3

151 7 0
                                        

Kisah pendek( pengalaman sendiri)

Kerana pengalaman ngeri ini lah aku tak suka tidur keadaan terlalu gelap.Waktu tu aku memang agak penat,mata dah bersedia hendak pergi belayar.

Seperti biasa sebelum tidur,lampu bilik pasti ku tutup,bila keadaan gelap memang akan terasa sejuk.Jadi mengharapkan cahaya samar² dari luar bilik,masa aku dah lena tidur tiba² hujung kaki ku terasa di cuit²,mula² tidak aku pedulikan,selepas ity aku terdengar pula bunyi suara agak garau.

Waktu itu memang mata ku dah terbuka,dalam hati berkata'ya Allah,aku harap perkara ni tidak benar',sekali aku melihat kebawah dengan cahaya yg agak samar² aku ternampak seekor mahkluk yang mengerikan dan berkuku panjang berdiri di hujung katil ku dan kedua tangan nya memegang kedua kaki aku.

Masa itu hanya satu kalimat saja mampu ku sebut ''Allahuakbar''!!,waktu pagi baru aku sedar dan apakah itu mimpi fikir ku..Perkara ini ku ceritakan kpada saudara ku dan dia beritahu abang dia pun pernah mengalami perkara ngeri macam tu tapi kepala mahkluk tersebut tercabut..

Sejak dari itu aku tak mahu tidur dalam gelap sangat...

Cerita Seram Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang