Kekasih

112 1 0
                                    

AIZAT membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berat. Semuanya akibat pil yang diberikan oleh Syed Aiman. Entah pil apa yang ditelan bersama air coke itu. Aizat tidak ingat apa yang berlaku malam tadi. Matanya terpandang pashmina yang sering tersarung pada bahu Fenn. Awal pula Fenn bangun tetapi tidak pula dilihat kelibat Fenn.
“Fenn…” Aizat memanggil. Dia mencapai pashmina Fenn. Ada kesan darah pada pashmina tersebut.
Aizat tidak sedap hati. Aizat gelabah mencari Fenn. Barang-barang Fenn masih berada di dalam khemahnya. Aizat mengejutkan rakan-rakannya yang lain. Terpisat-pisat Syed Aiman dan Asrul bangun dari tidur.
“Korang nampak Fenn?” Soal Aizat.
Kedua sahabatnya itu menggeleng. Riak muka Aizat nampak cemas. Kenapa dengan Fenn? Mereka keluar dari khemah.
Syed Aiman bercekak pinggang memandang ke arah khemah Fenn yang terbuka. Fenn tidur sendirian di khemah. Tidak berkongsi dengan Rita dan Dania.
“Apa hal kecoh-kecoh ni?” Rita dan Dania merapati. Tidur mereka terganggu dengan suara Aizat.
“Fenn hilang!”
“What?!” Terbelalak mata Rita.
“Malam tadi kau dengan Fenn kan? Korang yang last berjaga.”
“Tapi lepas tu aku lepak-lepak dengan Aiman dan Asrul. Fenn masuk tidur.”  Aizat memicit-micit kepalanya. Kabur. Dia tidak boleh ingat apa yang berlaku malam tadi.
Puas Aizat mencari Fen sekeliling tempat perkhemahan itu. Fenn tidak kelihatan. Fenn tu penakut masakan berani keluar sendirian dalam hutan begini. Aizat semakin resah. Kepalanya masih terasa pening. Kesan pil itu masih belum hilang sepenuhnya.
“Kita berpecah cari Fenn. Aku dengan Asrul cari sebelah sana. Rita, danDania cari sebelah sini. Aizat, kau tunggu saja di khemah. Aku tahu kau tak berapa okay lagi.”
“Aku nak cari Fenn jugak!”
“Kau tunggu sini. Mana tahu Fenn balik ke khemah semula,” gerutu Rita.
Aizat terpaksa mengalah membiarkan rakan-rakannya mencari Fenn. Dia meramas-ramas jemari menunggu Fenn di tempat perkhemahan mereka.
Keempat-empat rakan kembali dengan wajah hampa. Aizat meraung. Sukar untuk dia menerima kehilangan Fenn. Mereka sepakat melaporkan kehilangan Fenn kepada pihak polis.

KE mana Fenn menghilang? Tiada jawapan untuk soalan itu. Aizat banyak termenung. Wajah Fenn sentiasa terbayang di ruang matanya. Aizat merindui Fenn. Fenn menghilang tanpa dikesan. Ke mana Fenn pergi? Mereka tidak pernah bertelagah. Jauh sekali bertengkar.
Langkah Aizat longlai menuju ke bilik tidurnya. Sekuntunm bunga ros merah berada di atas katil Aizat. Aizat tersentak. Hidung menangkap bau haruman minyak wangi yang Fenn selalu gunakan. Kelibat perempuan lalu di belakang. Aizat menoleh. 
Bau harum itu masih berada di dalam rumah itu.
“Fenn!” Aizat meluru keluar dari biliknya.
Fenn kelihatan tercegat di muka pintu rumah sewa Aizat. Wajah Fenn pucat dan  berdarah. Bibirnya mengukir segaris senyuman. Matanya sayu memandang wajah Aizat. Fenn mengangkat jari telunjuknya ke arah gambar yang tergantung pada dinding.
Gambar mereka berenam. Apabila Aizat menoleh semula, Fenn sudah menghilang. Hanya suara tangisan sayu-sayup kedengaran.
“Fenn!” Aizat terjaga dari tidurnya. Di sisinya ada terletak sekuntum bunga ros berwarna merah. Bunga ros itu masih segar.

*****

“ADA berita tentang Fenn?” Rita bertanya sebaik kelas mereka tamat.
Aizat menggeleng perlahan. Berita tetang Fenn masih tidak ada sebarang jawapan. Gerakkan mencari Fenn di hutan lipur itu semakin hari semakin perlahan.
“Sabar okay. Aku faham perasaan kau.” Rita menunjukkan keprihatinannya pada Aizat.
“Aku dah rancang last semester ini kami nak bertunang. Habis belajar kami kahwin.”
Rita tahu yang Aizat begitu sayangkan Fenn. Di mata Aizat hanya ada wajah Fenn. Aizat langsung tidak tahu yang dia menaruh hati padanya. Rita dulu mengenali Aizat dari Fenn. Siapa yang terpikat dengan Aizat yang ada rupa dan gaya itu.
“Kami pun risaukan Fenn. Fenn tu kawan kami juga. Kami pun pelik Fenn boleh ghaib macam itu saja.” Desis Rita.
“Aku takut… aku takut Fenn…”
“Dah mati!” Rita terus memintas kata-kata Aizat.
Aizat diam. Debaran hatinya kian terangsang . Fenn hadir dalam mimpi seperti ingin memberitahu sesuatu.
Fenn yatim piatu. Tiada sesiapa di dunia. Fenn membesar di rumah anak-anak yatim. Di situlah rumah dan keluarga Fenn.
“Tak usahlah kau fikir sangat. Ganggu kesihatan kau pulak.”
“Aku balik dulu.” Aizat berlalu.
Rita mengebam bibir.

SYED Aiman mengalih posisi tidurnya ke kiri. Sebaik dia membuka mata, wajah Fenn yang berlumuran darah itu berbaring di sebelahnya. Serta-merta Syed Aiman bingkas bangun.
Dia nampak kelibat Fenn lalu di depannya tadi. Syed Aiman menggosok-gosokkan matanya. Kelibat Fenn kelihatan lagi. Sekejap muncul dan sekejap menghilang.
Tangan Syed Aiman menggeletar mencapai telefon bimbitnya.
“Helo, Asrul…”
“Helo,”
“Aku nampak Fenn,”
“Apa kau merepek ni?”
“Aku serius okay.”
“Kau khayallah tu!” Asrul mendengus.
“Aku tak ambik ‘benda’ tu lagi okay. Aku dah stop sementara ni.” Syed Aiman perlu menumpukan perhatian pada peperiksaan akhir.
“Karutlah tu. Aku nak keluar ni. Girlfriend aku sedang tunggu kat bawah.”
Asrul memutuskan talian.
Dia menyandangkan beg galas atas bahu. Asrul menutup pintu tetapi niatnya terbatal apabila terlihat kelibat wajah Fenn. Pintunya dibuka semula. Dahi Asrul berkerut.
“Tak mungkinlah?”
“Apa yang tak mungkin?”
Asrul memusingkan tubuhnya. Riak mukanya berubah menjadi pucat seperti mayat.
“Fennnn…”
Asrul berundur hingga masuk semula ke apartmennya. Sekelip mata Fenn berada di depan mata Asrul. Bau hanyir darah bercampur bau busuk hinggap ke lubang hidung Asrul. Daging kelihatan terlerai dari wajah Fenn. Fenn mengangakan mulutnya yang penuh dengan ulat-ulat kecil.
“Aaaaa!”
Tubuh Asrul merempuh tingkap. Asrul tergantung kaku dengan lilitan kain selimut pada leher di luar tingkap apartmennya itu. Jelmaan Fenn yang mengerikan itu menghilang.

*****

SATU kolej kecoh dengan kematian Asrul. Orang yang paling sedih sudah tentulah sahabat rapat Asrul. Aizat, Syed Aiman, Rita dan Dania hadir di hari pengembumian Asrul. Polis spekulasikan kematian Asrul, bunuh diri akibat dos pil yang diambil. Dalam kocek seluar Asrul ditemui bungkus pil terlarang.
Aizat beredar dengan rasa amarah. Dia tidak menduga sahabatnya mengambil ‘benda’ terlarang itu.
“Aku tak rasa Asrul bunuh diri.” Suara Rita.
“Habis, siapa bunuh dia? Fenn?” Dania mencelah.
“Kau jangan mengarutlah.  Kalau dia jadi hantu, kenapa dia nak kita mati pulak?” Rita mendesah.
“Aiman kata dia dampak Fenn. Hantu Fenn!” Getus Dania.
Rita menarik Dania menjauhi sahabat-sahabat yang lain. Mujur saja Aizat tiada bersama mereka.
“Kau jangan menakutkan orang.” Marah Rita. Suara Dania hampir menarik perhatian yang lain.
“Kau tak percaya kau tanya pada Aiman.” Dania mengetap bibir. Dania bingkas berlalu. Rita menyilangkan tangan.

DANIA tinggal sendirian di studio tarian. Dia sibuk dengan latihan tariannya untuk persembahan yang akan datang. Muzik yang dimainkan berhenti.
Dania berhenti menari apabila irama muziknya tidak kedengaran. Siapa pula yang menutup muzik yang dipasangnya itu. Dia mendengus kecil. Dania mengesat peluh di dahi dengan tuala kecilnya. Dania menekan semula punat pada micro Hifi tersebut. Muzik kembali bergema.
Sekali lagi muzik yang dimakinkan terpadam. Dania bercekak pinggang.
“Tak kelakar okay! Jangan main-mainkan I lah!” Dania berteriak.
Pintu studio itu terbuka tetapi tiada orang kelihatan di muka pintu. Dania mula cuak. Dia melangkah merapati pintu.
“Guys! Please jangan main-mainkan I!”
Dania menutup semula pintu studio. Dia tiada mood untuk meneruskan latihan tarian semula. Dania mengemas beg galasnya.
Krekkkk!
Pintu studio itu terbuka semula. Sebatang tangan menyentuhnya dari belakang. Dania berpaling. Tiada sesiapa. Dania rasa merinding. Dania tidak mahu menunggu lama. Dia perlu meninggalkan studio itu. Dania membuka langkah. Saat itu ada kelibat perempuan kelihatan berdiri di laluan koridor itu.Dania tergamam apabila mengamati wajah perempuan.
“Dania!” Salah seorang rakan menyapa.
“Aku balik dulu.” Dania tidak mengendahkan rakannya itu.
“Dania… kejap…”
Dania laju menuruni anak tangga. Seperti ada orang yang menolak...

Bersambung

Cerita Seram Where stories live. Discover now