Zikry memicit kepalanya yang sedang berserabut akibat permintaan pelik dari ibunya semalam. Nalurinya ingin membantah tapi sebagai anak dia tahu dia harus akur dengan permintaan gila dari ibunya itu.
"But why ibu? Kenapa secara tiba - tiba?" Zikry bersuara perlahan. Mana mungkin dia meninggikan suaranya terhadap ibunya itu walaupun hatinya tidak setuju dan ingin memberontak.
"Ibu takut kamu trauma kerana Marina sehingga tidak mahu kahwin langsung", puan Hamidah memujuk.
"Ibu... saya tak traumalah. Mental saya sihat lagipun hal mengenai Marina tu kan baru lagi. Ibu tak perlu risau, kalau ada jodoh Zikry akan kahwin juga suatu hari nanti.
"Hah! Suatu hari nanti tula yang ibu takut. Mungkin sebenarnya ibu yang trauma bagi pihak kamu. Please... ikut cakap ibu ni," puan Hamidah memegang tangan anaknya, Zikry.
Zikry menghembus nafas perlahan, "baiklah ibu. Ibu uruskanlah apa - apa yang patut. Zikry ikut saja." Senyuman dari ibunya membuat hatinya sedikit gembira.Zikry memejamkan matanya lagi. Sememangnya dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kertas kerja yang berada di hadapannya. Dia menekan intercom di hadapannya.
"Haz! Masuk ke pejabat saya sekarang,"
Beberapa minit kemudian kedengaran ketukan pintu."Masuk!" Suaranya sedikit keras dari biasa.
Seperti biasa, PAnya seperti sedikit goyah."Tuan zikry... "
lanjut je PA aku bersuara, Zikry tersenyum di dalam hatinya.
'Dia meneliti bakal tunangnya. Hm.. Not bad...I can get worst..' Mengomelnya di dalam hati lagi.
'Nampaknya hari ini Hazizah memakai seluar slack hitam bersama blaus biru tua berserta tudung Adijuma.. Rasanya?' Zikry meneka."Tuan..." Suara hazizah memecah monolognya.
Zikry kembali bersandar ke kerusi empuknya, sebelum bersuara.
"Batalkan semua temujanji saya hari ini".
"Baiklah tuan, boleh saya tahu kenapa?" Hazizah bertanya.
"Beritahu mereka yang hari ini saya kurang sihat," balas Zikry.
"Tuan perlukan sesuatu ke? Ubat? Atau perlu saya panggilkan doktor Adan untuk memeriksa keadaan tuan?" Hazizah bersuara lagi.
"Tak perlu", Zikry menggelengkan kepala." Have a seat, please! "
Hazizah masih terkebil - kebil sambil berdiri.
"Hazizah... please have a seat. Saya ada sesuatu yang perlu saya bincangkan dengan awak," Zikry mempelawa lagi. Hazizah melabuhkan dirinya ke atas kerusi dihadapannya mejanya itu. Untuk ke sekian kalinya zikry memicit - micit kepalanya.
"Awak... tahu ke yang ibu saya mahu jodohkan awak dengan saya?" Zikry memandang tepat ke arah PAnya. Dia mahu melihat reaksi insan di hadapannya dan dia tidak kecewa. PAnya itu membesarkan anak matanya sebelum menggelengkan kepalanya. Laju.
"Be..betul ke tuan? "
"Benar," semalam ibu suarakan hasratnya kepada saya, Zikry masih lagi ingin melihat reaksinya lagi.
"Tapi... tuan... hm.. Kenapa ye? Saya.. Saya..." Hazizah sedikit teragak - agak untuk menjawap.
"Menurut ibu saya, dia kenal ibu awak, kawan lama dia semasa belajar dahulu, awak tahu ke?" Hazizah sekali lagi menggelengkan kepala kemudian berubah mengangguk pula.
"Kenapa dengan kamu ni, sekejap angguk kejap geleng. Tak boleh bercakap dah ke?" Zikry mengecilkan matanya."Bukan.. Saya baru tahu semalam yang ibu tuan tu kawan lama ibu saya. Pasal tunang - tunang ni sumpah saya tak tahu tuan. Ibu saya tak beritahu apa - apa pun lagi. Ha... mungkin puan Hamidah bergurau ke kot dengan tuan agaknya?" Hazizah cuba meneka.
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...