Sebelum aku bermula dengan cerita, hendaklah aku memberi sedikit pengenalan tentang diri aku, nama aku Fakhrul, berasal dari Segamat,Johor dan sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik. Maaf sekiranya cerita ini kurang menyeramkan.
Hari itu seperti biasa selepas habis kuliah aku terus pulang ke rumah sewaku, ketika ini yang berada di rumah cuma aku dan Lokman, kerana yang lain telah pulang ke kampung.
Aku bukan tidak suka pulang ke kampung, cuma aku lebih suka lepak di rumah ini kerana mempunyai wifi sendiri. Bagi aku hanya dengan wifi aku mampu untuk hidup kerana aku suka bermain games online.
Berbeza dengan Lokman kerana Lokman ini kaki perempuan orangnya. Jarang melihat Lokman berada dirumah. Walaupun begitu, sekiranya ada masalah akulah tempat dia mengadu.
Seperti biasa sesampai sahaja dirumah aku terus membuka laptopku. Selang beberapa minit aku perasan yang Lokman telah bersiap untuk keluar.
Riak wajahnya menunjukkan yang dirinya sedang dilanda masalah. Aku berdiam tidak menanyakan apa masalah dia kerana aku tahu tidak semua benda boleh dikongsikan.
Masuk hari ini dah dua hari Lokman tidak pulang ke rumah. Perkara ini bukanlah perkara yang luar biasa, kerana pernah juga sampai lima hari dia tidak pulang kerumah sehinggakan kuliah pon dia tidak hadir.
Aku tidak mengendahkan dan teruskan dengan dunia game aku.
Masuk malam yang ketiga, hari itu aku tidur awal kerana badan kurang sihat akibat terlebih bermain game. Lokman pulang kerumah dan aku tidak mengendahkan dia langsung.
Aku rasakan seperti diperhatikan dan ketika aku membuka mata aku lihat Lokman berada diluar pintu bilik aku sedang memerhatikan aku. Agak lama juga dan mungkin dia tidak perasan yang aku sedang memerhatikan dia kerana bilik aku gelap.
Sebelum beredar terdengar dia mengatakan yang dia meminta maaf dan dihalalkan segala makan dan minum. Sungguh pelik aku malam itu tapi kerana badan yang kurang sihat ini aku terus tertidur.
Esoknya ketika tersedar aku terus ke bilik Lokman. Pintu biliknya berkunci. Aku ketuk memanggil Lokman. Lima minit berlalu, masih tidak mendengar sebarang jawapan.
Langkah terakhir aku berfikir hendak memecahkan pintu bilik tersebut. Tiba-tiba aku terdengar Lokman bersuara. Dia mengatakan yang dia tidak apa-apa dengan suara yang agak garau. Hilang sedikit kerisauan dalam hati ini.
Selepas kejadian itu Lokman terus menerus berkurung dalam bilik itu. Ketika aku mengajaknya untuk keluar makan dia menolak dan untuk pengetahuan semua pintu bilik masih terus berkunci. Hanya komunikasi dua hala menerusi pintu bilik tersebut.
Tiga hari berlalu, pintu masih berkunci. Firasat mengatakan ada benda yang telah berlaku dalam bilik tersebut kerana dari bilik tersebut mengeluarkan bau bangkai yang kuat. Pada mulanya sangkaan cuma mengatakan mungkin si Lokman telah terkencing atau berak dalam bilik itu, oleh kerana malu dia terus berkurung dalam bilik itu.
Malamnya, aku terdengar bunyi jeritan yang kuat daripada bilik itu. Aku terus berlari menuju ke bilik tersebut. Oleh kerana pintu masih berkunci aku terus memecahkan pintu bilik itu tanpa berlengah lagi.
Dalam kegelapan bilik itu ternampak seperti kain putih terbang menuju ke tingkap bilik dan terus hilang. Perkara tersebut memang memeranjatkan tapi yang lebih memeranjatkan adalah sosok kaki tanpa jejak tanah didepanku.
Cahaya yang samar-samar hanya menampakkan kaki tersebut. Kaku aku dibuatnya apabila lampu dibuka, rupanya yang didepanku adalah Lokman.
Sosok tubuh tidak bernyawa didepanku sungguh mengerikan. Matanya yang terbuka menunjukkan kesakitan sebelum kematiannya, lidah yang terjelir dan kelihatan najis keluar dari kemaluannya bersepah dibawah mayat tersebut.
YOU ARE READING
Cerita Seram
TerrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...