaikum dan salam sejahtera,terima kasih kepada FS kerana sudi menyiarkan kisah Atek Joker.
Rata-rata pembaca ingin tahu apa sebenarnya berlaku, ada yang memberi komen positif, mungkin ada yang tidak mempercayainya. Aku ambil positif semuanya. Mengenai kenapa tidak didedah pada umum? Masuk berita atau tidak.
Banyak sahaja peristiwa terjadi tidak didedahkan pada pengetahuan orang awam. Kematian tidak sengaja bayi di taska adakalanya menimbulkan tanda tanya.
Hanya mereka yang terlibat lebih memahaminya. Memang ada disebabkan kecuaian dan segelintir itu misteri. Allahyarhamah Hani dan Atek adalah segelintir kanak-kanak yang menjadi mangsa kerakusan manusia.
Mesti jadi tandatanya,kenapa makcik bayi tersebut seolah-olah tidak memperdulikan lagi kematian Hani. Untuk pengetahuan pembaca, aku ada mencari ibu saudara Hani di Indonesia selepas kejadian itu.
Aku menceritakan ketiadaannya, walaupun dia seperti tidak ambil berat sangat ada penyesalan diwajahnya. Bayi itu sebenarnya telah dirogol oleh suaminya sendiri.
Suaminya mempunyai penyakit Fidofelia, kerana itu dia tekad memberikan Hani selain tidak mampu. Kerana berasa malu dan bersalah, dia bersikap sedemikian.Aku sekali lagi lemah kaki lutut.
Ingin aku mencincang lumat lelaki durjana itu. Bila ku bertanya kemana suaminya,dia khabarkan selepas pergaduhannya tentang Hani,lelaki itu menghilangkan diri. Tiada insan yang berperasaan keibuan tidak sakit hati melihat kanak-kanak diperlakukan kejam, sedangkan melihat anak kucing sakit sudah tersentuh.
Meneliti beberapa siri kejadian aneh berlaku sebelum peristiwa besar itu membuatkan jawapan kepada kematian Hani terungkai.Aku coretkan ianya satu persatu dan aku mohon maaf sekiranya entri ini begitu panjang.
Beberapa tahun sebelum 13 Mei 2011..
“Kak Azzzz!kak Azzz!” diikuti ketukan pintu, “dang dang dang dang!” “dang dang dang dang!”. Aku terjaga dari mimpi,perlahan-lahan ku melangkah ke muka pintu.Aku sempat mengerling ke luar tingkap, hari mula cerah.Aku memulas tombol lalu membuka pintu.Aku lihat Mairah tercegat dimuka pintu. Belum sempat aku bertanya apa-apa,dia bersuara cemas
“kak,mak si Atek minta tolong,dia ada kat bawah menangis-nangis”. Otak ku ligat,
“dah kenapa mak si Atekni” hatiku berbisik. ” Kenapa dia Mai?ada dia bagitahu?” soal ku kepada Mairah.
” Dia cerita, adik dia kerasukan tadi dirumah.Dia minta tolong kakak ikut dia balik rumah tengok adiknya.Dia tak tau nak buat apa katanya” jawab Mairah dengan slang Sabahnya.
Bila ku dengar perkataan kerasukan tu, aku terus terfikir Rania. “Ok,akak siap sekejap dan maklumkan pada kak Rania hal ni beritahu akak nak bawa dia sekali ke rumah Atek”. Mairah mengangguk lalu lantas turun ke tingkat bawah.
Aku bergegas menukar baju.Subuh tadi aku sudah mandi dan menunaikan solat namun terlelap kerana masih rasa keletihan mengemas kawasan sekitar luar rumah petang semalam.
“Cikgu, adik saya berperangai pelik.Jam 7.30 pagi tadi, saya, Atek, Akil dan adik saya Shira turun bawah nak ke parking kereta. Shira dukung Atek dan saya pegang Akil serta beg budak berdua tu.Bila saya dah masukkan Akil dan beg, saya pandang Shira berdiri tegak dengan matanya terbuntang memandang ke arah pokok-pokok Rhu tepi apartment blok kami.Saya dah rasa cuak, dengan Atek pula masih dalam dukungannya”.
Puan Nani menghentikan ceritanya sambil mengelap air matanya.Gaya suaranya dari tadi menggeletar diikuti esakan tangisan. Aku faham benar perasaan beliau yang masih panik dan buntu dengan tindakannya.
Stering kereta dipulasnya perlahan membelok ke kiri jalan keluar dari taman perumahan kami. Aku duduk di hadapan,Puan Nani pemandu sementara Rania di belakang.
Mataku sekali sekala melihat cermin depan atas.Dari tadi ku lihat Rania berdiam diri dan memandang luar tingkap kereta. Rania mempunyai sedikit kebolehan berinteraksi dengan makhluk halus serta mengubati mereka yang terkena gangguan.”Kemudian apa tindakan puan selanjutnya tadi?” aku menyoal
Puan Nani setelah ku lihat dia mula tenang sedikit. “Saya ambil Atek dari Shira. Pada mulanya dia taknak lepaskan Atek, saya cuba lagi,dia mendengus-dengus marah.
Saya dah panik ketika itu,dalam hati dah mula risau keselamatan anak.Takut dia akan berbuat sesuatu pada Atek.
Saya tekad rampas Atek, Shira menjerit, sambil mengeluarkan kata-kata ‘aku bunuh kau Shira!, aku bunuh kau! ‘suara dia parau.
Saya berjaya dapatkan Atek serta merta masukkan dia di tempat duduk bayi di hadapan dan kunci anak-anak dari luar. Saya panik cikgu.” tangisannya kembali kedengaran. Menurut Puan Nani lagi dia menarik adiknya naik keatas rumahnya ditingkat tiga, dalam keadaan adiknya meronta-ronta dan mengulang-ulang perkataan ‘aku bunuh kau shira!” lalu mengunci adiknya dari luar rumah.
Sempat beliau meminta bantuan jiran sebelah untuk memantau adiknya, memberi kunci rumah dan meminta pendapat apakah yang harus dia lakukan. Jirannya Puan Laili menelefon Ustaz Kamil iaitu imam masjid berdekatan apartment mereka.
Puan Nani bergegas ke parking kereta semula. Atek dan Akil menangis di dalam. Dia memandu terus ke taska.Itu sahaja tindakan yang Puan Nani rasa boleh dilakukan disaat genting itu.
“Az, benda kat badan ‘dia’ ada kat bawah ni,benda tu dah tahu awai lagi ustaz dan kita nak mai” Rania bersuara. Kami baru sahaja sampai di parking kereta blok D Apartment Melor.
Aku memandang Rania lalu menarik nafas dan “okay” jawab ku ringkas.Kami bertiga menaiki tangga ke tingkat tiga. Tiada lift apartment ini.Aku mula memikirkan,gigihnya Puan Nani setiap hari turun dan naik membawa Akil dan Atek.
Akil berumur 2 tahun dan Atek berumur 5 bulan ketika itu. Sampai sahaja di depan muka pintu rumah Puan Nani,jirannya Puan Laili dan suami sedang bersembang.Kedua mereka ku kira berusia awal 50an. “Shira macamana kak?” tanya Puan Nani.
“Ada di dalam, depan televisyen” jawab Puan Laili.Aku dan Rania memohon izin masuk ke dalam rumah. Kami melangkah masuk , hidungku terhidu bau hancing dan hanyir. Rania berdehem.
Dia berjalan terus mencari Shira di ruang menempatkan televisyen.Rumah apartment ruangnya mudah diketahui. Aku melihat sekitar, tersusun rapi dan kemas.Pembersih ahli rumah ini.
Cumanya bau hancing dan hanyir entah dari mana. Aku mengekori Rania .Kulihat Rania memerhati sekujur tubuh sedang berbaring di sofa bertentangan televisyen dan sekali sekala matanya terpejam sambil bibirnya terkumat kamit.
Wanita berbadan kurus,rambut lurus panjang ke pinggul,berkulit agak sawo matang,mata tertutup,itulah Shira. Lima minit juga Rania berdiri dihadapannya. “Nani!! Kau kenapa bawak diorang ni datang?!” Shira bersuara tinggi sambil bangkit dari sofa.
Puan Nani kaget.”Shira kan sakit.Akak nak bantu kau” terdengar suara kerisauan Puan Nani.”Aku sihatlah celaka!” Shira mula menengking. Perasaanku mula bergolak antara marah dan sedih. Rania tidak berganjak.
Masih terkumat kamit bibirnya.”Kau berambus dari rumah ni sekarang!Aku panas lah s**l!!” Shira menuding jarinya kearah Rania dan aku.
Ketika itu juga telinga ku berdesing,”ngingggggggggg”. Aku pejam mata. Bauan hancing dan hanyir semakin kuat. Ada sesuatu yang ku rasakan. Angin sejuk diikuti bisikan suara perlahan lelaki seperti membaca mentera lalu ditepi telinga kiriku.
Keringat mengalir diwajahku. Jantungku berdebar. Lebih kurang 2 minit keadaan itu. Aku buka mata. Shira mengerling kearahku sambil tersenyum sinis. Wajahnya kelihatan pucat sekali, rambut mengerbang ditiup angin dari luar tingkap yang entah bila terbuka.
“Hahahahaha,hahahaha,hahahaha!!” Shira ketawa.
“Tubuh ini aku punya! Kau,kau dan kau,jangan masuk campur.Kalau tidak Shira aku bunuh!!” ugut Shira.
“Kau jin,syaitan,keluar dari tubuh itu!Kau tidak layak mengambil nyawa dia melainkan izin Allah!!” terdengar suara lelaki menyahut kata-kata Shira.
Ku menoleh kebelakang, rupanya Ustaz Kamil sudah sampai. Rania dan aku melangkah ketepi memberi laluan kepada ustaz Kamil. Ustaz Kamil mula membaca ayat-ayat Ruqyah.
Shira masih gelak dan sekali sekala mengeluarkan kata-kata sumpah seranah.
....bersambung. ...
YOU ARE READING
Cerita Seram
HorrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...