Bab 36

7.5K 342 30
                                        

Tujuh laras lawan satu…

Aku masih lagi kontrol ayu. Laras aku Nan satu tetap tidak mengalah, tetap tak bergerak.

“No!"

Zikry cuba untuk menjadi benteng tapi aku mencengkam lengannya… kuat.

“ Jangan cuba jadi Hero,” aku mengetap gigiku geram. Aku terus berada dalam keadaan berjaga – jaga.

“ AHA! Betul cakap cik Hazizah Kita,”

Suara playfulness One Ali bergema. Aku dapat lihat terdapat sembilan orang yang masih bersama dengan One Ali. Tujuh darinya menghalakan pelbagai jenis hand gun ke arah aku, selebih menjadi tembok kepada One Ali.

“ Boss Kita tidak Ada masa lagi,” desak konconya lagi. One Ali tetap tersenyum tanpa menghiraukan desakan orang bawahannya itu.

“Aku berikan kau suggestion...

"hmm... negotiation?"

" Mungkin option?”

Aku tidak membalas bicaranya. Mataku tidak lepas memandang laras – laras senjata dihadapan.

“Apa kata kau ikut aku sekarang dan aku lepaskan Zikry,”

“Jangan Haz,” Zikry menghalang.

Aku masih meneliti dan meneliti dan berfikir. Apa opsyen yang tinggal? Anak mataku sesaat menghala ke arah One Ali.

“Boss…,”

“Hush!”

One Ali meletakan jari dibibirnya. Kepalanya ditelengkan ke kiri.

“Kau tahu Tak? This brain, this mind…”

One Ali mengetuk pelipisnya, menggunakan dua jari.

“Re....ally… did a funny thing…”

“Aku tahu perlu pergi dari sini dengan segera tapi…”

“It seems that I cannot leave my…”

Dia memandang tajam ke arah aku. Kepalanya ditelengkan ke kanan pula.

“-Curiosity.”

One Ali meraup rambutnya ke belakang.

“Vee, secure all the exit. Kunci dari dalam,” lelaki berkot memberi arahan. Tanpa sebarang kata, lelaki bernama Vee menurunkan larasnya lalu berlari menurut arahan.

“ Apa kata semua turunkan senjata, let’s feed my curiosity,”

“Apa jaminan kau?,” aku bertanya.

“ Aku jenis manusia berpegang kepada janji. Kalau tak orang tidak akan rasa gerun dengan aku,” One Ali tersenyum sumbing.

Gerun? Bukan hormat?

Janji as a promise or –

- As a threat!

Aku rasa yang kategori kedua.

Gilalah One Ali ni, sudah tersepit begini masih mahu berjudi dengan bahaya, berjudi dengan nyawa. Masih mahu mempertaruhkan kebebasannya demi memenuhi rasa ingin tahu dia tentang aku.

“Because your are my new obsession,”

Tiba – tiba otak aku terimbas memory itu.

“ Kalau kau kalah… aku heret kau sekali.” Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

“ Kalau kau menang...,” dia berhenti berkata seketika, “ Au revoir, aku pergi dulu,”

' Au revoir?!'

Shit!

Congratulation!

You just get yourself a stalker, Hazizah!

“ Lawan dengan kau ke?” pertanyaan itu aku tujukan kepada One Ali.

“ Aku kan pernah beritahu kau sebelum ni, aku tak pukul perempuan-”

But I can’t say the same for them.

Memori ucapan One Ali muncul lagi.

“ Jangan risau… aku seorang yang adil. Satu lawan satu".

Kami sudah terkepong. Apa lagi opsyen yang tinggal selain dari menerima tawaran Zikry.

Come on my brain…

Think! Think!

Aku mengundur langkahku ke belakang sehingga menghimpit Zikry rapat ke dinding.

“Tuan Zikry, cincin tunang tadi..” aku berbisik. Mataku masih tidak lepas memandang ke hadapan.

“What?” suara Zikry sedikit gelabah.

“Cincin! Mana cincin?!” aku bersuara dicelah getapan gigi.

“Hah!

“Rapatla ke muka saya!” nak je aku tambah perkataan ‘bangang’ di penghujung ayat.

“Oh!” Dia terpaksa tunduk untuk mendengar bisikan aku.

“Cincin! Ada tak sekarang kat Tuan?”

Zikru meraba poket seluarnya dan mengeluarkan cincin tersebut. “A..ad..Ada! Ada!”

“Sarung ke jari saya, sekarang!” aku masih berbisik. Tangan kanan aku hulurkan ke belakang. Zikry masih lagi gementar, terketar – ketar tangannya menyarungkan cincin ke jari aku.

Cincin itu mempunyai batu kan? Aku harap ia membantu ketika aku berlawanan sekejap nanti. Mungkin hanya sedikit, tapi aku perlu mengguna segala apa yang ada.

“ Zikry!” aku memanggilnya lagi. Sudah hilang perkataan Tuan dari bibir aku.

“ Kalau Saya kalah, lari ke arah tandas sana dan kunci. Cuba bertahan sehingga bantuan tiba atau guna ini jika perlu.”

Cik PA Cik BodyguardTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang