Bab 21

7.8K 368 2
                                        

Boo!

Suara Damia mengejutkan kami berdua.

"My dearest brother, Tak halal lagi ye…"

Merona pipi aku. Dan sekarang  rasa untuk melepaskan penumpuk padu kepada Zikry kembali dengan membuak - buak.

“Ni mesti abang yang over. Jemput masuk my future sis in law,” terus tangan aku di tarik oleh Damia. Terkial – kial aku menanggalkan kasut yang aku pakai sebelum masuk ke dalam rumah.

“Ibu di dapur, tengah masak”, beritahu Damia tanpa di pinta.

“By the way, where is your glasses,”

Argh!

“S-Saya pakai contact lenses Hari ni”.

Damia menghentikan langkahnya. Wajah aku terus dipandang lama. Amboi adik beradik ni suka tenung orang lama – lama ke?

“Honestly you look so cute without your glasses”. Ceria je suaranya.

“ Sebelum makan, biar Damia touch up kak Hazizah, biar abang tu bertambah angau.”

“Err.. erm… Tak payahlah Damia. Akak ni kalau makeup up pun bukan bertambah cantik.”

“ Trust me, kak Haz. Saya tahu apa yang saya buat.”

Am I a guinea pig here?

Help me!

“Ibu.. your future daughter in law dah datang,” laung Damia sebelum dia menghilangkan diri.

Puan Hamidah mengelap tangannya sebelum datang memelukku. Terasa kekok pula sebab dia adalah client aku.

Dan… pastinya dia perasaan apa yang Ada di bawah baju ku ini.

“ How are you?”

“Sihat, puan”.

“ Macamana kerja dengan Zikry? Everything ok?”

Okay… puan Hamidah punya soalan ni double meaning ke?

kerja yang Mana satu?

As a PA -

-or bodyguard?

“ semuanya terkawal, puan,”.

"Tak perlu berpuan di sini. Panggil saya ibu."

Aku hanya membalas dengan senyuman sedikit sumbing.

"Assalamualaikum, ibu," tangan dan pipi puan Hamidah dicium oleh Zikry. Memang nampak sangat Zikry amat menghormati ibunya.

"Waalaikumsalam," puan Hamidah membalas cium anaknya.

"Bibik Ani…," laung puan Hamidah.

"Ya, puan…, "

"Tolong buatkan air untuk Zikry Dan tunangnya ini. Hazizah duduklah dulu."

"Baiklah puan,"

Bibik Ani terus menghilangkan diri seketika sebelum muncul semula membawa jug berisi air.

Puan Hamidah menyambung kembali kerja memasak.

"Ibu masak apa Hari ni,"

“Ala masak rendang ayam je. Maaflah ibu ye, Hazizah, lauk kampung je”,

“Lauk Melayu la sedap puan,”

“Ibu…” puan Hamidah membetulkan panggilanku.

“ Memang habit dia Bu, formal sangat,” Zikry mula mengambil tempat di sebelah aku.

Bapak punya banyak kerusi kat meja ni, tepi aku juga dia nak bertenggek. Hati aku menggerutu.

Aku baru hendak menuang air ke dalam gelas terbantut kerana di halang oleh Zikry yang kemudiannya mengambil alih tugas menuang air ke dalam gelas.

“Ibu memang suka memasak. She is the queen of this little area,” perlahan suara Zikry memberi maklumat percuma mengenai ibunya. “ and this is for your, Queen of my heart”. Sempat lagi Zikry bermadah dengan aku sambil menghulurkan gelas minuman.

Manisnya mulut si Zikry ni, patutlah si Marina boleh obses dengan dia.

“ Haz, Zikry melayan kamu dengan baik ke?”, soal puan Hamidah. Dia sudah mula memasukkan santan ke dalam rendangnya.

“tip top, puan,”

“Ibu…” betulkan puan Hamidah lagi.

“see… this is how I feel… Haz masih guna perkataan Tuan untuk Zikry di pejabat.”

“ Professionalism, pu- ibu,”. Aku membela diri sendiri. Kemudian aku bangun menghampiri puan Hamidah.

"Ada apa – apa yang perlu dibantu, ibu?” sebagai perempuan Melayu tak sedap pula membiarkan orang tua memasak seorang diri di dapur.

“Haz, boleh tolong potong bawang untuk sayur. Semua sudah siap disiang.”

Tak sampai setengah minit, tiga ulas bawang kecil, Dan dua ulas bawang putih siap dipotong.

“Nice knife skills, dah macam chef”. tegur Zikry kagum.

A-l-a-m-a-k!

Terlupa pula nak kawal skill pisau aku ni. 'Bukan potong bawang je aku pandai, cik abang oi!' Ujar aku dalam hati,  'Potong or-'
Eh! Apsal pula aku ber'cik-abang' ni.

No… no… no…

“biasa-biasa je” jawapku perlahan, gaya merendah diri.

Puan Hamidah memandang aku dengan kagum, “ Haz pandai masak?”

“ masak biasa – biasa bolehlah ibu, setakat isi perut kosong,”. Tanpa disuruh sayur disinki terus aku bersihkan dan siap dipotong, cuma kali ini aku buat dengan lemah lembut, pegang pisau penuh berhemah.

“ Tetamu pula kena buat kerja."

“ sikit je pun-“

“ Hello… hello…,” Damia dengan aksi dramatiknya masuk ke ruang dapur.

“ Drama queen dah datang,” Zikry menjuih bibirnya sedikit.

“ hello abang, hai ibu… Damia nak pinjam kak Haz sebentar”.

“ kau jangan nak buli dia pula, Damia. She is mine,” Zikry bersuara dengan nada bergurau.

“wow! Overprotective nampak… jangan risau big brother, Damia Cuma nak touch up sikit je bakal kak ipar, for your benefit juga. Tak lama… setengah jam je. Nanti masa makan kitaorang turunlah. Bolehkan ibu?.”

“Pergilah, Haz…”

Aku menggelengkan kepala. “ Tak perlulah nak touch up, Make up akak ni. Akak- Saya- Tak biasala,” aku masih lagi menggelengkan kepala berserta tangan.

Yela setakat, gincu Dan bedak tu oklah kan? Rutin harian kot ( sejak menjadi PA la), tapi kalau masuk eyeshadow, contour ha- itu dah tahap advance, another level. Berdasarkan pemerhatian aku, Damia bukan calang – calang level bab – bab make up ni. Lihat saja penampilannya sekarang.

Lagipun buat apa aku nak bersolek bagai nak rak, tugas aku jaga orang, kalau boleh nak kena muka garang ataupun kena stay invisible. Andai kata aku bersolek, berbulu Mata palsu bak Rozita Che Wan, bagaimana nak stay invisible atau nak buat muka cengei… karang orang minta autograph pula.. eh! Ke situ pula aku meraban.

Zikry menggaru dagunya, “ Baiklah abang izinkan. Teringin juga nak lihat hasil tangan adik abang ni. Lepas ni boleh letak jawatan sebagai ketua pemasaran ye, jadi MUA,”

“Perli ke? You just raise a challenge, big bro. Jom sis, mari Kita tunjukkan the power of make up! Jangan risau sis, bilik Damia tak ada labah.”

Ooo..

Aaa..

Dia masih ingat ( fikir) yang aku ni takut akan lelabah. Aku sebenarnya bukannya arachnophobia tapi aku pernah kenal seseorang yang menderita fobia ni dan aku paling ingat ungkapan dari dia,

‘labah-labah kalau di dinding masih menjadi labah-labah, tapi kalau dia hinggap di baju aku, terus ia bertukar menjadi….’

Hint:

Non halal

Nama lain bagi khinzir.

Berair juga biji mata aku ketika itu.

Nota dari penulis:

Hope you'll like it!

Maaf typo yang ada...

Seperti biasa, jangan lupa ketik butang ' vote, follow n share'.

Xoxo 😘😘

Cik PA Cik BodyguardTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang