Nota penulis:
Maaf ye saya terlepas pandang bab ke 3... Sebenarnya cerita ni saya tulis dalam beberapa versi.. So maafla kalau ada nama tidak seiring... Idea datang je tapi saya kadang - kadang lost track dengan nama watak hihihi
Hope you will enjoy this chapter... Muah2
From me:
AdanBZIKRY POV
"Haziza, tolong datang ke bilik saya, "
Aku memanggil Hazizah melalui intercom. Kepala aku berdenyut – denyut sejak pagi lagi. kebiasaannya aku memang akan abaikan sahaja sakit kepala ini akan tetapi sekarang ni semakin bertambah buruk. Aku memandang ke arah jam di tanganku. Aduh! Baru pukul 10 pagi rupanya.
"Ya tuan," Hazizah sudah siap sedia berdiri di hadapanku.
"Tolong batalkan semua agenda saya pada hari ini,"
Haziza menganggukkan kepala.
“Boleh satu tahu kenapa, tuan?"
"Headache", jawapku sambil memicit – micit kepalaku lagi.
"Perlu saya panggilkan doctor Amran ke?" Haziza bertanya lagi.
Aku hanya menggelengkan kepala.
"saya hanya perlu tidur sebentar. Boleh tak awak dapatkan saya ubat tahan sakit di dalam first aid dan air?""Boleh tuan,"
Buat kali pertama, aku memandang tepat ke arahnya. Hm.. macam lain je dia hari ni. macam ada sesuatu yang kurang pada diri PAnya itu.
"Hazizah, mana cermin mata awak?"
Mata haziza terkelip – kelip sebentar. Dia seperti terlupa yang dia tidak memakai cermin matanya. Pelik!
"Erm.. hari ni saya pakai kanta mata tuan," hazizah memberi jawapan dengan senyuman.
"Hm.. cantik mata awak," aku memuji.
Eh! apa yang cakapkan ni. aku menggelengkan kepala.
"Terima kasih tuan, tuan mahu pulang ke rumah atau tuan mahu baring di bilik Angerik dahulu?"
Bilik anggerik merupakan bilik persendirian aku. Boleh dikatakan juga mini hotel aku di pejabat ini. Segalanya lengkap dari pakaian ke tempat tidur. Tujuannya supaya aku tidak perlu membuang masa jika ingin menukar pakaian atau pun sekiranya aku ingin bermalam di pejabat jika terlalu banyak kerja yang perlu aku lakukan.
"Bilik anggerik".
Aku cuba bangun tapi terduduk semula. ya Allah! Sakitnya kepala. Macam ada orang main drum je dalam kepala otak aku ni.
"Tuan boleh berpaut kepada saya," Hazizah berdiri di sebelah.
Aku ingin tersenyum sekiranya kepala aku tidak sakit sebegini. PA ku yang hanya bertubuh kecil mana mungkin dapat menampung beratku.
"Tak pe, nanti saya pergi sendiri", aku cuba menolak.
"Tolong jangan degil tuan, saya ni kuat dari yang tuan sangkakan. Sebentar saya buka stiletto saya dahulu."
Hazizah tunduk membuka stilettonya.
"Now, tuan berpaut kepada lengan saya untuk bangun," Hazizah bersudah bersedia di sisi aku. Tanpa membuang masa aku terus berpaut untuk bangun. Wow! Memang benar, PAnya kuat dari yang disangka.
Sekarang tuan cuba berjalan perlahan - lahan.
Aku CEO syarikat, hanya menurut perintah.
"Tuan ada migraine ke?" Hazizah bertanya sambil kami melangkah bersama – sama menuju ke bilik anggerik.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...