#1 ORANG-ORANG

127 5 0
                                        

RUMAH ANGKER (Illya Abdullah)

SHARMIN memandu kereta dengan berhati-hati. Fazmin di sebelah memeriksa peti mesej di dalam telefon bimbit. Sebaik melepasi terowong Sharmin menarik nafas lega. Mereka berhenti rehat sebentar menghilangkan rasa mengantuk. Fazmin sudah menguap kecil.
Sharmin menghulurkan minuman berperisa nesface di dalam tin kepada adiknya itu. Fazmin mengambil dengan senyuman.
“Kita gerak semula.”
Mereka masuk semula ke perut kereta.
Sharmin mengikut jalan dalam. Jalan ‘short cut’ orang kata. Kereta mereka menyusur masuk ke jalan yang kiri dan kanan dipenuhi pokok kelapa sawit. Sebaik melepasi kawasan perkuburan Pekan Rabu suasana menjadi gelap gelita. Kereta Sharmin terus bergerak hingga sampai saat Fazmin di sebelah mula rasa pelik. Jalan yang mereka ikut itu seperti tiada penghujung.
“Eh betul ke kau ikut jalan ni?” Fazmin menegur. Tiada nama sebuah rumah pun di tepi jalan. Rasanya rumah saudara yang mereka tuju tidak jauh mana. Selepas perkuburan tadi mereka patutnya sudah sampai dalam 10 minit begitu. Ini sudah hampir sejam.
Sharmin segera memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia melangkah keluar dari perut kereta diikuti Fazmin.
Dia bercekak pinggang melihat jalan di hadapan yang gelap gelita.
“Salah jalan ke?” Fazmin bertanya seraya menggaru kepala yang tidak gatal.
“Abang pun confuse.”
“Itulah bertahun tak jenguk saudara-mara kat kampung.” Fazmin mendengus.
“Kata abang pulak. Kau pun sama.” Guman Sharmin.
Mereka mula menyalahkan antara satu sama lain. Mereka jarang pulang ke kampung sejak ketiadaan orang tua mereka. Tambahan pula sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

“Kampung mana kita masuk ni? pelik sangat aku tengok?” gerutu Fazmin. Sunyi-sepi. Kelihatan orang-orang terpacak di sekeliling kawasan tersebut. Tidak nampak pula kebun buah-buahan atau sawah padi.Rumah di situ hanya beberapa ada buah sahaja. Itupun rumah beratap daun rumbia dyang berdindingkan kayu buluh.
“Sahlah kita sesat.” Sharmin mengeluh kecil. Tak tahu mereka sudah meredah kampung mana. Tak mungkin dia ikut jalan yang salah.
Fazmin mendekati salah satu orang-orang yang terpacak. Seram pula dia melihatnya. Burung gagak hinggap di topi orang-orang tersebut.
“Hihihihi…”
Mata Fazmin melingas kiri dan kanan. Telinganya seperti mendengar suara tawa halus. Suara perempuan.
“Aku rasa macam tak sedap hatilah dengan tempat ni.” Suara Fazmin. Jantungnya sudah berdengup kencang.
“Kau ni penakut betullah.” Marah Sharmin.
“Takkan tak rasa apa-apa kut? Bulu roma aku dah meremang tahu.”
Kata-kata Fazmin itu ada benarnya. Orang-orang yang terpacak di sekeliling mereka itu menyeramkan. Bagaikan merenung mereka.
“Kita balik semula ke kereta.”
Fazmin menurut. Keduanya masuk semula ke dalam perut kereta. Sharmin menghidupkan enjin kereta.
Dahi Sharmin berkerut. Enjin keretanya hidup sebentar kemudian terpadam sendiri.
Dum! Dum! Dum!
Dentuman kedengaran di atas bumbung kereta. Kemudian terdengar bunyi seakan ada ‘benda’ yang berat jatuh di atas bumbung kereta Sharmin. Serentak Sharmin dan Fazmin keluar dari perut kereta.
Ada orang-orang di atas bumbung kereta Sharmin. Kelihatan darah mengalir dari bahagian badan orang-orang itu. Orang-orang tada darah. Pelik. Fazmin menarik sedikit pada kain yang yang menutupi muka orang-orang itu. Dia nampak kulit manusia. Fazmin menelan liur.
“Kita kena bantuan orang kat kampung ini.”
“Ada orang ke?”
“Kita cuba.”
Sharmin sudah melangkah kehadapan. Fazmin segera mengekori dari belakang.

*****

SHARMIN mendekati rumah yang berdekatan. Dia memberikan salam. Tiada sahutan diterima. Rumah itu nampak terang seperti ada penghuni di dalamnya.
Fazmin menguis siku abangnya. Dia sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan abangnya itu. Lebih baik mereka beredar dari terus ‘mengganggu’ di situ. Lebih cepat lebih bagus.
“Kau ni kenapa?”
“Baik kita cabut sajalah. Aku tak rasalah ada orang dalam rumah tu.”
Kehadiran mereka tidak diundang. Takut pula ada yang tidak menyenanginya. Sharmin menarik nafas kecil. Mungkin benar juga kata Fazmin. Tiada penghuni di tempat ini. Sebaik kedua-duanya memalingkan tubuh mereka, mereka tersentak. Orang-orang itu sudah seakan sudah beralih tempat.
Mata orang-orang itu kemerah-merahan menyeringai ke arah mereka. Menyorot garang. 
“Aku dah kata. Aku dah kata tempat ni…” Fazmin tidak mampu menghabiskan ayatnya.
Orang-orang itu seperti bergerak-gerak dan menerpa ke arah kedua adik-beradik itu. Sharmin dan Fazmin pantas mengelak.
Salah satunya berjaya menangkap kaki Fazmin. Fazmin tersungkur jatuh.
“Aaaa!” Fazmin memekik.
“Fazmin!!”
  Sharmin segera berpatah balik untuk membantu adiknya itu. Dia memijak-mijak tangan orang-orang itu hingga rating berupa tangan itu patah. Fazmin bergegas bangun. Orang-orang itu merangkak-rangkak ke arah mereka.

*****

TERMENGAH-Mengah Sharmin dan Fazmin. Nafas mereka tidak keruan. Baju mereka sudah basah bermandikan peluh.
Mereka hilang arah lagi. Untuk berpusing semula mereka tidak berani mengambil risiko. Sharmin dan Fazmin meneruskan perjalanan. Kiri dan kanan pastinya ada terpacak orang-orang dengan pelbagai rupa yang menyeramkan.
Orang-orang itu bergerak dan mengejar mereka. Mereka terpaksa berlari lari menyelamatkan diri.
Mereka sudah berada di kawasan yang jauh dari orang-orang itu. Mereka bukan bermimpi. Orang-orang itu memang hidup.
“Abang…” Fazmin menarik lengan baju t-shirt Sharmin.
“Apa?!”
“Ituuu…” Bibir Fazmin memuncung pada kelibat manusia yang kelihatan berdekatan dengan pokok tiga pemeluk manusia itu.
“Orang ke hantu?” Sharmin tidak yakin.
“Manalah aku tahu. Nampak macam orang.”
Mereka sepakat untuk mendekati kelibat manusia itu.
Seorang perempuan kelihatan sedang membuat orang-orang di waktu malam begini. Rambutnya yang putih panjang terurai. Perempuan itu sedang menyanyi-nyanyi menjahit baju pada orang-orang itu.
“Errr… kak…” Sharmin dengan berani menegur.
Apabila menoleh wajahnya yang putih seperti salji itu mengukir senyuman. Kepalanya terlentok ke kiri dan ke kanan. Tingkah perempuan itu sudah menakutkan Fazmin. Lama matanya yang hitam menyeluruh itu merenung Sharmin dan Fazmin.
“Nampaknya aku punya lagi koleksi orang-orang yang baru.”
Ketawa perempuan itu mengekek.
Sharmin dan Fazmin berundur setapak demi setapak ke belakang. Kemudian, mereka membuka langkah panjang.
“Hehehehehe… marilah kamu berdua menjadi koleksi saya.” Perempuan itu mengejar dari belakang.
Sharmin dan Fazrin menyorok di balik semak-samun.
“Kita sesat kat alam ghaib ke apa?”
“Aku pun tak tahu.” Desis Sharmin.
“Perempuan tu hantu ke?”
“Hannn…”
Fazrin menekup mulut Sharmin. Dia meletakkan jari telunjuk pada bibir. Fazrin menarik tangannya dari mulut Sharmin. Mereka mengintai dari balik semak-samun itu.
Perempuan berambut putih berkeliaran di kawasan mereka bersembunyi. Perempuan itu pastinya sedang mencari mereka.
“Hehehehe…mana kamu berdua? Janganlah main sorok-sorok. Saya nak kamu jadi koleksi saya.” Suara perempuan itu dengan tawa terkekeh-kekeh.
Perempuan itu menghilang dalam kegelapan. Hilai tawanya masih kedengaran. Meremangkan bulu roma.
“Apa kita nak buat? Kalau kita tak keluar dari sini kta akan macam ‘orang-orang’ tu.” Fazmin mula resah. Dia tak mahulah jadi koleksi perempuan tu.
“Jangan  takut. Kita akan keluar dari sini. Ingat kita ada ALLAH.”
“Perempuan tu macam bukan hantu je. Ahli sihir agaknya.” Fazmin lihat perempuan itu berlari pijak tanah.
“Pengamal ilmu hitamlah tu.”
Orang berilmu sesat sahaja buat benda-benda syirik ini. Mereka perlu mencari jalan keluar dari tempat yang menakutkan ini.
“Kamu bersembunyi di sini ya?” Perempuan itu muncul di belakang mereka. Tersengih-sengih menampakkan gigirnya yang kekuningan dengan lelehan air berwarna hitam kemerahan. Lidahnya menilat-jilat lelehan air itu.
Geli-geleman Sharmin dan Fazrin melihatnya.  Mereka ingin lari tetapi tubuh mereka menjadi kaku. Tidak boleh bergerak. Mulut perempuan terkumat-kamit membaca sesuatu.
Mata mereka semakin layu. Tidak! Mereka tidak boleh menjadi mangsa seterusnya. Sharmin berusaha untuk membuka mulutnya. Suaranya payah untuk dikeluarkan.
“Allahuakhbar!” Laung Sharmin penuh payah. Perlahan. Dia berusaha...

BERSAMBUNG

Cerita Seram Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang