bab 33

7.9K 408 9
                                    

"Haz.."

Jeda

"Hazizah.. it nama sebenar awak ke?"

Aku menjeling ke arah Zikry. Dia masih lagi memejamkan matanya. Mungkin ubatan yang diambilnya tadi sudah memberi kesan. Walaupun tidak menghilangkan seratus peratus symptom kesan gbh, sekurang kurangnya dia boleh berfungsi.

"Yup!"

"Is it my mom?"

"Yup!"

Fuh leganya rasa tak perlu berlakon sebagai wanita Melayu terakhir.

"Is it... just a game for you?"

Aku tersenyum sinis.

"No sir. You're just my assignment. One of my assignment."

"Baiklah. Saya faham."

Bunyi koyakan membuatkan aku berpaling kepada Zikry. Kelihatan Zikry sedang mengoyak sarung bantal supaya menjadi segiempat.

"What the h- ehem... what are you doing, sir?"

Overdose GBH ni boleh mengganggu atau menjejaskan mental ke? Aku berfikir sendiri. Sudah macam hulk pula, koyak - koyak kain. Eh! Betul ke analogi super hero yang aku guna ni? Kerutan dahi aku semakin mendalam.

"Nak melindungi aset masa depan saya," Zikry melipat menjadi segitiga pula.

Aku????

Malas nak layan jadi aku membelakanginya semula. Sekarang aku sedang berfikir dan merangka di dalam fikirannya bagaimana mahu melepaskan diri. Pintu bilik ini menggunakan mekanisme kunci standard. Ini maksudnya nasib menyebelahi kami. Aku boleh-

Sesuatu mendarat di kepala. Seperti biasa memori otot melakukan tugasnya. 'Benda' itu aku tarik ke hadapan membuatkan sesuatu terdorong mengenai belakang kau. Sedetik aku tahu apa dan siapa, tetapi daya impuls memori otot aku bergerak lebih pantas menghantar isyarat ke otak berbanding kesedaran minda sedarku. Sementara satu Tangan menarik Dan memegang kemas, siku aku bergerak ke belakang.

Jeritan kesakitan daripada Zikry membuatkan aku berhenti.

Oh! My...

Cepat - cepat aku menghampirinya.

"Saya tak tahu apa yang cuba Tuan lakukan, tapi lain kali tolong jangan buat saya terperanjat terutamanya dalam situasi kita sekarang. It's not a wise move sir."

Hah! Kau kena berleter dengan aku. Aku ni sedang kusyuk cuba menyelesaikan masalah, dia boleh pula nak serang hendap, memang mendapatlah dan...

Haish.. rambut aku ni, suka benor melorot ke depan ala ala iklan TV. Aku cuba melihat kesan akibat siku aku tadi. Baju Zikry diangkat sedikit.

hmm...

sedikit kemerahan yang akan bertukar lebam sedikit masa lagi. Aku berharap tiada yang retak. Rasanya saat - saat akhir aku cuba mengurangkan daya hentakan. Dada Zikry yang berbidang sedikit berombak. Tanpa memandang wajahnya aku memerhatikan rentak Dan corak pernafasan.

"How was your breathing?"

Zikry berdehem beberapa Kali. Aku teka, dia Cuba menahan kesakitan dan egonya sebagai lelaki.

"Haz.."

Zikry bersuara sebelum sarung bantal yang dijadikan bentuk setiga itu tadi diletakkan ke atas kepala dan diikat kebelakang seperti skarf.

"Like I said just now, I just want to protect my future asset. Kecantikan awak hanya untuk saya,"

Sesaat kemudian mata kami bertemu.

Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now