JANGAN PANDANG AKU 3

127 5 0
                                    

biliknya yang terbuka.
"Eh apa pulak tu, perasan aku agaknya" Eja menghidupkan television dengan alat kawalan jauh, dia menonton television yang diletakan bersebelahan pintu bilik, tidak semena-mena sekali lagi kelibat bayangan lembaga putih melintas.

"Aku tak bermimpi ker ini, kelibat apa pulak tu, sabar, tenang Eja" Eja bermonolog sendiri. Telefon pintarnya digenggam erat jika apa-apa berlaku akan pantas Nurul dihubungi.

Kali ini Eja berasa sangat lemah,television yang terpasang tiba-tiba terpadam, Eja mula cemas, bayang lembaga putih tadi berada betul-betul dihadapan pintu bilik Eja, mahkluk yang berbentuk lembaga putih kali ini tidak sama seperti sebelumnya.Lebih menggerunkan, makhluk putih ini membongkok hingga paras lutut,rambut putih memanjang hingga ke lantai, Eja hanya ternampak sedikit hidung lembaga putih dicelah-celah rambutnya berkedut kulit hidung lembaga putih itu, seperti yang pernah ditontonnya didalam filem seram, Eja semakin panik, semua pesanan ibunya telah hilang, lembanga tadi semakin mendekat.

Tapi Eja berasa aneh, lembaga ini tidak berbau busuk tetapi sebaliknya berbau harum, haruman itu tidak dapat menenangkan diri Eja. Ketakutan lebih menguasai diri, lembaga bongkok itu terus menghampiri seperti ingin memeluk Eja, Eja menjerit ketakutan, Eja pengsan.

.....................................

"Eja..Eja..bangun" Nurul menggongcangkan tubuh Eja.Nurul menrenjiskan air yang telah dibaca ayat-ayat ruqyah oleh Pakcik Nurul.

Perlahan-lahan Eja membuka matanya, dilihat wajah Nurul dan juga seorang lelaki berkopiah putih.
"Apa dah jadi ni Nurul"
"Kau pengsan, aku call kau tak angkat, Pakcik aku nak jumpa kau tadi, sampai jer aku beri salam kau tak jawab aku ambil kunci pendua yang selalu kau cakapkan hari tu, aku minta maaf masuk tanpa izin,"

"Terima kasih Nurul, tak apa kau dah tolong aku banyak"
"Mari kita bawak Eja keluar dari rumah ni" Pakcik Nurul bersuara setelah diam dari tadi melihat perbualan 2 sahabat

"Oh lupa pulak aku, inilah pakcik aku yang aku ceritakan tu"
"Assalamualaikum..errr..." Eja berhenti tidak tahu apa yang patut di panggil, masih muda tidak sesuai rasanya untuk membahasakan pakcik

"Waalaikumsalam, panggi saya Amran"
"Ustaz Amran" Nurul mencelah
"Oh ustaz Amran" Eja tersenyum kelat
"Lekas mari kita keluar dari rumah ini" pinta Pakcik Nurul atau Ustaz Amran.

Mereka bertiga terus keluar dari rumah tersebut, Ustaz Amran berhenti d idepan pintu rumah Eja, dia menoleh kembali ke dalam rumah, satu kelibat lembaga putih muncul dengan tiba-tiba kali ini satu rumah Eja berbau busuk, lembaga tadi bertukar dari bongkok menjadi tegap, namun rupanya semakin buruk dengan rambut yang merebang, wajah lembaga bertukar menjadi kehitaman, pipi lembaga tersebut tiada secalit isi yang ternampak hanya lah tulang pipi, dengan mata yang merah menyala, kuku yang semakain memanjang hitam, taring yang panjang jelas terpamer apabila lembaga itu mengilai..

"Apa yang kau mahu dengan mengganggu hamba Allah ini?"kuat suara Ustaz Amran
"Cakap! Apa yang kau mahu" lagi keras suara Ustaz Amran, sambil mulutnya terkumat kamit kalimah Allah

"Arrr..jangan baca" rintih lembaga tersebut
"Kalau kau tak mahu sakit cakap"
"Aku cari tuan, dia cantik, aku sukaaaa...arrr berhenti " lembaga tersebut terus menjerit panas dengan ayat-ayat suci, bentuk lembaga itu tiba-tiba berubah kepada seorang tua bongkok tiga.

"Kau tidak boleh bertuankan dia, dia bukan tuan kau, Allah tuan kau" marah benar Ustaz Amran
"Tidakk..aku nak dia.. Ejaaaa tolong nenek Ejaaaa..." lembaga itu merintih memanggil Eja
Eja yang tadi ketakutan dalam pelukan Nurul, tiba-tiba bangun apabila lembaga itu menyerunya.

Eja seperti dipukau
"Nurul baca 5 ayat kursi dan 5 ayat akhir baqarah, lekas" Nurul pantas membaca ayat-ayat suci Al Quran, Eja meronta-ronta, lagi kuat Eja meronta, lagi kuat Nurul membaca ayat suci
"Jangan kamu cuba memperdayakan anak cucu cicit Adam"

"Ejaaaaa...Ejaaaa...Ejaaaa" semakin galak lembaga bongkok tiga itu menyeru tanpa menghiraukan ugutan Ustaz Amran

"Baik..kau degil ya...tunggu" Ustaz Amran bersila dihadapan pintu dengan berhadapan lembaga bongkok tiga dihadapanya, dari dalam poket baju jubahnya, Ustaz Amran mengeluarkan air zam-zam bercampur air bunga melur.

Lembaga bongkok tiga itu juga bertukar posisi tubuhnya, dia semakin membongkok, sehingga ke lantai. Lembaga tersebut cuba menyerang ustaz Amran, belum sempat tangan lembaga itu mencecah ke tubuh Ustaz Amran, satu simbahan air zam-zam dan air mawar telah dilancarkan oleh Ustaz Amran, tepat mengena ke muka lembanga tersebut, berguling lembaga tadi meraung kesakitan.

"Dengan lafas Bismillah kembalilah kau pada tuhan yang menciptakanmu"Asap berkepul-kepul memenuhi ruang tamu.
"Eja kamu boleh masuk, saya dah buang makhluk tu, cuma klu boleh tebang 2 pokok ketapang depan rumah tu, disitu dia menjadikan tempat untuk tinggal sementara mencari tuan baru"

"Dari mana datangnya makhluk ni Ustaz"
"Benda ni kepunyaan tuan asal tanah taman ini, atas pokok itulah tuan tanah meletakan pengunggu tanah. Jadi memandangkan rumah Eja paling hampir maka jadilah tempat dia mencari tuan di rumah Eja" terang Ustaz Amran

.............................................................

Seminggu berselang, tiada ganguan yang dialami oleh Eja, Alhamdulilah, Eja telah mengupah beberapa orang untuk membuang 2 pokok ketapang, 3 jentera digunakan untuk menebang pokok tersebut, namun usaha mereka gagal sehingga ustaz Amran datang untuk membantu.

Dengan sekali bacaan doa, jentera untuk menebang pokok tersebut berjaya dihidupkan.
"Eja, katil kamu patah disebabkan lembaga bongkok tiga tu yang teman tidur" Ustaz baru teringat untuk memaklumkan mengenai katil yang patah itu.

"Kalau Eja tak balik tidur, lembaga tu akan menyeru Eja untuk balik ke rumah, benda tu juga akan lindung rumah Eja supaya orang tidak nampak rumah Eja, Benda tu nak sangat jadi Penunggu rumah Eja, tapi Alhamdulillah Eja cepat sedar" sambung Ustaz Amran

Eja menelan liur teperanjat, patut la selama ini kawan-kawan mengadu tak nampak rumahnya.. patut juga la dia teras nak balik jer dan ada benda tidur tepi, patah katil ku...

Jadi jaga-jaga bila anda tidur diwaktu malam, bagi yang ada pasangan pastikan itu pasangan anda buka jelmaan, begitu juga yang tidur berseorang pastikan tiada siapa yang meneman.

Baca bismilah 21 x, Al fatihah 1x, 3 khul 3x, tutup dengan ayat kursi 1x...
Selamat beristirehat

Tamat

Cerita Seram Where stories live. Discover now