Gangguan

224 6 0
                                    

Nama saya Fazz & ingin saya berkongsi dengan semua. sesudah tamat latihan BMT di Pulau Tekong. Kem saya dikenali sebagai Kem Pasir Laba yang terletak di bahagian barat Singapura.

Saya menjalani perkhidmatan negara saya di kem tersebut sekurang2nya sepuluh tahun dahulu, semasa semua bangunan2 ketika itu beratap zink & tembok papan kayu. Hanya bangunan yang paling canggih ketika itu adalah bangunan SISPEC, iaitu bangunan latihan para komander seksyen dalam platoon. Saya merupakan seorang preman stor sahaja di kem tersebut & sering tidur di sana kerana adakalanya ada kompani di kem itu ingin menggunakan alat2 stor untuk latihan dalam hutan dan sebagainya. Adakalanya ketika bertugas, saya hanya seorang diri sahaja dalam stor untuk seminggu dua.

Kisah yang paling seram terjadi sewaktu saya bertugas seorang diri. Masih jelas teringat di minda saya, waktu itu selepas jam 12 malam dan merupakan malam Jumaat. Waktu itu juga tiada sesiapa di dalam kem melainkan saya & "Orderly Officer" sahaja. Kadet2 pun semua sudah pulang ke rumah masing2. Ketika saya sedang rehat dan letakkan kaki di atas meja dan cuba lelapkan mata, tiba2 kedengaran ketukan pada pintu stor. Tersentak dibuatnya. Saya pun buka pintu ingatkan kemungkinan pegawai yang bertugas mencari saya. Bila saya buka pintu stor, tiada sesiapa di depan pintu. Jenguk punya jenguk, satu batang hidung manusia pun tiada. Saya pun tutup pintu, menguncinya dan terus sambung rehat saya.

Tapi tak sempat nak rehat, ketukan di pintu kedengaran lagi. Saya pun buka pintu. Alangkah terperanjatnya saya nampak tercegat berdiri di depan pintu merupakan pegawai stor saya. Bukan pegawai kem yang saya sebut awal tadi, tapi pegawai stor saya sendiri, berdiri tercegat di depan pintu stor. Saya cepat2 menegur & tabik beliau & bertanya apa cerita malam2 datang??? Beliau diam sahaja. Beliau memandang ke dalam bilik stor melihat keadaan berselerak dengan tempat rehat saya. Saya pun cepat2 kemas sedikit lebih kurang sebelum pegawai marah. Bila sudah mengemas sikit2, saya pusing balik ke arah pintu tetapi pegawai saya dah tiada!!! Sekelip mata beliau sudah tiada. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pun dengan pantas tutup pintu, kunci & matikan diri, ketakutan di dalam stor.

Beberapa minit kemudian, saya dengar seperti cakaran di bumbung stor di mana saya dah jelaskan pada awalnya bahawa ketika itu, banyak bangunan di dalam kem berbumbung zink. Cakaran itu berlaku selama tiga hingga lima minit lamanya. Saya dah tak tentu arah dibuatnya. Rasa seram sejuk. Tanpa berlengah lagi, selepas cakaran itu tidak kedengaran, saya memecut keluar dari bilik stor & lari ke mana arah kaki saya boleh bawa. Belum sempat buka langkah seribu, tiba2 ada seekor ayam lari masuk ke dalam stor sejurus selepas saya membuka pintu. Lagi buat saya lemah tak bermaya. Tapi saya memaksa diri maju ke hadapan demi keselamatan. Langkah demi langkah saya memaksa kaki saya kerana kaki saya sudah terasa lemah longlai secara tiba2. Beberapa langkah jauh dari stor, kedengaran seperti orang berkata, "Kenapa? Kau takut ke? Aku datang nak temankan kau, pasal kau seorang sahaja di dalam beberapa malam ni..."

Saya terus tak bermaya, nak memekik pun seperti tiada suara yang keluar dari mulut. Saya bersandar di tepi sudut tembok & pejamkan mata sambil membaca apa yang saya tahu. Beberapa minit kemudian, apa yang saya tahu, saya berada di pusat rawatan, terbaring di atas katil. Kata pegawai medik, pegawai kem yang bertugas terjumpa saya terduduk pengsan berpeluh tanpa sedarkan diri. Saya menceritakan apa yang berlaku. Kata pegawai medik di situ, kem ini memang diganggu oleh sebuah lembaga yang tak boleh dijelaskan kehadirannya kerana tiada siapa pernah nampak raut wajahnya yang sebenar. Lembaga itu pula suka menyerupai pelbagai benda yang ia suka.

Dengan penjelasan itu, baru saya sedar bahawa mungkin ayam dan susuk seperti pegawai saya itu adalah benda itu. Sehingga sekarang, lembaga itu masih menghuni kem itu kerana adik jiran saya yang kini bertugas sebagai pemandu di kem itu pun pernah diganggu kalau seseorang itu bertugas seorang diri di kem

Cerita Seram Where stories live. Discover now