Kekasihnya Abang Bomoh 2

130 5 0
                                        

Angin diluar makin kuat diikuti dengan deruan pepohon rhu yang kulihat semasa menuju masuk ke kawasan apartment ini ditanam agak banyak di sepanjang jalannya.“Aku mohon kau keluar dari tubuh ini wahai makhluk Allah” ustaz Kamil cuba berbicara tenang.

“Aku tak mau!Jangan campur urusanku!” jawab Shira dengan suara yang kian parau dan wajah pucat bengis. “Kau taknak keluar secara baik,aku bakar kau dengan ayat-ayat suci dari Tuhanku dan Tuhanmu!” ustaz Kamil mengeraskan sedikit suaranya.

“aaaaaaaaaa,aaaaaarghhhh,hahahahaha!!!!” suara nyaring jeritan dan gelak Shira yang membuatkan kami cering bulu roma. Tiupan angin bertambah kuat dan satu persatu perhiasan kaca dan plastik sekitar ruang menonton terhempas ke lantai.

Ada yang pecah.Rania melangkah menuju ke tingkap. Ku lihat dia cuba menutup tingkap namun tidak berjaya menarik tingkap jenis ‘casement window’ tu. Aku berjalan menujunya dengan niat membantu.

Aku mencapai besi pengunci tingkap dan menariknya.“Memang susah nak tarik” getus hatiku. Aku berusaha lagi. Tiba-tiba aku merasakan bahuku ditarik kuat,menyekik ku dari belakang disertai hilaian tawa antara marah dan ejekan.

Aku rasa tercekik. “Hoiiii!!!Bodoh biarkan tingkap itu terbuka…” tak sempat dia menghabiskan ayat, aku sekuat hati menarik tingkap,dan menjerit menyebut Allah!! lantas tingkap itu tertutup, separuh tenaga ku pusing ke arah Shira yang masih mencekikku, aku melawan.

Leherku tercekik, aku cuba menarik tangan Shira dari leherku,semakin kuat jari-jarinya.Kakinya juga menendang-nendang perutku.Kulihat Ustaz Kamil,Rania dan Puan Nani berusah menolong ku.Tenaga Shira umpama dua orang lelaki perkasa.

“Biar aku bunuh kau saja!” Shira bersuara. Wajah Shira sangat bengis dan matanya tidak berkelip sambil mengerjakanku. Sekejap kami berdua kekiri, sekejap ke kanan.

Pada mulanya aku tidak melawan sepakan kakinya yang masih bertalu-talu, tapi bila aku mula kesakitan,seperti ada sesuatu mendorongku melawan kembali.

Mereka yang membantuku cuba menarik tidak keruan hala. Sampai satu saat tubuhku jatuh terhempas kelantai,sakitnya hanya Allah yang tahu. “Aku dah kata,jangan masuk campur hal aku dan dia! dia milikku selamanya ” Shira berkata-kata sambil menyeringai.

Aku tabahkan hati lalu mengangkat kaki menendang sekuat hati kepinggang kiri Shira. Maafkan aku, tapi ini sahaja dayaku Shira. Kalini tendanganku mungkin benar-benar kuat.Cengkaman Shira mengendur dia mula terhuyung hayang,kemudian terduduk lalu di pegang oleh Puan Nani,Rania dan suami Puan Laili.

“Aaahhhh,erghhhhh,haaaaaa!,s**l!!” jerit Shira. “Wahai jin,aku sudah memberi amaran padamu,sekarang kau rasakan ini!” Ustaz Kamil membacakan ayat suci Al-Quran. Shira tidak keruan. “Panas,panas!.Sakit,sakit!Li, bantu aku Li!” Shira seakan merayu-rayu.

Rania juga ku lihat berusaha membantu Ustaz Kamil. Rania duduk bertimpuh di belakang Shira sambil tangannya lembut seolah-olah menarik sesuatu. Beberapa saat, hijabku terbuka, ku lihat seperti jarum-jarum halus keluar terapung dari sekitar pinggang belakang Shira.

Rania menariknya lalu dicampak kearah tingkap.“Tau kau kepanasan ya! Siapa kau,siapa tuan kau dan apa maksudmu ketubuh ini?!” tanya Ustaz Kamil. “Hahahaha,hahaha!aku Ifrit,belaan Rosli!Juga makhluk suruhannya untuk menjaga Shira, tapi kamu semua telah mengganggu hubungan tuanku dengan perempuan ini!” kata makhluk yang menguasai tubuh Shira ketika itu. ”

Suruh Rosli cari orang lain,lepaskan adik aku!” Puan Nani bersuara dalam nada merayu.”Kau diam!”makhluk tu mengherdiknya. Puan Nani mula menangis.

Rania mencekak leher Shira,dia meronta-ronta.“Lepas,lepas,lepaaaaaassssss!” . Ustaz Kamil sambung tugasannya. Shira kesakitan,badannya tiada daya.Kulihat dia mula lemah.

Cerita Seram Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang