Katil dinaikkan tinggi untuk menandakan katil itu kosong.
Aku menggigil. Aku sendiri nampak ada orang atas katil itu. Walaupun hanya sekadar bayang-bayang, aku pasti, aku nampak orang.Aku tidak mengantuk, mustahil aku hanya berhalusinasi. Aku lihat pesakit yang lain tidur seperti biasa. Aku dengan menggeleternya menutup suis lampu dan kembali ke nurse counter. Aku duduk dan fikiranku serabut. Betul ke apa yang aku nampak tu? Betul tapi mana orangnya? Kalau salah, bayang-bayang apa yang ku nampak tadi?
Tiba-tiba aku nampak akak senior datang dan terus duduk sebelahku.
"Eh ka, kejap makan. Baru je pukul 2:15pagi. Akak ada 45minit lagi masa untuk rehat", kataku tapi dalam hati, aku terasa tenang sebab ada juga teman aku. Kurang takut.Tapi yang peliknya akak senior ni nampak pucat, tak senyum. Sedangkan dia yang paling kuat tersenyum di AE tu. Dan dia tak jawab soalan aku.
"Dik, adik tau tak tempat ni dulu tempat staff sini simpan mayat?" katanya tiba-tiba.
Aku kaget.Kenapa tiba-tiba pulak dia tanya soalan menakutkan tu? Selepas aku mengalami peristiwa menakutkan pula tu!
Aku menggeleng. Dia hanya tersenyum. Dan dengan tidak semena-mena aku nampak akak senior ni tiada kaki.Aku dengan pantas kilat berlari ke bilik rehat dan menolak pintu dengan kuat hingga yang didalam tu terkejut. Aku menggeleter terlalu kuat dan tiba-tiba pandanganku gelap.
"Bangun nak, mak kat sini".
"ARGGGGGH!" aku berteriak. Dan aku lihat muka terperanjat beruk mak aku, serta kaum kerabat dan sahabat handai disekelilingku.
"Alhamdulillah, dia dah sedar.Sayang, awak di hospital ni, selepas terkena sawan masa shift malam tadi" sapa ayahku dengan lembut.
Aku terdiam, otakku geligat memikirkan apa yang berlaku dan tiba-tiba aku nampak akak senior dan merancau seperti orang gila! Ibu dan ayahku serta yang lain cuba menenangkan ku dan setelah wajaku dicuci dengan air bacaan dari ayat suci Al-Quran baru aku tersedar dan terketar ketar berkata;
"Akak hantu. Akak takde kaki!" teriakku kepada akak senior tersebut."Eh dik, kalau ini bukan kaki, ini apa? Tayar?" jawab akak senior sambil menyelak kainnya untuk menunjukkan kakinya.
Aku hampir tergelak tapi kena control macho babe. Lalu aku bercerita tentang apa yang berlaku. Mereka hanya berpandangan. Akak senior pun buka cerita tentang bilik dayward tu tempat menyimpan mayat kalau bilik mayat penuh.Atau ketika berlakunya accident besar, seperti kemalangan kereta yang melibatkan lebih dari seorang, mayat-mayat tersebut akan disimpan di dayward sebelum ada keluarga menuntut. Dan pernah juga ada jururawat yang membunuh diri di dayward itu kerana kecewa dengan percintaan. Bukan aku seorang je nampak "benda" tu, banyak juga yang nampak hingga tak berani lagi masuk ke sana tapi oleh sebab tugas, redah je lah.
Setelah kejadian itu, aku sedar yang kita tak boleh cakap besar sangat. Allah dah beri pengajaran dekat aku. Dan walaupun masih trauma dengan shift malam tapi aku mesti mengagahi diri aku demi kepentingan pesakit.
Sejak itu, memang banyak lagi kejadiaan yang aku alami. Mungkin akan ku ceritakan tidak lama lagi. Stay tune yea.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Seram
KorkuCerita benar dari pengalaman orang yg pernah kena kacau dengan mahluk halus. ..ada sedikit cerita rekaan tapi terpulang kenapa yg membaca utk percaya atau tidak semua cerita seram nie Persanan kepada pembaca.. Kalau dh rasa lain mcm bile baca baik k...