Kekasinya Abang Bomoh 3

138 2 0
                                    

Rania seperti hilang kuasa, dia sering jatuh sakit. Dia juga sering bermimpi kejadian aneh dan menakutkan serta kejadian Shira yang lepas menjadi bayangan.

Aku seperti ceritaku yang lepas,seperti melihat kelibat Atek dimana-mana kala sunyi dan insomnia.Aku ada bertemu pakar psikitrik ,mereka kata aku stress dan perlu berehat.

Tekanan darahku juga tidak menentu. Demam dan meremang-remang itulah keadaan yang dapat ku ungkap sepanjang-panjang hari, minggu sehinggalah berlaku peristiwa hitam itu.

Ada juga aku usahakan berubat,namun belum rezeki untuk pulih.Awal usia Atek berumur 2 tahun,
“Cikgu,mak dan ayah selalu pukul Atek kat rumah” cerita Akil.

“Kenapa?” tanya ku.

“Atek selalu buat bising dan sepahkan bilik mak” Akil sambung cerita sambil ada titis air mata dipipinya. Aku mengeluh panjang. Ku lihat keletah Atek.

Adakala Atek ceria sangat bergelak ketawa tanpa berhenti,adakala dia diam memencil diri.Pernah aku buka pakaiannya di ketika waktu mandi,kulihat badannya berbirat-birat kesan rotan yang kuat.

Aku menangis. Aku memeluk Atek.“Hilang akal si Nani ni!” marahku. Haritu juga aku menelefon Puan Nani betanyakan hal itu. Dia seolah panik bila aku memberitahu hal tersebut.

Dia menjelaskan padaku yang dia tiada memukul anaknya. Dalam masa yang sama dia memandu ke taska dari tempat kerjanya. Dalam pemanduannya dia hampir kemalangan maut. Terlanggar kereta orang lain dan terbabas ketepi.

Waktu itu aku keliru segala kejadian, kerana sikap ahli keluarga mereka berubah. Atek makin agresif dan menakutkan kanak-kanak lain. Aku menasihatkan Puan Nani berubat dan ia hanya mengiakan sahaja.Entah pergi atau tidak.

(Imbas kembali kisah Atek Joker)
Beberapa bulan setelah kematian Hani..Doktor sahkan Atek mengalami penyakit mental jenis “multiple personality disoder”. Mengikut perkiraan Sains ianya disebabkan kecelaruan minda akibat dari tekanan dan sebagainya.

Disarankan para pembaca mencari maklumat tambahan tentang penyakit ini.Ketika Atek membunuh Hani, dia sudah tidak dapat mengawal kelakuannya.Namun,punca dari segalanya ada kaitan dengan gangguan sihir yang dihantar Rosli.

Setelah mohon petunjuk dari Allah, Rosli ada datang bertemu Ustaz Kamil,meluahkan perlakuannya. Dia menceritakan dia menyekutukan Allah,dengan cara menghantar sihir kepada keluarga Puan Nani, Shira, aku dan seluruh warga taskaku sejak awal-awal lagi.

Atek antara perantaraan jinnya.Dia amat berdendam dengan kami.Dia ingin kami gila dan hancurkan kehidupan serta taska ku.

Wallahua’lam.Selepas pertemuan itu,Rosli jatuh sakit dan mengalami tekanan mental teruk. Itu kifarahnya. Puan Nani berpindah ke suatu perkampungan yang aman, agar Atek serta keluarganya kembali pulih.

Para pembaca yang bergelar ayah ibu,berhati-hatilah dengan persekitaran anak-anak anda. Ramai Fidofelia dan pengamal ilmu iblis ini bergerak sekitar kita.Mereka ini tidak lain tidak bukan Iblis bertopengkan manusia.Antara puntianak, dan hantu pochong, makhluk seperti ini lagi menyeramkan. Astaghfirullah.?

Sekian...

Cerita Seram Where stories live. Discover now