Semenjak terjumpa bug tempoh Hari, aku memang akan datang awal dari kebiasaannya kerana aku perlu 'scan' kawasan dahulu dan perlu memastikan signal jammer berfungsi. Zikry adalah antara klien yang penting dek faktor kedudukannya sebagai ahli perniagaan yang berpengaruh besar. Lagipun kami semua sememangnya sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas.
"Good morning dear,"
Bau minyak wangi CK memenuhi rongga deriaku. Oh my! Berapa das semburan dia guna pagi ni. Terlalu wangi sampai mendera deria bau aku ni.
Dear? Really?
"Selamat pagi, Tuan Zikry," sekilas je aku pandang Zikry sebelum kembali tunduk menyemak agenda Zikry untuk pagi ini.
"Ehem"
Zikry berdehem. Sakit tekak agaknya si Zikry pagi.
"Ehem"
Untuk kali ke dua dia berbunyi.
Lantas tanganku mencari ubat sakit tekak yang kebetulan berada di dalam beg tangan aku, lalu aku menghulurkan kepada Zikry tanpa memandang ke arahnya. Wah! Mesti aku tercalon PA terbaik untuk tahun ni.
"What for?"
Walaupun aku Tak pandang akan wajahnya, aku pasti dahinya pastu berkerut, sekerut suaranya. Eh! Suara Ada berkerut ke? Pandai je aku merepek. Tapi boleh pula dia tanya untuk apa? Come on lah jenama ni popular kot. Selalu masuk media cetak. At least bacalah kan? Aku siap hulur dengan bungkusan asal lagi.
" untuk sakit tekak. Kan Tuan dari tadi asyik berdehem je". Kali ni aku pandang wajahnya. Sah! Berkerut seribu campur sedikit rasa kurang percaya atau... tidak puas hati mungkin?
" Good. Morning. Dear". Satu - satu perkataan dituturnya.
Aik! Dia tak dengar ke jawapan aku tadi? Layan jela. Dia nak aku bangun macam anak murid di sekolah kot! Jadi tanpa membuang masa, aku pun bangunlah.
"Selamat pagi, Tuan Zikry," kali ni aku jawap dengan tambahan satu senyuman, FOC hokey.
" kenapa awak berdiri?" dia menggelengkan kepala. " no.. abaikan soalan Saya tu"
"Tuan Zikry? Berapa Kali Saya perlu katakan-"
Aku memotong bercakapannya.
"- sinikan pejabat. Mana-"kali ni dia pula memotong percakapan aku pula.
" Sekarang kan just the two of us. Tak boleh ke Saya dengar panggilan manja dari awak untuk Saya. Dah lama Saya tunggu..." tanpa segan silu dia merapatkan jarak kami berdua.
Mata aku terkebil - kebil memandangnya. Takkanlah aku nak jawap, ' Zikry, sekarang ni ada sekurang-kurangnya ada lagi dua orang lain yang sedang mendengarnya. Ni ha... kat bawah meja pun alat curi pendengaran. Itu tak termasuk yang ada di cermin mata aku ni.'
" Saya Tak biasalah. Tak pernah buat pun sebelum ni. Rasa janggallah...," nah aku memberi pengakuan ikhlas dari hati sanubari aku ni. Aku secara literal memang Tak pernah Ada pakwe, marka, tunang Dan yang seangkatan dengannya.
Dia menghadiahkan senyuman sambil merenung tajam ke arah mata aku. Terpaksa aku melarikan anak mata aku ke arah lain. Tak naklah aku bertanding dalam pertandingan membalas renungan. Tak Ada faedah pun.
" Saya suka isi jawapan awak, tapi kalau awak berterusan memanggil nama saya begini, Saya akan minta ibu mempercepatkan tarikh pernikahan, supaya Saya boleh dengar panggilan manja awak untuk saya."
Argh! Sudah! Dah kenapa kau ni Zikry? Dah buang tebiat ke?
"err.. a.. a.." Kali ni aku pula yang berdehem. Menghilangkan kahak yang tiba - tiba wujud kat tekak ni.
"Nak.. panggil apa ye...?"
"abang will do... cepat Saya nak masuk pejabat ni" dia mengenyitkan matanya.
Mulut aku sekejap terbuka sekejap tertutup. Ish susah juga ya nak menyebut.
"Good morning dear," sekali lagi ucapan itu diulanginya.
"Selamat pagi, a-ab-abang..." kemudian cepat - cepat aku tunduk. Acting Wei! Acting! Tapi sebenarnya aku ada sedikit rasa....
Nak muntah hijau.Hah! Jangan mimpi la aku nak rasa malu.
"Good! Bawa masuk persediaan pembentangan untuk pukul 3 petang nanti. Saya nak semak dahulu."
Zikry bersiul kecil sehingga dia hilang di sebalik pintu biliknya.
Aku mengetap gigiku, geram.
"Kalau korang gelakkan aku, siap korang aku kerjakan waktu silat nanti." Bisik aku perlahan.Adakah ugutan aku tu laku?
Berdasarkan gelak ketawa dihujung sana, aku rasa tak!
Tunggulah kau orang semua! Siap sedia la gincu bibir sebab lepas ni korang bakal bercumbu dengan lantai.
![](https://img.wattpad.com/cover/117653990-288-k758528.jpg)
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Roman d'amour***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...