Kalai bersiul kecil apabila melihat keluar dari tandas wanita. Yelah kan tadi awek bikers sekarang muslimah sejati tapi masih lagi praktikal. Dari berbaju kulit serba hitam, kini aku tukar kepada baju labuh berserta palazo polos. Masih mengekalkan tema hitam (oops), cuma kali ni aku mengenakan shawl bercorak ungu muda bermotifkan bunga – bunga kecil.
Kenapa aku pilih baju sebegini? Sebab aku ni masih lagi pengawal peribadi si Zikry. Pemakaian sebegini mampu melindungi customized corset yang sedang aku pakai. Selain itu, seluar memudahkan pergerakan berbanding jubah atau baju kurung.
“Wow, Jis. Jarang aku berpeluang lihat kau macam ni. Patutlah si dia tertawan,”
Aku mengabaikan pujian Kalai, aku memusingkan badanku di hadapannya.
“Kau rasa, baby aku tersorok tak?”
Baby dalam kontek ni bukanlah bermaksud anak atau baby bump ye, kawan – kawan, tapi merujuk kepada Glock 43 aka Baby Glock.
Kalai member isyarat ok, tapi yang aku tak tahan perlu ke kepala tu bergoyah. Mamat baju hijau yang baru lalu dibelakang aku memandang pelik ke arah kami. Mungkin dia ingat kami ni couple kot?
“Kaki?”
Kali ni merujuk ankle holster aku. Baby kedua aku berserta sebilah pisau.
“Siapa yang nak pandang kaki kau tu? Come my lethal princess, your time is up!”
“Nah! Kau bawa balik beg ni.” Aku menghulurkan beg yang berisi pakaian bikers aku tadi.
Kemudian kami berdua jalan beriringan menuju ke pintu masuk utama. Sekali sekala aku membetulkan handbag aku di bahu. Beg ini pun aku terpaksa beli tadi. Aku hanya bawa chestbag dari rumah. Aduh! Geram pulak aku dengan handbag ni. Asyik nak melorot je kerjanya. Hah! Itu tandanya kau tu yang kurang latihan amali membawa handbag.
Aku menarik lengan Kalai ke sebuah pasu besar berisi pokok tiruan. Terlindung sikit kami di situ.
“ Nah! Kau jaga sweet pie aku ni baik – baik. Jangan kasi dia calar”, aku menghulurkan kunci motorsikal aku kepada Kalai.
“Come baby… come to abang Kalai,” laju kunci bertukar tangan. Aku-terpaksa-menjulingkan-mata. Diulangi… terpaksa.
“Nanti abang Kalai bawa pergi berjalan, litar sepang jadilah kan?”
Amboi hero Tamil telegu ni, over nampaknya..
“Ehem…ehem… itu motor aku tau. Kau jangan nak lenjan. Bawa balik ke pejabat je, jangan nak merantau. Satu lagi, kenapa kau ikut aku? Nanti Zikry fikir yang aku ada scandal dengan hero Tamil, pula.”
“As your wish, lethal princess. Patik mohon diri”. Kalai berlalu ke arah bertentangan dengan siulan kecil. Kunci motor kesayangan aku berpusing – pusing di jarinya.
Suka – suka hati je nak beri nama kat aku ye. Little princess, lethal princess… aku menggelengkan kepala.
Aku menunggu di pintu utama seperti di minta, seperti yang dijanjikan, kereta Zikry muncul tepat pada waktunya. Lantas aku bergerak menuju ke arah mereka sambil mengetuk cermin sebelah pemandu.
“Hai abang A-“
Tingkap kereta diturunkan
“-min?”
Eh! Kenapa Zikry yang bawa kereta ni?Mana Amin? Mata aku meliar mencari.
“Cik Hazizah…” Amin menegurku. Rupanya dia dibahagian penumpang hadapan.
“Kenapa-?”
“Get into the car, Haz. Amin you take it over from here”.
“Baik Tuan,”
Aku masih lagi tercegat di tepi kereta. Erm.. aku ni perlu duduk di mana ya? Di depan atau di belakang?
“Haz.. masuk! Awak dah mula ganggu lalu lintas ni.” Zikry membuka pintu tempat duduk belakang. Sebaik sahaja aku memasuki kereta, deria bau aku terus menangkap bauan bunga ros. Di tambah pula dengan deruan penghawa dingin… wah…wah... nyamannya….
Zikry memandang tepat ke arahku. Pada masa yang sama Amin menghulurkan jambangan bunga kepada Zikry. Tanpa mengalihkan pandangan dia mengambil bunga tersebut dari Amin dan menghulurkan kepadaku.
“Bunga untuk awak,”.
Aku memandang tanpa berkedip ke arah jambangan bunga tersebut beberapa ketika sebelum menerimanya. Bunga? Ini Kali ke-2 aku terima bunga darinya. Yang Kat tasik hari tu si Firdaus nyaris mahu menembak si penghantaran bunga, aku harap budak tu tak trauma lah selepas peristiwa itu.
Aku mengeluh kecil di dalam hati. Aku bukan anti bunga cuma tak berapa minat. Lainlah coklat…kan?What should I do with this flower?
Apa reaksi yang tepat?
Kena cium bunga depan dia ke? Say thank you sudah cukup? Ish! Bunga hari tu pun aku tak sempat nak beri reaksi yang sesuai. Seumur hidup ini kali ke-3 aku terima jambangan bunga, dua dari Rizky, satu semasa konvo. Itu pun sebagai prop nak ambil gambar.
“Terima kasih, abang”.
“Awak Tak suka bunga ke? Atau awak Tak suka bunga ros? Itulah kadang – kadang abang rasa banyak benda yang abang belum tahu tentang diri Haz,
”
“Eh… suka…” aku memberi senyuman sebelum berpaling ke luar tingkap.
“ Kita sebenarnya mahu ke mana?”
Ala…sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula… cheeewah… berpantun aku di dalam hati.
“ Cantik awak Hari ni.”
“Terima kasih,”.
“ With or without glasses, tetap cantik”.
La… lupa lagi nak pakai. Eh! Bukan lupa tapi sepatutnya Hari ni aku cuti kan? Jadi benda tu berada di rumah.
“ Tu- eh! A-ab-abang… Tak jawap lagi soalan saya,”
“ Susah ke nak sebut perkataan abang tu?”
La… Tak jawap soalan juga. Suka hati la kau labu. Bagus juga aku tak pakai benda alah tu, tak adalah awak-tahu-siapa mendengar wayang percuma.
Untuk soalan Zikry, aku hanya beri jawapan dengan anggukan kepala sahaja.
“Well…practice make perfect.”
Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
“ For you. Bukalah”.
Hadiah pula? Kalau aku rasa kesian Kat mamat ni boleh tak? Lepas ni mesti frustrated menonggeng. Jangan salahkan aku sorang ye, semua ni rancangan dari ibu awak.
“Eh! Hadiah sempena apa ye? Birthday Saya saya dah lepas”.
“Setiap Hari adalah istimewa jika Kita bersama dengan orang yang Kita sayang”, ujar Zikry tanpa lekang senyuman dari bibirnya.
Dia main sayang – sayang pula. Rasanya aku ni tak pernah beri harapan kepadanya. Pernah ke aku tergedik2 – gedik di hadapannya. Seingat aku tak pernah.
Apabila dia melihat aku masih lagi memegang kotak baldu pemberiannya, keluhan kecil keluar dari bibirnya.
“Allow me,” kotak baldu it dibuka, nak terjojol biji Mata aku melihat isi dalamnya
Bukan cincin ye....
Tapi brooch emas bertatahkan permata ber'initial'kan huruf H. Gah terukir nama kedai Emas Dan permata terkemuka di Malaysia di kotaknya.
“ S-Saya… Tak boleh terima ni. Mahal sangat ni,” aku menolak lembut kotak baldu berserta isinya.
Complicated nya tugasan aku kali ni.
“ Haz.. Saya ikhlas-“
“Kalau jodoh Kita Tak sampai… macamana? Rugi tau tuan,”. Laju aku memotong cakapnya.
Argh! Aku Tak peduli lah nak ber’abang’ bagai.
“Kenapa cakap yang bukan – bukan. Saya tahu perasaan saya dan saya yakin awak ada perasaan itu juga tapi saya tak faham kenapa awak perlu mengelak. Just embrace the feeling,” ujar Zikry dengan nada sedikit kecewa.
Memanglah kau tak faham. Selesai kes ni, kau fahamlah. Ayoyo… apa mau buat ni.
“ Mungkin Haz menahan perasaan itu sehingga kita disatukan? Abang tak kisah. Sebab tu abang mahu cepatkan tarikh pernikahan kita. Nanti bila sampai rumah ibu, Kita bincang semula dengan ibu, kemudian Saya sendiri yang akan pergi jumpa keluarganya awak,”.
Nak je aku hantukkan kepala ke dinding, Tak pun hantukkan kepala aku dengan kepala mamat ni. Baru dia ada akai kot!
Kenapalah si Marina and the geng tak nak buat onar cepat sikit. Biar cepat job ni selesai.
“ Allow me- Ouch!”
Oleh kerana aku sedang bermonolog, tanpa aku sedar aku telah mengaplikasikan silat cekak, menggenggam tangan Zikry untuk dipusingkan ke belakang apabila Zikry cuba memasang brooch ke bahu. Otot aku bergerak mengikut memory sebelumnya.
“Maafkan Saya. Saya terperanjat tadi...”
Zikry mengerut dahinya sambil menggosok tangannya yang sakit itu.
“You have a strong grips”.
Alasan….
Alasan…
Di mana kau menghilang...
“Nenek Saya bidan tukang Urut. Sebab tu tangan Saya kuat,”.
“Patutlah…”
“Mari saya pakaikan untuk awak,” Zikry menghabiskan niatnya tadi yang terbantut.
“Kita sudah sampai”. Kereta berhenti di hadapan banglo mewah milik keluarga Zikry.
Pintu dibuka oleh Amin. Kemudian aku Dan Zikry berjalan beriringan menuju ke pintu rumah ibunya, puan Hamidah.
“Wait… tunggu…”
Suara Zikry menghentikan niatku untuk menekan loceng.
“Shawl awak ni…”
Zikry membetulkan muncung shawl aku yang berubah bentuk atas sebab yang tidak dikenalipasti dan kemudian tidak semena-mena tangannya berhenti di pipiku.
Mata bertentangan Mata…
Dap!
Dengan pandangan redup dia terus merenungku... dalam.
Dip!
Kemudian dia merapatkan bibirnya ke telinga ku.
“Haz, I’ll never let you go, mark my words,” bisiknya.
Dup!
Entah kenapa jantung aku berdegup kencang dan entah kenapa pada waktu ini aku tak rasa nak tumbuk muka dia.
What is happening to me?Nota dari penulis:
Phew! (Lap peluh) it's getting hot in here!!
Ai dop reti tulis scene2 romantic ni. Sebab ai malu dengan diri sendiri.. haha poyo kan?
Seperti biasa jangan lupa vote, follow Dan share...
Pinjam tagline Johorean, 'Luaskan kuasa mu' err dalam kes ni, luaskan jajahan cerita ni.😘😘😘
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...