Sudah menjadi satu habit, setiap kali lif berbunyi aku akan memandang ke arah lif tersebut. Ini kerana mood pengawal peribadi sentiasa aktif, sentiasa berjaga - jaga bersiap sedia menanti sebarang kemungkinan. Well... memang aku dibayar untuk itu kan? Bukan aku sahaja malah si Firdaus pun aku perasan secara automatik akan bersedia memegang senjata setiap kali lif berhenti pada aras ini. Dari kejauhan aku melihat puan Hamidah menghampiri meja.
"Boleh saya bercakap sebentar dengan kamu, hazizah?"
Lembut sahaja nada puan hamidah. Beruntunglah siapa yang jadi menantu kan? Eh! Ke situ pula!
"Boleh puan, jemput duduk dulu tapi boleh tak tunggu sebentar. Saya mahu kemas meja ni," aku terus bangun sambil mengemas fail di meja. Puan hamidah hanya menganggukan kepalanya tanda setuju dengan permintaan aku.
"Puan perlu berbincang mengenai apa ye?" Aku bangun menutup pintu ruang kerja aku ini.
"Mengenai zikry,"
Of cause, bisik hatiku.
"Mengenai pertunangan awak dengan zikry sudah saya suarakan kepada empunya badan dan dia setuju," puan hamidah berhenti sebentar sebelum menyambung semula. "Saya mahu berjumpa dengan keluarga awak..."
"Maaf puan, kalau boleh saya tidak mahu libatkan keluarga saya. Lagipun ini hanya pertunangan olok - olok kan? Jadi saya rasa penglibatan keluarga saya tidak perlu," aku terus memotong percakapan puan hamidah.
Puan hamidah merenung ke wajahku tanpa sebarang kata.
"To be honest with you, keluarga saya tidak tahu pekerjaan sebenar saya sebagai seorang pengawal peribadi. Mereka hanya tahu bahawa saya hanyalah kerani di syarikat selamat sejahtera", sambung aku lagi sambil membalas renungan puan hamidah.
Hurm...
jari puan hamidah mengetuk meja, tabiat sama seperti anaknya zikry apabila mereka berfikir.
"Awak tahukan dengan maklumat seperti ini saya boleh gunakan untuk mengugut awak kan?"
Aku hanya tersenyum.
"Puan nak ugut saya untuk apa? If I don't like it, I can always walk away from all this dan saya tidak kisah jika keluarga saya tahu pekerjaan sebenar saya kerana saya sememangnya berhasrat untuk memberitahu mereka dalam masa terdekat ni."
Ketukan jemari ke meja masih bergema.
"Saya suka awak! Awak pasti yang awak tak mahu jadi menantu sebenar saya?" Puan hamidah tersenyum.
Aku menggelengkan kepala.
"Buat masa sekarang saya lebih suka menjalankan kerja saya dahulu puan," jawapku tegas. Amboi makcik depan aku ni, siap offer aku jadi menantu. Confirm aku ni calon menantu kesayangan kan! Ahak! Perasan akak!
Puan hamidah mengeluarkan sesuatu dari begnya.
"Tolong hulurkan tangan awak," ujarnya.
"Kiri ke kanan, puan?"
"Kiri. Tak perlu berpuan - puan dengan saya. Just call me ibu".
Rupanya puan hamidah menyarungkan cincin ke jari manisku. Wow! Memang cantiklah cincin ni. Aku pasti yang batu nan satu yang berkilau berpotongan emerald tu adalah berlian asli.
"Nanti apabila tamat tugasan saya, saya akan pulangkan semula cincin kepada puan, jawapku sepropesional mungkin.
Ibu... betulkan puan hamidah.
"Saya akan pulangkan cincin ini... ibu", ulang aku semula.
Puan hamidah untuk kesekian kalinya tersenyum.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...