"Jemputlah tambah nasi, lauk jangan malu, Hazizah, Amin," tegur puan Hamidah.
"Terima kasih puan," jawap Amin.
Kedudukan kami sekarang:
Puan Hamidah di tempat pengerusi,
Aku bersebelahan dengan Damia,
Amin bersebelahan dengan Zikry,
Sudah tentulah aku bertentangan dengan Zikry dan dia asyik merenung arah aku. Aku menahan Mata dari menjeling ke atas.
"zikry... makan..." tegur ibunya.
Hah! Sampaikan mem besar pun perasan.Yang si Damia pula tak lepas - lepas merenung Amin. Well... Amin is Amin... cool and steady je dia.
" kak haz... abang tu tunggu green light je, akak petik je suis 'on' esok terus jumpa too kadi" usik Damia sambil menyuap anggur ke dalam mulutnya.
"ish! Damia ni, ke situ pula," aku tampar lengannya dengan kekuatan dikurangkan sebanyak 90 peratus. Ala... tepuk - tepuk manja versi perempuan normal.
" True..." jawap Zikry sambil mengunyah makanannya.
" Boleh ke ibu?", soalan dihalakan ke arah ibunya.
" Haz?" puan Hamidah menghala pula soalan kepadaku.Amboi macam pas bola pula.
Aku membesarkan anak Mata seratus peratus sambil menggelengkan kepala, " belum bersedia, masih kenal hati budi," aku memberikan alasan lapuk, kuno, cliché! Pick one!
"You got your answer Zikry," pandangannya kembali kepada Zikry.
" Percintaan lepas nikah kan lebih indah," Zikry mengangkat bahunya.
" betul ke Amin?", kali ini meriam soalan dihalakan kepada Amin-- dari Damia.
" Saya belum pernah berkahwin," bernas jawapan yang diberikan oleh Amin. Nak je aku bangun dan tepuk tangan.
"Saya pun belum. Jom Kita kahwin!" Ceria je suara si Damia. Amin terbatuk - batuk seperti tercekik tulang! Wow! Mr. Cool pun boleh terkejut.
"Damia... enough! Jangan di usik si Amin tu," tegur puan Hamidah. Dia hanya menggelengkan kepalanya.
" Maafkan anak saya yang satu ni, dia memang gemar mengusik,".
" Tak mengapa puan, Saya faham,".
Amboi cik Amin Kita, tak ku sangka, banyak juga kosa kata yang dia ada, kalau sebelum ni, huh! Nak dengar suara pun susah.
" I'm not kidding, ibu," Zikry bersuara lagi.
" Kita bincang lain kali. Ini bukan tempatnya," puan Hamidah memberi kata muktamad.
🎶Setiap pagi aku sembunyikan diri
Takut takut kau ternampak
Mukaku yang macam katak
Sakitnya, aduh sakit kepala🎶
Alamak! Lagu katak pula yang keluar. Jadi aku tahulah siapa yang empunya gerangan yang menelefon aku.
'my clan', 'mi familia'
" Maafkan Saya", Aku mencapai telefon di dalam kocek palazo, namun telinga aku ni sempat lagi menangkap kata - kata dari Zikry, ' still not nasyid'
Erk!
" Iza, I need to see you now!".
Amboi abang Jebatku, tanpa salam terus diterjah ye! Nak kena ni.
" Waalaikumsalam, abang Jebat," sengaja aku perlahankan suara. Kekok Wei! Empat pasang Mata Dan empat pasang telinga menghala ke arah aku.
" Kat Mana Iza sekarang ni? Abang Ada depan rumah ni, tapi motorbike Tak Ada,".Berdasarkan pitching suara abang aku ni, macam aku bakal di'buluh'kan je. ( Bamboo or bambu) Cik bodyguard ni cuak tau kalau abang Jebat marah.
"Iza... Ada Kat rumah kawan,". Perlahan je perkataan kawan tu keluar.
" kawan? Siapa? Nama? Kenapa perlu berbisik ni?".
Argh! Sudah! Kalau abang Jebat sampai tahap tanya nama, parah ni. Tangannya dia mesti sudah berada di papan kekunci laptopnya. Sudahlah suaranya lebih kuat dari aku yang bercakap ni. Terus aku menekup bahagian suara telefon milik aku sebelum bangun dan bersuara,
" Maafkan saya, saya perlu jawap panggilan abang saya ni."
Tanpa membuang masa aku terus melarikan diri ke ruang tamu.
" Tone down sikit suara abang tu, Iza Tak pekak lagi la," sengaja aku selitkan bunyi-bunyian manja. Selalunya taktik ni menjadi kalau nak melembutkan hati abang- abang aku nan sado tu.
" Tone awak tu yang tak lut. Iza di mana sekarang?"
Wah! Ini mesti kes berat ni, sampaikan tak lut katanya tone suara aku tu.
" Iza jumpa abang di..." aku menyebut satu kedai mamak popular. " give me one hour. I need to say goodbye to my friend".
" Baiklah, Kita jumpa di sana," terus talian diputuskan.
Hah! Taktik aku menjadi. Sengaja aku Tak ajak dia ke rumah aku, sebab andai kata aku nak kena marah, Tak adalah teruk sangat kena kan? Tempat orang ramai kot! Dan juga sengaja aku tak ajak dia ke tempat high end sebab... Kat kedai mamak bising, jadi kalau dia mula berceramah percuma, tak de dengar sangat kan? Bijak kan aku ni?
Kemudian aku kembali ke meja makan. Nasib baiklah pinggan aku dah licin tadi, kalau tak memang tak berselera nak sambung makan.
" Maafkan saya, puan, Saya perlu pulang sekarang, ada hal keluarga. Amin boleh tolong hantarkan Saya?"
Amin mengangguk memberikan persetujuan.
" Tak perlu, Saya boleh hantarkan. Lagipun bolehlah saya berkenalan dengan bakal ipar saya." Zikry mengelap bibirnya dengan tisu seraya bangun.
"Eh! Tak perlu bangun. Tak perlu hantar saya, habiskan makanan tu dulu."
Aku memandang ke arah puan Hamidah, mohon bantuan.
" Zikry... biarlah Amin yang hantarkan. Ibu ada hal yang perlu dibincangkan dengan kamu."
Fuh! Nasib baik puan Hamidah memahami.
"As your wish, ibu." Zikry sedikit keberatan.
Aku terus mencapai beg tangan dan menuju ke pintu utama rumah, manakala Amin terus menuju ke garaj kereta.
Walaupun sudah dilarang, puan Hamidah, Zikry Dan Damia tetap menghantar aku ke pintu. Yelahkan memang budaya Melayu pun.
" Sampaikan Salam kami kepada abang kamu," ucap puan Hamidah sambil memelukku apabila kereta yang dipandu Amin menghampiri kami berempat. Zikry hanya memeluk tubuh sambil memberikan senyuman kepadaku. Manakala Damia mendepakan tangannya untuk memeluk aku.
Aku?
Memang teragak - agaklah mahu menyambut pelukannya, faham - fahamlah kan? tapi...what the heck...
Peluk je lah...
Sengaja aku mendorong Damia menjauhi Zikry sebelum memeluknya, erat! Nothing to hide! Every nook and cranny of my gun!
Jom Kira...
1...
2...
Aku pasti Damia sedang membesarkan matanya ke tahap maksima. Cepat - cepat dia meleraikan pelukan kami. Rahangnya sedikit terbuka. Memang jaw dropping moment pun kan?
" Jangan risau, I'll take care of your brother", bisik aku kepadanya sebelum mengenyitkan mata.
Damia masih menghadiahkan aku pandangan tidak percaya sebelum dia berpaling kepada ibunya. Aku pasti saat ini dia tahu siapa orang yang bertanggungjawap kan?
" Saya balik dulu," aku berbahasa basi memasuki ke dalam kereta.
" Amin hantar aku balik pejabat, aku nak ambil motosikal aku."
Aku berharap Kallai tak bawa bawa sweet pie aku ke Sepang!Nota dari penulis:
Terima kasih kerana menunggu... Harap memenuhi citarasa para pembaca ku yang comel2, gorgeous2 dan handsome2 (jika Ada)..
Jangan lupa... Ketik bintang yo!
![](https://img.wattpad.com/cover/117653990-288-k758528.jpg)
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...