Salam,admin...sy ada ceriter hantu nak criter ni and brdasarkan pengalaman sy sndri..harap disiarkan ye...thanx...
Saya nak share satu cerita yang dah 20 tahun saya pendamkan. Cerita saya ni pernah disiarkan dalam Majalah Mastika tahun 2009 dan dapat banyak feedback dari pembaca.
So, sekarang zaman dah serba canggih with the world infos only on the tip of your fingers, so I have the urge to share my scary and weird story with you...terpulang kepada para pembaca semua sama ada nak percaya atau tidak cerita saya...
saya sendiri tak percaya benda2 ni jadi pada saya...tapi kita kene ingat kerana syaitan tu wujud untuk menyesatkan umat manusia dalam pelbagai cara...
OK. Cerita bermula pada tahun 1994. Masa tu saya berada di Form 5 dan bersekolah di Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh. Biasa la bila nak dekat SPM, waktu rehat saya dihabiskan dengan membuat ulangkaji di library dengan 4 orang BFF saya.
Tapi ntah camana hari tu salah sorang kawan saya bawak sekeping kertas lukisan dan sekeping suit syiling 50sen. Kertas lukisan tu pulak ada tulis abjad A sampai Z.
Pastu ada tulis “YES” and “NO”. Then di tengah2 ada tulis “HOME”.
Kawan saya cakap kalau kat oversea, orang2 kat sana panggil OUIJA BOARD... medium utk berkomunikasi dengan roh or so they said... kat sana diorang guna kayu ukir tapi kawan saya ni nak cut budget dia guna kertas lukisan and syiling 50sen.
So, kawan saya cakap asyik study je so apa kata kita buat benda lain dari yang lain... kira di luar normal kita sebagai students? well, in that case, we felt paranormal already...hahaha!!!
So, back to the story. Kawan saya ni ajar saya camana nak main. Kami letak jari atas coin tu tapi punya la slow coin tu bergerak...
kawan saya cakap kalau nak coin ni gerak laju, kene letak darah. Especially darah perempuan yang tengah period. Kebetulan pulak ada 3 orang di kalangan kami yang period and I was one of them... tapi seorangpun tak berani nak letak darah...
Keesokan hari, kami main lagi. Kali ni saya beranikan diri menitikkan darah dari jari hantu saya ke atas coin tersebut. Apa lagi, bukan main laju lagi coin tu bergerak.
Kawan2 saya mula bertanya soalan. Soalan2 yang ditanya...
“Awak ni Melayu ke Mat Salleh?”... coin tu bergerak dan mengeja M.E.L.A.Y.U.
“ Awak ni lelaki ke perempuan?”... L.E.L.A.K.I.
“ Awak asal mana?”... .U.T.A.R.A...(maknanya sama ada dari Kedah, Perlis, Penang atau Perak).
“Awak dulu kerja apa masa hidup?” ... A.Q.U.A... (maknanya kerja yang ada berkaitan dengan air).
“Awak mati camana?”... D.R.U.G.S...(pandai pulak spelled dalam English).
Pastu bunyi loceng, saya dan kawan2 saya terus masuk kelas. Saya tak sempat nak suruh ‘benda’ tu balik terus angkat je kertas lukisan tu.
Saya bagi balik kat kawan saya and dia terus buang macam tu jer kertas tu dalam tong sampah.
So, lepas tu saya tak main dah. Lepas SPM masing2 bawak haluan diri masing2. Kawan2 saya ada yang pergi ke oversea untuk further studies. Ada yang sambung di U tempatan sahaja dan saya sendiri further studies di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka mengambil course TESL(Teaching English As A Second Language).
Masa kat maktab, maktab pulak semua perempuan memang boring giler la...hahaha...so, saya mula melanggan 1 majalah English ni, malajah Galaxie. Dalam majalah tu ada ruangan berkenalan.
Masa tu tahun 1997 mana ada FB, IG semua. Sesiapa yang pakai handsetpun hnya golongan kaya2 je. So, kalau nak cari kenalan dengan cara ni je la...main utus2 surat...so, sayapun masuk ruangan tu untuk cari kenalan...
YOU ARE READING
Cerita Seram
TerrorCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...