Aku tinggal di kawasan pedalaman Felda di sempadan antara Pahang dan Negeri Sembilan. Felda tempat aku tinggal ni dah berusia lebih 30 tahun.
Perkampungan aku ni hanya dikelilingi hutan dan pokok getah je. Jauh dari pembangunan dan kemajuan. Aku bukan seorang yang berani tapi tak jugak penakut sangat.
Aku suka bila mak aku cerita macam mana permulaan hidup di sini. Biasanya cerita mak aku tak lari dari topik misteri.
Kawasan perkampungan aku ni adalah bekas tapak perang, jadi masa nak dirikan perumahan bermacam lah cerita yang berlaku. Dulu jiran aku merupakan seorang bomoh.
Katanya kawasan rumah aku ni tak selamat dan keras. Dulu- dulu tiada orang azan lagi sebab surau belom siap di awal pembukaan felda aku ni. Macam- macam terjadi sampai dia hasut mak ayah aku pulang ke kampung.
Tapi mak ayah aku enggan dan nak teruskan duduk di sini, jadi bomoh sebelah rumah aku tu sendiri yang pindah ke kampungnya di Lanchang Pahang.
Rumah aku ni dekat dengan barisan rumah Pegawai-pegawai Felda. Kalau kat sini semua orang tahu rumah-rumah pegawai Felda paling banyak cerita mistik sebab selalunya bila tiada pegawai baru dari luar berhijrah maknanya rumah tu akan dibiar kosong tak pon disewakan kepada guru- guru yang mengajar di sekolah.
Biasanya cikgu-cikgu yang menyewa pulak perempuan bujang secara beramai-ramai.Cikgu- cikgu ni selalu diganggu.
Biasanya akan ada orang bagi salam 2-3 kali tapi bila dibuka tiada orang. Rumah pegawai yang lain pulak kena gangguan lain misalnya bunyi orang memasaklah, mandi lah dan macam-macam. Kena pulak pegawai tu bujang lagi lah benda tu suka kacau huhu…
Kebetulan bertentangan dengan rumah pegawai bujang tu ada pokok kekabu tua.Ada yang kata selalu ternampak kelibat perempuan di atas pokok kekabu tersebut. Bukan sekali tapi berkali- kali oleh orang yang berlainan.
Akibat tak tahan dengan gangguan- gangguan yang jadi, pegawai tu pasang satu cermin besar macam dalam toilet awam kat dinding luar rumah betul-betul menghadap pokok kekabu tu.
Kata orang Pontianak takut dengan cermin tapi aku tak pasti lah berjaya tak usaha dia nak kurangkan gangguan tu. Jiran- jiran aku ni anak bini selalu histeria masa dulu-dulu.
Mungkin lemah semangat. Mujurlah keluarga aku tak kena. Jiran depan rumah aku ni bini dia jarang bergaul dengan masyarakat . Si suami dia pulak kaki pancing.
Pernah sekali laki dia bawak balik seekor burung kepala kucing. Lepas sahaja dia bawak balik tu terus bini dia kena rasuk. Berulang- ulang kali dia dirasuk.
Sebenarnya kat kampung aku ni dulu-dulu biasa sangat kejadian orang kena rasuk sebab kawasan baru bukak dan ramai orang- orang kampung aku ni membela.
Sebab tu tak hairan ramai juga yang pandai mengubat orang.Cuma bila masing-masing dah tua sekarang dah sedar dan buang apa yang syirik dan menyesatkan yang ada pada diri masing-masing.
Bercerita pasal keluarga aku pulak. Mak aku kata dulu masa kecik akak aku sorang ni ada orang berkenan.Memang dia ni antara aku adik beradik dia lain sikit.
Pendiam, tak banyak menyusahkan dan orang suka. Nak di jadikan cerita dulu ada bomoh perempuan teringin sangat nak ada anak. Macam- macam dia buat untuk dapatkan akak aku tu.
Dia selalu bagi baju semua, tak sangka dek mak aku niat sebenar dia. Tapi bila mak aku dah tahu tkdelah mak aku nak bagi walaupon masa tu dia pujuk rayu bagi alasan adik beradik aku ramai, apa salahnya dia ambik sorang katanya.
Bila dia minta tapi mak aku berkeras taknak bagi dia guna tektik halus. Mak aku mula perasan bila akak aku selalu menangis menjelang malam.
Bayangkan akak aku yang kecik tu boleh jalan sendiri nak keluar rumah nak pergi ke suatu kawasan bukit macam ada yang mengawal dia dari jauh, mujur mak aku cepat perasan.
Macam- macam mak aku iktihar macam tu jugak tak berubah. Jiran belakang rumah aku(pon pandai berubat, kan aku dah kata rata-rata orang kampung aku dulu memang pandai ilmu-ilmu ni) datang untuk merubat akak aku.
Tak jugak berjaya, malah bila dia balik ke rumah, kat depan pintu rumah dia di sergah oleh beruk yang berbulu dan besar.
Beruk tu tampar dia sampai jatuh pengsan. Mungkin beruk jelmaan tu dihantar orang yang dengki tu sebab marah dia tolong mak aku.
Sampai lah suatu hari mak aku dapat mimpi, bawah rumah di penjuru dekat tiang ada sesuatu di tanam. Paginya mak aku pon koreklah dan ternyata memang betul seperti dalam mimpi bagitahu.
Lepas tu mak aku tak berhenti berubat. Sorang lagi orang kampung aku datang untuk menawarkan bantuan dia untuk ubati akak aku. Berkat pertolongan tuhan dan ilmu dia yang lebih tinggi akhirnya akak aku yang lama menderita sembuh jugak.
Dan bomoh perempuan yang berniat jahat dengan keluarga aku tu terus lari sampai sekarang tak muncul dah. Hari berganti hari tahun berganti tahun kawasan kampung aku pon mula ramai penduduk.
Orang kampung biasanya anak ramai jadi kampung aku tak pernah sunyi. Tapi tu tak bermakna tiada lagi kejadian- kejadian pelik. Macam aku cakap orang kampung dulu banyak ilmu menuntut dan banyak membela.
Dulu-dulu selalu sangat dengar bila kematian terjadi je ada jelah benda-benda pelik berlaku misalnya nak mati susah kena bukak bumbung. Lepas mati nampak kelibat pocong di kawasan rumah si mati mahupon dia atas bumbung rumah si mati.
Bila ada kematian je dalam seminggu dua tu ada je je cerita- cerita seram yang orang kampung dengar.Adalah yang kata si mati dulu membela lah sampai susah nak mati dan macam-macam lagi andaian orang kampung.
Dan dari apa yang mak aku kata orang kampung dulu ramai membela untuk jaga ternakan dan rumah, namun penyudahnya kalau tak sempat buang meninggal dalam keadaan huru-hara.
Pernah terjadi aku dan akak aku nombor 2 ke kedai. Masa tu aku kecik lagi dalam sekolah rendah. Kami dulu ke kedai jalan kaki je sebab tak pandai bawak motorsikal.
Selalu yang menjadi misteri dan menyeramkan bila sampai je kat selekoh. Kawasan tepi tu cuma hutan dan paya je termasuklah perigi air kalau misalkata tiada bekalan air kat kampung tu. Berbalik cerita tadi, dah jadi bualan orang kampung sesiapa je yang lalu bawah lampu jalan tu pasti lampu tu akan terpadam(time aku tulis ni bulu roma aku rasa mengerbang sejuk semacam sebab teringat hahaha) dan bila lepas dari selekoh tu lampu jalan akan hidup seperti biasa.
Nak dijadikan cerita malam tu aku dan akak aku terkena. Kami memang selalu pergi kedai malam-malam. Perkara lampu jalan terpadam sendiri tu dah biasa walaupon masih takut-takut jugak tapi malam tu lebih dari tu dia kacau.
Dalam perjalanan pergi tu, lepas je aku dan kakak aku baru je lepasi kawasan selekoh berlampu tu, lampu tu pon terpadam. Aku dah mula seram, aku tarik baju akak aku yang jalan lebih depan.
Serius masa tu bulu roma semua naik rasa masa tu nak lari je tapi akak bagi isyarat jangan lari. Aku dah mula nak menangis, yelah masa tu kecik lagi bila kena benda-benda macam ni tahu buat apa lagi selain menangis kan.
Rasa berat je nak lari walaupon hati ni nak sangat lari, rasa macam masa tu ada yang memerhati. Aku dan akak aku jalan la sambil perhati keliling. Korang tahu apa yang kami nampak??? Ada 5 entiti macam bebola mata merah sedang datang ke arah kami.
Datangnya benda tu dari arah hutan sana, makin lama makin besar dan dekat.Aku apa lagi menggigil lah masa tu tahu nak menangis je sampil tarik baju akak aku sampai nak terkoyak hahaha… akak aku pon dah tengok macam tu apa lagi 123 kitorang pecut teruuusss hahaha.. tercungap- cungaplah sampai nak tersungkur kat tangga rumah kayu masa tu.
Mak dah tanya cemas pasal apa macam orang tak cukup tanah bagai ni, kitorang pon cerita lah apa yang terjadi. Aku pon tak tahu benda apa tu tapi kata mak tu hantu api.
Seram siot korang bayangkan benda tu mengejar korang mujur tak kejar sampai rumah, kami tak sempat pon sampai kedai malam tu.
Banyak lagi pengalaman- pengalaman dulu tapi aku tak larat dah nak taip sebab bulu roma aku ni asyik meremang je. Ada cerita dulu-dulu mak aku balik menoreh getah , waktu dah malam mak aku tersuluh budak dalam kebun getah, mata budak tu bercahaya marah sebab kena suluh sampaikan tetiba lepas tu sepanjang perjalanan balik kaki mak aku seperti kena gigit dengan budak.
Aku sendiri tengok, memang berkesan sampai hijau kaki mak aku kena kesan gigit tu
Bersambung...
YOU ARE READING
Cerita Seram
HorrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...