KONDO BILIK 1107 PT 2

154 7 0
                                        

Yess dia memang pergi buka pintu yang di ketuk bagai nak roboh tu. Sebaik pintu di buka, tak ada sesiapa pun tapi angin yang menderu masuk dengan daun kering serta bau yang sangat busuk. Guess what??

Air paip singki tiba tiba berhenti sendiri dan dah tak ada gangguan lagi selepas tu. Kami tak tidur sampai ke subuh.

Selepas solat subuh matahari dah terpacak, kami kemas barang barang, bersihkan diri nak check out. Pukul 8:00am macam tu kiteorang buka pintu nak keluar, dengar suara riuh rendah suara kanak kanak mandi kat kolam renang.

Aiikk ramai pulak orang. Sebelum ni tak de meriah macam ni pun.
Kiteorang turun ke lobi dan aku call agen untuk tanya kat mana nak drop kunci bilik sebab kiteorang nak balik dah.

Agen cakap letak je kat dalam bilik. Dah sepasal pulak nak kena naik letak kat bilik puaka tu pulak. Azizi dengan kawan dia suka rela nak letak kunci tu kat bilik.

Sementara tunggu dorang, kami lepak kat lobi. Memang ramai orang masa tu kat lobi. Tiba tiba ada pakcik sekitar umur pertengahan 50an tegur.

"Awak semua dari mana? Baru sampai harini ke? Tak penah nampak pun". Dr Idham jawab yang kami kat sini dah 3 hari 2 malam tinggal kat bilik 1107 dengan 1005.

Pakcik tu terkejut sebab dia kata dia yang jaga tempat ni tapi dia tak nampak kami pun selama 3 hari yang kami sebut tu dan bilik 1107 tu dah lama tak ada orang sewa sejak kondo ni disita dan ditutup.

Lepas tu kondo ni di buka semula tapi dah jadi hak persedirian. Memang dah tak ada siapa nak selenggara tempat ni. Pakcik tu berkeras yang dia memang tak nampak kami sepanjang 3 hari yg kami cakap kan tu.

Malah tempat parkir kereta yang kamj parking tu pun dia cakap dah seminggu orang tak parkir situ sebab ada batu bata yang tak di alihkan. Pagi ni dia cakap batu bata tu mungkin dah di alihkan dan dia baru nampak kereta kami disitu pagi ni.

Sebab itu dia sangka yang kami baru sampai situ pagi ni. Dr Idham sempat tanya tentang makcik yang siram lalang tu. Pakcik tu ketawa dan dia cakap mustahil orang nak siram lalang.

Selepas azizi dengan kawan dia turun ke lobi kami cerita pada azizi. "Kalau pakcik tu tak nampak kita, pakcik jual durian tu mesti nampak kita. Jom tanya pakcik jual durian depan tu" Kata azizi.

Kami lintas jalan dan tanya pakcik yang jual durian tu. Pakcik durian tu cakap dia memang nampak kami tapi masa kami datang masa maghrib kemarin, dia cakap bau kami sangat wangi dan dia sangka itu minyak wangi yang kami pakai.

Tapi selepas kami selesai makan durian dan balik ke kondo, bau wangi tu masih kekal ada di situ mengalahkan bau durian. Dan dia berhenti meniaga awal kemarin kerana tak sedap hati.

Sampai je rumah aku baca review review blogger tentang kondo yang kami sewa ni. Ternyata banyak bad review dan ada kisah mistik sejak kondo tu disita. So korang nak check in mana mana make sure baca review dulu.

Takut kat website nampak cantik tapi depan mata macam bangunan tinggal.

Cerita Seram Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang