Tentera Jepun

246 7 0
                                    

Perhatian : Artikel di bawah mungkin bertentangan dengan pandangan penganut agama lain. Sila baca
mengikut budi bicara anda.

Bila cerita pasal hantu tentera Jepun, mesti agak ramai yang terbayang askar hantu yang memakai seragam tentera Jepun. Dan setiap cerita hantu Jepun yang kebanyakan rakyat Malaysia dengari dan alami, mesti berlokasi di bangunan-bangunan sekolah atau hospital.

Pernahkah anda terfikir, kenapa? Mesti ada yang cakap, sebab bangunan sekolah atau bangunan lain dulunya adalah markas atau kem tentera Jepun. Sebab itulah kebanyakan cerita hantu selalu di bangunan-bangunan sekolah atau bangunan lain.

Tetapi, adakah anda pernah terfikir, jika hantu Jepun itu adalah roh tentera Jepun yang mati diserang di markas atau kem, kenapa tiada pula roh tentera British atau Australia? Bukankah mereka juga ada yang mati? Takkan tiada?

Lagi satu, kenapa tidak banyak atau tiada pula cerita-cerita hantu Jepun di hutan? Bukankah ramai juga yang mati bertempur di hutan ketika perang dahulu? Dan kenapa selalu pasal hantu Jepun bukan British atau Australia?

Jika dikaji, kisah-kisah hantu askar pada zaman perang dunia kedua di negara lain juga ada menyebut mengenai hantu tentera Jepun tetapi bezanya dari kita, mereka juga turut menyebut tentang hantu tentera British, Jerman, Amerika, Australia dan negara-negara lain yang terlibat.

Kalau di Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain, hantu Jepunlah yang paling kerap disebut.

Saya ada membaca satu artikel, "Asal-Usul Hantu Tentera Jepun" di blog Military of Malaysia. Di dalam artikel itu, ada menyebut bahawa mayat-mayat tentera Jepun yang ramai tidak dikuburkan sebaliknya dibakar bersama tanah liat untuk dijadikan bata-bata dan digunakan pula untuk membina bangunan dan juga markas mereka.

Di dalam artikel itu, juga turut menyebut bahawa tentera Jepun mempunyai pegangan kerohanian yang kuat dan percaya bahawa mereka akan hidup kembali dan berada semula di tempat kematian mereka.

Pada pendapat saya, mungkin inilah kenapa kebanyakan hantu-hantu tentera Jepun berada selalu di bangunan-bangunan sekolah, hospital, polis dan lain-lain kerana ia adalah "kuburan" mereka. Mayat-mayat mereka yang terkorban di hutan atau tempat lain mungkin dikumpul dan dibakar lalu dijadikan "bangunan kubur" yang sekarang berubah menjadi bangunan sekolah dan lain-lain supaya roh-roh mereka boleh menjaga bangunan itu.

Tetapi, mengapakah roh itu masih disitu? Setelah berpuluh tahun Jepun menyerah kalah kepada Pihak Bersekutu, roh-roh mereka tetap berkawad, berkawal, berlatih malah menyerang orang lain.

Mungkin kerana mereka menyangka, perang masih belum tamat. Dan roh-roh mereka masih sedang bersiap-sedia untuk menerima arahan dari ibu pejabat perang di mana arahan itu tidak lagi akan mereka dengari. Atau mungkin juga, mereka hanya menjaga bangunan-bangunan bekas markas mereka untuk selama-lamanya. Tetapi, daripada apa?

Cerita Seram Where stories live. Discover now