Alhamdulillah… Aku mengucap syukur kepada allah sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta kelisa. Kasut kerja aku tanggalkan dan campak ke bahagian penumpang. Betis aku yang didera selama lapan jam plus plus aku urut perlahan.
Semerbak bau minyak urut dalan kereta aku ni. Lantaklah! Bukan ada sesiapa pun kan? Kesian kaki aku ni asyik didera je setiap hari.
I miss my sliper…
I miss my sneaker… aku bukannya tidak biasa dengan kasut girly girly ni tapi selalunya aku pakai untuk majlis tertentu sahaja seperti kenduri kendara, majlis makan malam yang hanya makan masa paling lama dua jam bukan lapan jam seperti sekarang ni. Hati ni nak aje pakai slipar kat pejabat tapi hurm..
Bila mata menjeling ke kaki para rakan sekerja perempuan yang lain… macam tak sesuailah pula kan. Hish! Susahlah bila jadi babysitter orang kaya ni. Nak aje aku minta job lain dari bos aku ni.
Aku sanggup bergusti dengan peragut, bersilat dengan dengan perompak, bermain dengan pistol gunlock tapi jadi babysitter
huhu
nak kena berlakon sebagai wanita terakhir pula tu huhu…
APA salah saya bos? Kenapa saya ditugaskan job ni bos? Aku menjerit dalam hati.
Hish! Kau ni hazizah! Bodyguard mana boleh mengeluh, apatah lagi menangis. Tak macholah! Bentak akal aku.
Oh ya! Nama aku ni Hazizah..
Yup you’re right! Nama aku ni terbalik pun tetap bunyi yang sama.
But how did I get this unique name? Hah! Ini semua salah si papa aku yang terlalu artistic eccentric. Pensyarah seni lukis di salah sebuah universiti terkenal di Malaysia ni.
Ooh! Man.. Kalaulah dia tahu (memang dia tahu pun) betapa seksanya hidup aku semasa zaman remaja disebabkan nama aku ni, aku tetap tak rasa dia akan tukar nama lain juga.
I know my old man and I really love him even when he gave me this stupid name.
Tapi dulu di zaman kurang cerdik aku memang benci nama ni tapi setelah dah semakin cerdik aku memang suka nama ni sebab unik.Aku dibesarkan bersama lima orang abang yang sado dan ganas ( muka je.. Terutama apabila hal berkaitan lelaki nak dating dengan aku). Huh! Over protected gile? Kalau boleh lelaki di luar sana jangan nak jeling kat aku ni, tapi kalau diaorang buli aku ok pulak! Siblings kan?
Mak aku lagilah kontra dengan ayah aku. Seperti tertukar pekerjaan pula. Cuba teka mak aku kerja apa? Polis wei! Bukan calang – calang polis..
Superintendent hokey!
Sampai sekarang aku tak percaya je macamanalah mak dan papa boleh kekal sehingga sekarang. Bukan aku tak bersyukur tau!
See… disebabkan aku jadi babysitterla aku bermonolog sengsorang dalam kereta ni. Ini pun kereta rakan sekerja aku. Takkanlah aku nak datang ‘ kerja' naik Kawasaki ninja 200 pulak! Mau terbeliak biji mata orang di sini. Holster di kaki kiriku yang menempat satu pistol kecil aku betulkan. Jadi bodyguard kena sentiasa bersedia. Jangan rasa pelik, kalau ada orang selongkar tas tangan aku ni, pisau rambo enam inci yang kau akan jympa dulu sebelum lipstik dan bedak dijumpai. Itu tak termasuk pisau nipis kecil yang aku selit dibelakang bedak muka aku tu.
Bau minyak urut mula menyengat deria bau aku. Penghawa dingin dikuatkan. Baru aku nak masukkan gear mengundur, lagu black widow berkumandang di dlm kereta.
Damn!
I know who’s calling me?
Yup! My real boss is calling me.
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...