Bab 55

6.4K 214 1
                                    

Perkara pertama yang aku sedar apabila kembali ke dunia nyata-

Lenguh!

Sengal!

Aku diposisikan tidur mengiring.

Bip!

Bip!

Bunyi itu bunyi pertama yang aku dengar. Aku kenal akan bunyi itu. Bunyi yang tidak asing bagiku.

Bunyi kedua?

Alunan suara seseorang sedang  membaca surah Yasin.

Lembut dan perlahan sahaja suaranya. Mata ini aku biarkan terpejam lagi kerana mahu menikmati bacaan tersebut. Suara itu berubah sebak, sebelum berhenti. Aku dapat rasakan perasaan itu walaupun dengan mata terpejam. Memang aku kenal empunya suara itu..

“ d-do..”

'don't stop!'

Cuma dua perkataan tapi hanya bunyi tanpa butir yang mampu keluar. Cubaan untuj bersuara itu membuatkan-

Tekak terasa kering, sharp pain in my chest, rasa berat, ketat, sakit, sukar bernafas dan sukar bergerak.

Mungkin bunyi yang keluar lebih kepada bunyi seperti mengerang.

Zikry terus menghampiriku, tanganku terus digenggam.

" Haz... Bertenang.. semua dah selamat," pujuknya perlahan.

Perlahan-lahan aku membuka Mata. Aku membalas genggamannya.

Aku cuba bersuara lagi tapi tekak ku terasa sangat kering...

" Haz, do you want some water?"

Sepertinya dia dapat membaca kehendakan aku tika ini. Aku mengangguk perlahan.

Satu cawan air berserta straw dihulurkan ke bibir aku. Seteguk dua, aku terus berhenti. Aku menggelengkan kepala. Lega sedikit rasa tekak ini.

Genggaman tangan masih tidak dilepaskan. Zikry kembali duduk di kerusi yang dirapatkan ke katil.

Zikry mencium tanganku beberapa kali.

" Saja Kan... Buat abang rasa susah hati,"

Bibir aku terjungkit sikit. Aku cuba untuk berbaring malangnya rasa sakit menikam di belakang membuatkan aku berdesis.

" Be careful," Zikry menahan bahuku dari bergerak.

" Ada sedikit Luka pada belakang badan. Haz Tak boleh letak tekanan Kat situ,"

Sedikit? Ayat penyedap hati rasanya tu.

Zikry melepaskan genggamannya. Dia terus bangun mengambil sebiji bantal lalu diletakkan dibelakang aku sebagai topang. Perlahan-lahan dia membantu aku berbaring tanpa terlalu memberi tekanan terhadap luka tersebut.

"Selesa?" Soal Zikry. Prihatin.

Aku hanya mengangguk.

Dia kembali ke kerusinya semula. Tanganku diraih kembali ke genggamannya.

"Abang Anas?" Parau soalan itu keluar dari bibir aku.

" He's fine. Jangan risau,"

Definasi 'fine' untuk abang Anas dalam konteks apa?...  Bukan aku tak lihat keadaan abang Anas selepas dikerjakan oleh One Ali- 

But at least... I'm guessing... He's still alive..

Tapi bagaimana dengan-

" One Ali? "

Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now