Assalamu'alaikum, kisah ini aku share bukan untuk mengaibkan sesiapa dan sebagainya. Semoga menjadi pengajaran / panduan / pengalaman atau apa apa saja. hehe. So, lets go straight to the story.
Aku ada seorang jururawat dan aku pernah ditugaskan di negara lain seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain. Dan ya, kisah ini terjadi ketika aku bertugas di sana. Aku berkerja di Accident dan Emergency Department atau 'AE' untuk singkatan untuk beberapa bulan dan ini adalah hari pertama aku bertugas pada shift malam.
Pada awalnya, AE sibuk seperti biasa, ada orang sakit demam, sakit kaki, dan berbagai bagai penyakit lagi. Setelah pukul 12 tengah malam, baru lah AE sudah mulai tenang. Ketika shift itu, aku ditugaskan di suatu bilik yang di namakan 'Day Ward'. 'Day Ward' ini adalah ward untuk pesakit-pesakit yang menunggu ujian darah / air kencing / pemeriksaan doktor dan selepas itu mereka akan pulang ke rumah. Day ward terbahagi kepada dua bahagian, lelaki dan wanita. Disetiap bahagian, dibahagi kepada 5 katil.
Ketika aku di sana, bahagian lelaki penuh atau 'fullhouse', manakala bahagian wanita kosong. Aku pun seperti biasa, berbual dengan pesakit sambil memeriksa keadaan mereka. Ketika itu, ada seorang pesakit bernama Azlan (bukan nama sebenar). Beliau datang je AE kerana muntah-muntah dan terpaksa ditahan di sana buat sementara sehingga keadaan beliau stabil. Azlan berumur dalam lingkung 40an. Dia suka bercerita dengan jururawat-jururawat dan doktor hingga mereka semua mengenalinya. Ketika aku disuruh untuk memeriksaan tekaan darah beliau, Azlan pun bercerita tentang dia yang selalu ditahan di hospital kerana komplikasi kesihatannya dan Azlan dengan tiba-tiba membuka cerita seram.
"Nurse tak takut kerja malam?" katanya."Tidaklah Pak Cik, ini adalah tugas saya. Tidak kira malam atau pagi, saya mesti bertugas untuk kesejahteraan pesakit", balasku sambil tersenyum.
"Saya selalu ditahan disini, dan banyak kisah seram saya alami disini" kata Azlan lagi.
Dia menceritakan bagaimana dia telah diganggu oleh 'benda' tersebut. Dia pernah terpaksa bermalam di dayward kerana ward yang dia harus masuk fullhouse. Oleh itu, dia terpaksa bermalam di dayward hingga ada katil kosong.Sekitar pukul 2pagi, Azlan terbangun kerana ingin ke tandas. Selepas melepaskan hajat, Azlan terdengar suara wanita menangis didalam tandas lalu Azlan berkata,
"Cik, di sini dayward bahagian lelaki, sebalah sana baru bahagian wanita. Cik salah masuk ni". Kemudian Azlan keluar dari tandas dan dia ternampak seorang wanita duduk mencangkung berhampiran salah satu tandas. Awalnya Azlan ingin bertanya tapi hajatnya terbantut kerana apabila dia terpandang cermin tandas itu, dia sedar bahawa wanita itu tidak mempunyai bayang-bayang atau 'reflection' di cermin.Azlan dengan perlahan, cuba meninggal tandas tersebut dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Tiba-tiba wanita itu mengilai dan berkata,
"Dah tau ye bang?".
Azlan membuka seribu langkah.
"Hati-hati ye nurse. Saya dengar tempat ni keras".
Saya hanya tergelak. Sepanjang hidup saya, tidak pernah saya melihat "benda" itu."Pak cik, saya lebih takut akan manusia berperangai hantu. Hantu pun takut kat manusia macam tuu", kataku sinis.
Azlan terus terdiam dan memberi amaran agar aku tidak sombong. Dan selepas aku memeriksa beliau, doktor telah memberi kebenaran untuk Azlan pulang ke rumah.Jam pukul 2pagi, aku baru lepas rehat dan menikmati 'supper' bersama teman yang lain. Kaka senior denganku bertugas di dayward memberitahu dia ingin berehat dan makan sekejap dan bertanya jika aku boleh berkerja seorang. Aku mengangguk dan memberitahu dia bahawa dia tidak perlu bergegas makan kerana dayward ketika itu sunyi dan tenang.
"Dik, akak nak makan kejap yea. Jagakan kejap je, kalau ada emergency, call akak yea. Akak makan kan bilik rehat".
Aku mengangguk. Dan selepas itu, aku pun berehat dan bermain game sementara menunggu jam untuk memeriksa lagi pesakit-pesakit di dayward. Ketika leka bermain game, aku terdengar bunyi orang bergerak dikatil. Dan ketika aku toleh ke bahagian lelaki, aku sedar lampu mereke bertutup (dah malam, pesakit kena berehat dan tidor). Dan dari tempat aku duduk, aku lihat pergerakkan di katil hujung sekali, seperti orang menarik selimut / menukar posisi tidor."Eh, ada pesakit baru ke?" kataku sambil menoleh ke papan putih yang mesti ditulis kalau ada pesakit baru masuk ke dayward.
Tapi di papan putih mengatakan, ada satu katil kosong. Alu cuba cari file pesakit namun gagal.
"Mungkin akak senior lupa nak tulis kot. Biasalah orang mengandung. Hehe", kataku sambil tertawa."Jom, bertemu ramah dengan pesakit baru tu. Boleh juga aku tanya nama dia apa dan 'update' papan putih ni".
Aku dengan segera, bergerak ke bahagian lelaki dan membuka lampu. Dan tiba-tiba aku terpana, katil hujung sekali, KOSONG! Selimut dan tilamnya kemas, seperti tiada orang berbaring diatasnya. Katil dinaikkan tinggi untuk menandakan
![](https://img.wattpad.com/cover/117196629-288-k608043.jpg)
YOU ARE READING
Cerita Seram
TerrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...