Kekasih 2

87 3 0
                                    

Dania dari belakang. Dania tidak dapat mengimbangi badan. Dania tergelincir jatuh lalu tubuhnya melayang jatuh menyembah lantai. Darah mengalir dari kepalanya. Dania putus nafas.
Rakannya yang mengejar itu menjerit lantang melihat Dania. Tergesa-gesa dia turun memeriksa keadaan Dania. Jatung berombak kencang melihat Dania yang sudah tidak bernyawa.  Matanya terarah pada telefon bimbit Dania yang tercampak tidak jauh dari Dania itu. Telefon bimbit itu kelihatan hidup dengan sendiri.

*****

ASRUL kemudian Dania. Rakan Dania menyerahkan telefon bimbit Dania kepada Aizat. Katanya ada sesuatu yang perlu Aizat lihat sendiri.
Gambar-gambar di dalam telefon Dania memberikan jawapan segala-galanya. Aizat tidak menunggu lama. Dia menunggang motorsikalnya menuju ke rumah Rita.
“Rita! Buka pintu ni!” Berdentum-dentum Aizat mengetuk pintu rumah Rita.
“Bisinglah. Kau tahu kan aku sednag sedih dengan kemtian Dania.” Rita membuka sedikit pintu rumahnya.
Aizat menayangkan gambar-gambar di dalam telefon bimbit milik Dania.
Rita ingin menutup semula pintu tetapi Aizat menolak kasar pintu tersebut. Rita tidak mampu untuk menahannya.
“Apa korang buat pada Fenn? Cakap!” Aizat menjegilkan mata. “Macam mana Dania boleh ada cincin yang aku bagi pada Fenn?”
Rita memeluk tubuh.
“Aiman sukakan Fenn. Tapi Fenn pilih you. Aiman bengang! Dia perkosa Fenn. Dia yang bubuh pil dalam minuman kau agar kau tak sedar diri.” Rita menceritakan segala-galanya. Rita tidak sanggup diganggu lagi roh Fenn yang gentayangan.
Aizat menggenggamkan penumbuknya.
“Fenn dah mati kan? Mana korang tanam jasad Fenn?!”Aizat bertanya garang.
“Aku tak tahu.”
“Kau bersubahat dengan Aiman. Kau pasti tahu. Tunjukkan tempatnya pada aku!”
“Aku tak tahu… aku tak tahu…” Rita menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Dia memang tak tahu sebab jasad Fenn, kekasih kau itu ada pada aku!” Syed Aiman muncul di muka pintu. Wajahnya bengis.
“Kau… kau bunuh Fenn…” Aizat menerkam ke arah Syed Aiman. Sahabat-sahabat yang dipercayai menikam dia dari belakang.
“Pada aku, dia memang patut mati.”
Aizat menumbuk muka Syed Aiman.
Syed Aiman mengesat darah di hujung bibir. Dia tersengih. Aizat sakit hati. Sanggup Syed Aiman bunuh Fenn.
“Bawa aku ke tempat kau kebumikan Fenn!” Aizat merentap kolar baju Syed Aiman.
“Kau carilah sendiri.” 
“Kau..”
Aizat rebah sebelum menghabiskan kata-katanya. Rita menghempuk kepala Aizat dengan pasu bunga.
Rita mengambil telefon bimbit Dania dari kocek seluar Aizat. Itu satu-satunya bukti yang boleh membawa mereka ke tengah. Syed Aiman menarik tangan Rita untuk beredar dari situ.

“KITA nak ke mana ni?” Tanya Rita. Syed Aiman memandu keretanya dengan laju.
“Aku nak tanam jasad Fenn.”
“Kau belum tanam jasad Fenn lagi! Gila!”
“Diamlah!”
Tiba-tiba jelmaan Fenn muncul di depan kereta mereka. Syed Aiman hilang kawalan lalu keretanya merempuh lori yang membawa besi-besi buruk. Kepala Syed Aiman ditusuk besi hingga tembus ke belakang. Otaknya kelihatan di hujung runcing besi itu. Syed Aiman serta-merta mati di tempat kejadian. Rita menekup mulut. Rita segera keluar dari kereta.
Jelmaan Fenn muncul lagi di depan Rita. Fenn mencerlang Rita garang.
“Ja…ja… jangan bunuh aku Fenn! Aa… aaa… aku janji aku takkan usik Aizat. Dia milik kau!” Rita merayu-rayu.
Rita berlari ke tengah jalan tanpa menyerdari ada kereta meluncur laju ke arahnya. Tubuh Rita terus dirempuh kereta terbabit. Kereta itu berhenti seketika. Pemandunya melihat Rita menggeletik di atas jalan itu. Kemudian, kereta itu bergerak laju.
Jelmaan Fenn melayang-layang ke arah Rita. Darah membuak-buak tersembur dari mulut Rita. Saat ajalnya hampir tiba, Rita mengimbas apa yang berlaku di hutan itu. Hari mereka mengerjakan Fenn dan membunuh Fenn.
“Aku tak nak!” Marah Fenn.  Dia menepis tin coca-cola dari tangan Rita. Fenn menggoncang-goncangkan tubuh Aizat yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“Dia takkan sedar sampai esok pagi tu.” Syed Aiman merentap lengan Fenn. Aizat bukan seperti mereka yang sering melepaskan tekanan dengan cara sedemikian. Asrul yang meletakkan pil tersebut ke dalam minuman Aizat.
“Apa ni? Lepaskan aku!”
“Kau takkan lepas dari tangan aku lagi, Fenn.” Sudah lama dia cintakan Fenn tetapi gadis itu memilih Aizat. Kenapa Fenn tidak memilih dia yang punya segala-galanya ini. Fenn ingin duit? Dia boleh berikan Fenn duit. Rantai, kereta pakaian, semua itu dia boleh berikan pada Fenn.
“Apa yang dah merasuk kau ni?! Aku dan Aizat kawan baik kau.”
Syed Aiman ketawa. Syed Aiman mencengkam kuat kedua-dua belah tangan Fenn. Fenn menjerit memanggil Aizat.
“Dia takkan dengar suara kau. He… he… he…”
Asrul, Rita dan Dania hanya tersengih-sengih memandang Fenn. Tiada seorang dari mereka yang mahu membantu Fenn.
Syed Aiman terus mengheret Fenn masuk ke dalam khemahnya. Asrul berjaga dari luar.

*****

RITA mencekak rambut Fenn. Dia menuangkan air coca-cola yang sudah bercampur pil itu ke dalam mulut Fenn. Mata Fenn berpinar-pinar. Rita naik darah. Dia mengangkat seketul baru lalu dihempuk ke muka Fenn bertalu-talu. Darah memercik hingga mengenai wajah Rita.
Rita ketawa melihat Fenn terkulai tidak bergerak-gerak. Dunia seakan berputar-putar. Kesan pil itu menyebabkan Rita bertindak seberani itu.
“Dah mati ke?” Dania menyepak tubuh Fenn yang sudah seperti kaku tidak bernyawa itu.
Rita meletakkan jeri telunjuknya pada hidung Fenn. Hembusan nafas Fenn perlahan.
“Ada nafas lagi. Tak mampus lagi.”
Rita dan Dania menarik tubuh Fenn masuk ke dalam hutan. Syed Aiman mengekori dari belakang bersama Asrul.
“Tepi!” Syed Aiman menolak Rita.
“Biar aku uruskan perempuan ni. Korang balik ke khemah.” Arah Syed Aiman.
Rita mencebik. Dia menurut saja kata-kata Syed Aiman. Terhuyung-hayang Rita pergi bersama Dania. Kedua gadis ketawa mengekek.
“Apa kita nak buat?”
“Kita sorok dulu perempuan ni, lepas tu kita uruskan. Lagipun tak mungkin kita nak tanam dia kat sini.” Syed Aiman mengangkat tubuh Fenn.
Asrul bersetuju.
Syed Aiman menyimpan Fenn yang nyawa-nyawa ikan di dalam bonet keretanya. Dia bijak berlakon di depan Aizat. Begiu juga rakan-rakan yang lain. Kemudian dia menyimpan Fenn di dalam bilik bawah tanah dalam banglo miliknya itu. Fenn dibiarkan mati di situ. Jasad Fenn hanya ditutupi dengan kain merah.

*****

AIZAT mengusap-usap kepalanya sebaik tersedar dari pengsan. Rita tidak lagi kelihatan begitu juga Syed Aiman. Aizat meraup muka.
Dia meraba-raba kocek seluarnya. Telefon bimbit Dania sudah di ambil. Aizat menghela nafas panjang.
“Fenn…”
Aizat perlu mencari Syed Aiman di banglo milik lelaki itu. Dia perlu memaksa Syed Aiman memberitahu jasad Fenn ditanam. Rita, Dania dan Asrul bersubahat dengan Syed Aiman. Aizat meninggalkan rumah Rita.


BANGLO itu sunyi sepi. Banglo itu hadiah dari orang tua Syed Aiman. Syed Aiman sendirian tinggal di situ. Dia datang sebagai tetamu tidak di undang. Pintu pagar automatik itu terbuka sendiri tanpa sempat loceng ditekan. Aizat melangkah masuk. Pintu juga sudah terbuka. Aizat mula pelik.
“Aiman!” Dia memanggil.
Tiada sahutan. Aizat memeriksa segenap ruang banglo itu. Syed Aiman tiada. Langkah terhenti apabila telinga menangkap ada suara perempuan memanggil halus. Suara Fenn.
“Aizat…”
Fenn memandang Aizat. Aizat cuba merapati tetapi tidak mampu untuk menyentuh. Wajah Fenn yang berlumuran dipandang dengan penuh rasa cinta. Fenn membawa Aizat menghala ke satu arah.
Fenn…”
Aizat turun ke tingkat bawah tanah. Aizat menjumpai sebuah pintu yang berkunci. Tiada cari lain. Aizat meneranjang pintu tersebut. Fenn muncul lagi. Air mata Fenn seperti mengalir. Kepalanya menoleh pada sekujur tubuh yang ditutupi kain merah itu. Fenn hilang perlahan-lahan seperti di bawa angin. Aizat merapati jasad yang tertutup di atas katil bujang itu. Tangan sedikit menggeletar ketika memengang kain merah itu.
Aizat menyelak perlahan-lahan kain merah yang menutupi jasad itu.
“Fenn…”
Aizat seperti tidak kisah dengan tubuh Fenn yang sudah kian mereput dan berbau itu. Dia mendakap tubuh Fenn erat. Jasad Fenn perlu disempurnakan.

TAMAT

Cerita Seram Where stories live. Discover now