setanmerah Si Penjaga Rumah (Hantu Raya)2

125 3 0
                                    

Dalam pukul 11 lebih kami balik. Sepanjang jalan nak balik rumah tu aku rasa meremang. Macam mana tak takut, kiri kanan jalan hanya ada pokok getah je, dah la gelap.

Hampir pukul 1, aku tak dapat lelapkan mata. Badan aku penat tapi otak aku duk fikir macam-macam. Duk berperang dengan nyamuk lagi.

Aku perhati sekeliling ruang bilik yang sederhana luas tu, hanya ada satu almari baju di penjuru kanan bilik. Tak ada katil, kami hanya tidur beralaskan tilam nipis dan bantal.

Apih ni pun satu, selimut pun tak bagi, dah la malam ni sejuk gila. Tak payah pasang kipas dah. Dari tadi aku rasa seram sejuk, kat luar pulak hujan renyai-renyai jadi makin sejuk lah aku.

Habis meremang bulu roma aku bila dengar bunyi burung hantu bersahutan dari kanan dan kiri rumah. Ni first time aku dengar bunyi burung hantu live, scary gila weh. Entah berapa ekor la ada kat luar tu.

Aku malas nak layan perasaan, aku buat2 tak dengar je. Aku tengok cahaya lampu dari bilik sebelah dah padam. Apih dah tidur agaknya. Baru nak ajak dia borak sekali. Aku toleh pandang Que kat sebelah.

Dia tengah tidur menghadap dinding, membelakangkan aku. Tapi aku nampak ada cahaya dari screen handphone, confirm belum tidur.

“Ingatkan kau dah tidur. Kau tengah main game ke tengah whatsapp isteri vs tunang vs awek vs scandal?”, saja nak hilangkan bosan, aku pancing dia nak ajak sembang. Tapi dia diam je, takde respon apa pun.

Ish dah kenapa? Takkan tak dengar, aku kat belakang ni je. Aku ambik bantal dan hempuk belakang dia, Baru lah dia berpaling. Dengan muka terkejut dia pandang aku.

“kenapa kau Im? ” soal dia dengan nada bengang.

“ohh patutlah tak dengar, ada benda alah ni kat telinga.” Aku rentap earphone dari telinga dia dan letak kat tepi. “aku cakap sorang-sorang dari tadi tau tak?”

Terus Que gelak. “Padan la muka kau, aku tengok kau diam je tadi sebab tu aku tak berani nak tegur. Mana tahu kalau kau tersampuk hantu hutan.”

Eh mulut dia ni. Tak cover langsung. Aku ambik bantal dan tekap muka dia suruh dia diam. Makin kuat pulak dia gelakkan aku.
Aku rasa masa tu sampai berbakul-bakul aku carutkan dia, dah macam-macam bahasa dan versi aku mencarut. Tanpa hiraukan Apih dan Tok Ayah, makin kuat volume suara kami.

Rasa takut tadi dah hilang serta merta. Lagipun orang kata, ‘talking to your best friend is the best theraphy ever.’ Cewahh. Orang kata lah. Hahaa. Time2 macam nilah semua topic best dan idea lawak kau mencurah-curah keluar kan.

Suara kami gelak berselang seli dengan bunyi burung hantu kat luar. Makin lama makin kuat. Tengah borak sakan, tetiba Que diam. Dengan separuh berbisik dia cakap, “ Sambung esok lah. Baik kau tidur sekarang.” Terus dia ambik bantal letak kat muka dan berpaling menghadap dinding.

Aku pelik dengan kelakuan dia, tapi aku dah rasa lain macam. Aku pasti sangat dia ada nampak something.Dengan perlahan aku ubah posisi tidur aku. Dari mengiring ke kiri sekarang aku mengiring ke kanan.

Baru je nak lelap, mata aku tertumpu ke arah almari di hadapan aku. Damn. Natang beruk!!!. Menyesal pulak aku sebut nama tu semasa mencarut tadi. Sekarang ni kat atas almari tu ada makhluk menyerupai seekor beruk besar.

Badan hitam berbulu panjang dan lebat, mata merah menyala dan ada taring panjang tengah menyeringai kat aku. Aku pejamkan mata dan baca ayat Kursi. Nak nangis pulak rasanya bila waktu macam ni aku jadi lupa semua surah lazim.

Padahal tiap2 hari duk ulang baca dalam solat. Ya Allah, lidah aku jadi kelu. Aku hanya mampu istighfar sambil tahan nangis. Taknak aku nangis depan Que sekarang ni. 7 keturunan kena bahan nanti.Aku tak tahu bila aku terlelap.

Cerita Seram Where stories live. Discover now