mbonceng agak laju. Mata aku meliar kiri, kanan, kiri, kanan, kelihatan rumah-rumah kampung berhampiran kebanyakannya dah gelap gelita. Jauh dari simpang lorong menuju ke rumah aku lebih kurang 400-500 meter ke dalam, dan rumah aku agak menaik sedikit jalannya kerana di kaki bukit.
Sampai di jalan kecil naik ke rumah aku, aku memecut ke atas selaju mungkin. Mata aku liar melihat semak lalang yang tinggi di hadapan rumah aku, dan dalam kesamaran gelap malam itu, aku memerhati serumpun pohon buluh yang agak besar dan dah tua agaknya.
Memang suram dan kelam di kawasan tu. Sampai di hadapan rumah, aku turun dari motor lalu memerhati sekeliling aku pada waktu tu. Semuanya nampak baik sahaja. Saat aku melangkah menuju ke pintu rumah, “Uiiittt….. Uiiiittt…. Uiiittt….” terdengar satu panggilan sayup-sayup agak jelas di telinga ku datangnya dari pohon buluh yang jauhnya lebih kurang 50 ke 60 meter di hadapan rumah aku.
Bulu roma aku mula meremang, darah aku berderau bagaikan di picit jantung dengan kuat. Teringat pesan arwah nenek aku, kalau pulang lewat malam, dengar orang panggil, jangan toleh ke belakang.
Aku pegang kata-kata tu. Dalam kesamaran malam tu, terkial-kial aku mencari kunci rumah. “Aduh, mana pulak kunci rumah ni?!”, sedikit geram pada diri.
Melihat di kunci motor, memang tiada kunci rumah. Sah! Memang aku terlupa bawak kunci pendua aku. “Habislah aku!”, ujar hati aku. “Praaapppp… Prappppp…. ” pohon buluh bergerak dan patah-patah seperti ada yang sedang memijak.
Perlahan-lahan aku memusingkan kepala aku melihat kawasan pohon buluh tersebut.Aku ternampak dalam kesamaran malam tu, daun-daun buluh tu bergoyang-goyang seakan-akan ada yang melompat di atas batang buluh itu! Aku perhatikan pokok yang lain hanya berdiri diam, hanya pohon buluh saja yang bergoyang. “Ni mesti ‘benda’ tu main-main kat situ!” sedikit gementar dalam hati aku.
Peluh yang kering tadi mula basah semula di muka aku. Aku cuba mengetuk pintu rumah dengan harapan Abah atau Mama aku terjaga dari tidur. “Tok.. Tok. Tok…” aku mengetuk pintu agak kuat dan laju.
Pohon buluh pula semakin rancak bergoyang seakan ribut, sedangkan tiada angin pada waktu tu. Hujan renyai masih menitis. Zzzzuuuppp… tiba-tiba menusuk hidung aku terbau Kemenyan!
Sangat kuat baunya seperti berhampiran dengan aku. “Allah.. Allah. Allah… ” terkumat-kamit aku mengulang nama Allah. Dalam hati mula membaca Al-Fatihah dan Ayat Qursi.
Bulu roma aku terpacak sangat gering pada saat tu. Aku tak beralih lagi melihat pohon buluh tu. Tiba-tiba, pohon buluh yang rancak bergoyang tadi, terus senyap dan terkaku diam.
Aku masih memegang tombol pintu dan mengetuk pintu tanpa melihat ke belakang. “Uiiiitttt…. Uiitttt…. Uiitt….” suara yang tadinya sayup-sayup kedengaran, yang sekarangnya semakin dekat di telinga aku, rasa seperti sedang berdiri di hadapan kawasan rumah aku.
Aku menuju ke tingkap bilik Abah dan Mama aku yang hanya bersebelahan dengan pintu masuk rumah, aku mengetuk tingkap kaca bilik mereka, “Tik..tik…tik… Abah! Abah! Buka pintu sat!” belum terjawab panggilan aku.
Sekali lagi hidung aku ditusuk bau kemenyan. Semakin kuat dan pedih baunya. Kuat lagi aku mengetuk tingkap kaca bilik Abah dan Mama aku, “Abah! Abah!… buka pintu sat”. “Ha. Ha.. tunggu sat..!”, akhirnya terdengar Abah aku menyahut panggilan aku. “Fuhh, lega sikit”, ujar aku dalam hati.
“Krakk.. Krakk..” Kunci pintu di buka, terus aku memulas tombol pintu, lalu masuk ke dalam rumah. “Awat yang hang balik lambat sangat? Hang pi mana? Kalut sangat pasaipa?”, tanya Abah aku.
“Main futsal tadi Abah”, balas aku. Abah aku terus menuju masuk ke bilik semula. Aku terus ke bilik air, bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Aku jenis yang tidur di ruang tamu.Kadang di atas sofa, kadang di atas lantai. Bilik aku agak panas, jadi di luar adalah pilihan terbaik.
Selepas mandi bersiap semua, aku baring di atas sofa di ruang tamu rumah. Sambil baring, aku masih terfikir hal tadi. “Suara siapa yang memanggil-manggil tadi ha?”, soal hati aku.
Mata aku masih membulat, tiada tanda mengantuk, mungkin akibat selepas mandi, air sejuk, badan jadi segar. Dalam kegelapan ruang tamu aku yang hanya terpancar cahaya lampu dapur, aku bersendirian. “Hmmmm….. hmmmmm…. hmmmmm….” terdengar seperti satu nyanyian seakan-akan mendodoi lembut seperti suara perempuan terdengar betul-betul di sebelah luar tingkap ruang tamu rumah aku iaitu sebelah rumah aku.
Semakin aku amati alunan suara tu, sah memang jelas nyanyian tu, tiada lirik, hanyalah dodoian lembut seperti nyanyian Maya Karin dalam Pontianak Harum Sundal Malam! Semakin seram aku rasakan. “Tak mungkin ada orang buka TV atau radio pada waktu tu!”, kata hati kecil aku. “Srehh… srehhh…. srehhh…” terdengar seperti ada seseorang berjalan memijak rumput dan daun kering di luar rumah aku, mundar mandir berjalan agak laju.
“Sapa pulak jalan kat luar tengah pagi buta ni!”, sedikit geram dalam hati aku. Aku melihat jam di dinding ruang tamu aku, jam menunjukkan hampir pukul 4:40 pagi. Susana yang agak suram hanya bunyi cengkerik malam menambahkan lagi rasa takut.
Tapi aku memberanikan diri dengan hanya berdiam diri, baring di atas sofa tanpa berbuat apa-apa. “Hmmmm… Hmmmm… Hmmmm…..” alunan lagu yang seperti lagu klasik sekali lagi terdengar.
Memang menyeramkan! Aku memeluk bantal semakin kuat. Dalam hati terus membaca ayat Qursi lagi dan ulang dan ulang berkali-kali.
Dalam keadaan agak gementar dan seram, “praaapp… praaaappp.. praaapppp” di atas bumbung seperti sesuatu yang berat sedang berjalan. Nak katakan kucing atau musang tak mungkin bunyi begitu kuat pijakannya.
Semakin lama, semakin laju seakan-akan berlari. Hendak saja aku rasa nak membuka pintu nak tengok di atas bumbung benda apa yang sedang bermain pada waktu tu. Tiba-tiba pintu bilik Abah aku terbuka, Abah aku datang pada aku.
“Hang dengar dak bunyi atas bumbung?!”, tanya Abah aku pada ku. “Degar lama dah abah, dari tadi duk berlari.. benda apa tu Abah”, soal ku mahukan kepastian.
“‘Benda’ tu lah, apa lagi!”, kata Abah ku agak tegas. “Ni lah akibat dia bila balik lewat malam, ‘benda’ tu ikut hang balik, tapi nak masuk tak boleh!”, sedikit marah Abah aku. Aku terdiam dan termenung sejenak.
“Kenapa dia tak boleh masuk Abah?”, tanya aku. “Arwah nenek hang pernah ‘pagar’ dah rumah ni dulu, dia pernah kata memang ‘benda’ tu selalu bermain kat kawasan rumah aku, tempat ‘dia’!” kata Abah aku lagi.
“Praaapp… praaapp…. praaappp….!!!!”, seperti berlari laju dan terus melompat pergi dari atas bumbung rumah aku. “Dia dah pi lah tuh!”, kata Abah aku selamba.
Melihat jam di dinding hampir pukul 6, dah nak masuk waktu Subuh. Alhamdulillah, gangguan tadi dah hilang, dan azan subuh pun berkumandang.
Selesai solat Subuh, aku pun merehatkan badan atas sofa. Abah Mama aku pun dah bangun, buatkan sarapan seperti biasa.
Aku menceritan kembali apa yang berlaku semalam sebelum pintu rumah aku di buka oleh Abah aku. “Padan muka hang! Balik lagi lewat-lewat!”, kata Mama aku.
Aku hanya senyum. “Hang kalih (pusing) buat apa masa ‘dia’ panggil?!”, tanya Abah aku. “Huh?? Macam mana Abah taw?”, tanya aku kembali. “Kalau hang tak kalih, dia tak mai aih kat atas bumbung rumah kita nih!”, ujar Abah aku lagi.
“Sebab banyak kali sangat dia panggil, rasa nak kalih tengok benda apa, tapi nampak pokok buluh saja bergoyang”, cerita aku lagi. “Lain kali jangan duk kalih, buat tak tau sudah, kalau hang berani hang cakap kat dia, Aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku, dia tak mai dah la!”, nasihat Abah aku.
Aku menganggukkan kepala. Selesai sarapan, Abah aku pun keluar pergi kerja, aku pun melepak kembali atas sofa, sambil melayan mata yang baru rasa nak mengantuk.
Tapi di fikiran masih terngiang-ngiang dengan suara panggilan, nyanyian seram, bau kemenyan dan orang berjalan. Sesekali teringin jugak nak lihat ‘dia’, tapi belum bersedia barangkali.
Mata aku mula berat, dan aku pun terlena di atas sofa hingga ke tengah hari.Begitulah kenangan tengah malam yang suram dan seram aku lalui. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar buat kita semua.
Semoga beringat selalu walau di mana sahaja. Jumpa lagi dikisah seterusnya, insyaAllah.
-MNS-
![](https://img.wattpad.com/cover/117196629-288-k608043.jpg)
YOU ARE READING
Cerita Seram
HorrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...