"Jasmine! Call the CSO- ... bilik Saya sekarang!"
"Urgent!"
Setiausahanya menjeling.
" Chief security officer?"
Dia menurunkan cermin matanya ke pangkal hidung.
"Again?!!"
Soalnya lagi.
"Yes! Again!"
Setiausahanya menjulingkan matanya ke atas sambil menggelengkan kepalanya. That sassy girl-
" As you wish, Sir,"
Zikry berjalan mundar mandir di dalam pejabatnya. Sekali sekala dia meraut rambutnya ke belakang. Sekali sekala dia menarik nafas panjang, perasaan sedikit gelisah.
Bunyi pintu dibuka, menghentikan langkahnya. Dia cuba untuk mengulum senyumannya.
"Yes sir, kenapa panggil saya ke sini?" orang di hadapan berdiri dalam keadaan senang diri. Wajah tegas mungkin sedikit mencuka tapi
hurm..
Masih cantik!
"Garangnya. Dah lupa? Di pejabat ni, bangunan ni, Saya boss awak kan?"
Insan di hadapannya mengangkat kening.
Tinggi!
Zikry berdehem sebanyak dua kali. Postur badannya ditegakkan.
" I need to recharge,"
" Sorry?!"
" I need to recharge my energy," Zikry tidak berganjak.
Insan di hadapannya merenung ke arahnya-
-tajam!
"Tuan nampak Saya ni ada iras-iras seperti bateri ke? Atau Power bank?"
Jeda.
" Haz..." Zikry bersuara manja.
Haz memejam matanya sebentar seperti menahan sabar. Well... Mungkin salah telahan aku. Mungkin dia suka dengan permainan ini sebenarnya, Zikry berteka di dalam hati. Hah! Pedulikan! Dia sebenarnya yang suka dengan permainan ini.
" I need your hugs. Miss you so... much," Zikry bersuara manja lagi sambil dimuncungkan bibirnya sedikit. Hilang terus aura seorang ahli perniagaan, aura lain pula yang muncul,
-aura cinta
-mamat jiwang pujangga
Hazizah menjulingkan matanya ke atas pula.
" Inikan pejabat. Be professional,"
" Ala... ini kan pejabat abang... bukan lama pun... sekejab je," Zikry memuncungkan bibirnya minta dicium.
" Tuan, Saya ulang... ini Kan PEJABAT. Malulah sikit dengan staff lain. Ingat staff tak perasan ke? Ini sudah kali ke TIGA saya diseru ke sini!"
"Pengantin baru... abang yakin semua orang faham,"
"Tuan! Lagi dua hari genap sembilan bulan Kita berkahwin."
"SEMBILAN BULAN!"
Bukan baru tapi dah basi!," Hazizah menunjal bahu Zikry beberapa kali. Tangan kecil itu Zikry tangkap,pegang dan bawa ke bibirnya.
" Please?!!"
Zikry mendepakan tangannya minta dipeluk. Bibirnya dimuncungkan lagi seperti anak kecil.
"Hish!!"
"Saya banyak kerja,"
Hazizah melepaskan nafas dengan berat sebelum berada di dalam rangkul suaminya. Bahunya dipeluk erat.
" Hish!! Susahnya dapat suami terlebih gula ni," Zikry tahu omelannya diiringi dengan senyuman.
" Tak suka ke?" Zikry menduga. Nada suaranya sengaja direndahkan.
"Hish! Pura-pura tanya pula," Hazizah cuba menjarakkan diri tapi gagal kerana Zikry menguatkan lagi pelukannya.
" Ini last ye.. kalau tak.. tuan boleh recharge Kat hospital,"
"Garang! Tak romantik langsung!"
Hazizah menjarakkan dirinya.
"Ingat! Kalau Tak Ada perkara penting, Kita jumpa di rumah," Hazizah melangkah pergi.
"Bye!" Zikry menghantar isterinya dengan pandangan penuh kasih sayang sehingga pintu biliknya ditutup.
Zikry melepaskan nafasnya panjang tapi perlahan. Dia kembali ke mejanya. Work eh life must go on!
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...