Hospital Lady Tampler, Cheras

314 13 1
                                    

Sebelum saya memulakan cerita, kisah ni berlaku sekitar tahun 2002, ketika itu saya masih menganggur dan sering keluar malam bersama teman-teman saya, nak dijadikan cerita saya dan teman-teman saya mempunyai minat yang sama iaitu untuk menjelajah dunia malam, (dunia mistik la), sori seekerz kitorang dah mulakan dulu sebelum korang mula lagi, siap dah bersara dah, hehe.... ok, pada satu malam, seingat saya malam tu malam sabtu, jam 2 pagi, waktu tu kami berempat sahaja yang lain tak ikut sebab ada hal masing-masing... kami pun pun bercadang untuk pergi ke sebuah hospital tinggal yang terdapat di cheras yang dipanggil lady templer. Korang mesti penah dengar kan, popular tempat ni,
tapi waktu hospital tu masih belum femes lagi... malam tu dengan berkenderaan pacuan 4 roda, saya sampai di kawasan hospital tu dan saya terus parking membelakangi hospital tersebut...

waktu tu kami tak bercadang untuk turun, sebab kami tak bawak lampu suluh, jadi waktu tu kami hanya duduk didalam kereta sambil memerhati keadaan sekeliling, masa tu tempat tu memang gelap. selang 10 minit selepas tuh tiba-tiba je telinga saya berdesing, seperti ada sesuatu yang tidak kena, saya biarkan dan mendiamkan diri memandangkan rakan-rakan yang lain masing-masing mendiamkan diri dan asyik memerhati keadaan sekeliling... dalam keadaan tu saya mengambil keputusan untuk menyalakan sebatang rokok, sambil tangan saya mencari lighter di dalam poket tiba-tiba mata saya tertarik untuk memandang cermin pandang belakang kereta pacuan 4 roda saya dan dalam masa itu juga bukan seperti kelibat-kelibat yang biasa saya nampak di hari-hari yang lain sebelum ni, tapi merupakan lembaga yang badannya dilitupi kain berwarna putih, jelas kelihatan bergesel dari kiri ke kanan cermin belakang kenderaan saya.. dengan tak ada cerita panjang terus saya lafaskan istighfar dan terus menghidupkan enjin kereta dan beredar dari tempat itu... saudara dan saudari sekalian bagi pasti pernah dengar perkataan ketar lututkan, tau tak bagaimana rasanya ketar lutut, hehe jarang orang pernah rasa, pertaman kali saya dapat rasakan yang lutut saya seperti bergegar segala tulang-tulang yang ada pada lutut saya bergetar... pada masa itu rakan-rakan yang berada di belakang kebingungan, dan bertanya kenapa saya keluar dari tempat dan bertanya apa yang telah berlaku bertalu-talu keluar dari mulut dia orang cuma yang berada di sebelah saya dan saya sendiri membisukan diri... sampai di satu gerai, kami turun, dan akhirnya saya memulakan cerita, dan saya menceritakan apa yang berlaku, dan tiba-tiba kawan saya yang duduk di sebelah masa didalam kereta saya tu mula bersuara dan menyampuk, dia juga mengalami situasi yang sama iaitu terlihat lembaga tersebut di cermin pandang belakan kereta saya, katanya saya dan dia memang serentak memandang cermin pandang belakang tersebut dan terlihat akan susuk lembaga yang bergesel pada cermin belakang tu..akhirnya malam tu diakhiri dengan semangat untuk kembali lagi ketempat itu di lain hari..terima kasih kerana sudi membaca kisah saya...

Admin sendiri penah lepak2 situ mmg seram...

Cerita Seram Where stories live. Discover now