"Hazizah! Berangan apa lagi!"
Sergah puan Mama.
"Fuh! Kusss semangat Iza la mama. Mama nak anak perempuan tunggal mama ni sakit jantung ke?" Bebel aku sambil memgurut dada.
"Takla.. Mama nak anak perempuan mama ni nikah je..." Jawap si mama.. Selamba... gila..."Mama! Ke situ pula... dah nasib badan tak da calon.. Nak buat macamana kan mama? Anak mama ni cantik tapi entahlah kenapa calon still MIA,"
Pinggang mama kupaut manja. Sebagai ahli Gegurl tunggal dalam keluarga ni, haruslah manja kan?
Kan?
Kalaulah rakan sekerja aku... "the real" rakan sekerja aku nampak aku manja lentuk macam ni, ada yang muntah hijau aku rasa.
Namun sayangnya, Mama membalas pelukan manjaku dengan satu cubitan yang sangat kuranglah kasih sayang pada lenganku.
"Adoi! Sakitlah mama," tanganku pantas menggosok tempat yang sakit tu."Lebam karang.. Lagilah calon tak nak datang mampir..."
"Kamu jangan nak berdrama. Cukuplah latihan drama kamu kat kolej dulu. Jangan nak bawa ke rumah."
"Mama... nak tanya sikit boleh tak?"Sambil aku mengunyah epal hijau.
"Tak baik bercakap sambil makanan penuh di mulut!" Tegur mama lagi.Alahai...
"Ala mama ni..." aku merengek lagi.
"Hah! Tadi kata nak tanya soalan sangat... cepatlah tanya..""Mama ni garang la.. Jangan dengan anak sendiri pun nak bawa aura special force mama tu!" Sempat lagi aku mengusik mama.
Hmak nak tanya sudah!"
Tangan mama lincah memotong kek yang dibuatkannya semalam.
"Mama kenal ke dengan puan Hamidah Arshad?""Hm.. Hamidah Arshad... Kenal. Kenapa?" Jawap mama. Ringkas.
"Saja je tanya. Sebab iza baru terjumpa dia semalam. Dia cakap dia kenal mama."Sisa epal aku buang ke dalam tong sampah berhampiran sinki.
"Tak silap mak dia pun ada anak lelaki," Ujar mama sambil mengangkat keningnya.
"Mama!"Aku separuh menjerit. Nasib baiklah dia tak tahu yang aku sedang bekerja di bawah anak lelaki puan hamidah. Kalau tak entah - entah sekarang juga kompang berbunyi kat luar tu. Haru betul.
"Ish! Mama ni, abang jebat, tuah, zaaba, anas, hamzah tak ada pula mama sibuk suruh diaorang kahwin. Diaorang lagi tua. Antertu tau!" Antertu tu istilah yang aku cipta sendiri, tak ada dalam kamus ye... Anak teruna terlajak usia...
"Hah! Siapa cakap kami semua tak pernah kena desak?"
Tiba - tiba je si abang tuah muncul.
"Hmm... kek mama yang sedap," laju tangan abang tuah cuba mencuit frosting kek akan tetapi sepantas kilat tangan mama menepis tangan abang tuah.
"Hoho... otai masih berbisa," gelak abang tuah sambil menggosok - gosokkan tangannya."Baby girl!"
Kedengaran suara papa memanggil aku dengan gelaran kegemarannya.
Ish! Papa. Iza dah besarlah, betah aku."You're always be my baby girl', ujar papa aku lagi sambil menghadiahkan satu ciuman di dahi mama. Memang bertuah mama dapat papa tak tidak segan silu menunjukkan kemesraan dan sayangnya terhadap isteri tercinta.
'Kek kegemaran papa! Thanks mama!"
Mama hanya menjulingkan matanya ke atas.
"Jom kita minum petang! Tuah! Pergi panggil si jebat. Ajak dia turun sekali. Iza tolong bancuhkan air teh," laju mama memberi arahan.
Apabila mem besar memberi arahan, kami semua patuh. Mama mengangkat kek untuk membawa ke gazebo di taman tempat rasmi minum petang kami sekiranya pulang ke kampung sebelum dihalang oleh abah.
"Tak pe mama, biar abah bawakan kek ni, mama pegang lengan abah je."
Mama tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Romantik betul mereka berdua tu. Abah dan mama sememangnya menjadi pasangan idola aku. Aku berdoa agar mereka kekal bahagia dan aku juga dapat mencari pasangan hidup seperti abah.
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Roman d'amour***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...