BAB 9

8.9K 283 0
                                    

Haz? Di mana cermin mata awak?

Hah! Kat mana cermin mata aku ni? Aku pun tertanya pada diri sendiri juga ni sambil teraba - raba di pelipis aku nak mula kepanasan ni. Ah, sudah! Mesti aku tertinggal prop aku kat meja tadi.

Oh my!

Apa alasan bijak yang perlu aku berikan ni. Terhenti niat aku nak melahap ni.

"Haz... awak tak rabun kan?"

"Rabun... rabun... tapi hari ni saya cuba pakai kanta mata lekap."

Dah seperti sesumpah aku ni, terangguk - angguk kepala di depan Zikry.

"Eh! Tuan tak nak makan ke? Nanti sejuk tak sedap," aku cuba mengubah topik perbualan. Nasiblah dah tergawang - gawang garfu yang ku pegang ke udara. Nasib baik tak tertikam orang di depan ni.

Fuh! taktik aku menjadi, Zikry menerima alasan aku tu dan kembali memotong steak di pinggannya.

Sambil makan, anak mata aku meliar memandang keadaan sekeliling. Mood bodyguard diaktifkan. Walau pun aku tahu Firdaus pasti ada berdekatan dengan kami dan beberapa lagi rakan aku yang halimunan dalam menjaga Zikry, aku harus bersedia dengan segala kemungkinan. Inikan kerja aku yang sebenarnya.

"Are you looking for someone?"

Huh! Terkojot den!

Dan pada ketika inilah makanan yang aku kunyah memilih saluran yang salah untuk ke perut. Tersedak aku dibuatnya. Terperanjat kot sebab boleh kantoi dengan Zikry. Nasib baik cepat - cepat Zikry menghulurkan gelas air. Pedih hidung aku ni woi! Dah la hidung ni pedih, otak kena ligat mencipta alasan lagi. Double adoi.

"Ma... maafkan saya... is that obvious?" Aku bersuara setelah sedikit selesa. Napkin aku tekapkan ke bibir.

"Who?" Sepatah Zikry masih menanti jawapan. Persistent! Dia meletakan cutlery di sisi pinggan.

"Who?"

(Come on akal, jom cipta alasan)

Aha! Got it!

"Oo.. Saya tak cari sesiapa... Cuma saya rasa seperti ternampak penyanyi nombor satu negara tadi.

Hehe..., aku cuba ketawa.

Harap - harap tak ada lagi la soalan dari Zikry lepas ni. Aku berdoa dalam diam. Aku ni mana reti nak borak perkara yang sesuai, takut - takut terdedah siapa aku sebenarnya.

"Hurm... memang dia selalu lunch di sini", Zikry memberikan jawapan.

Fuh! Lap peluh imaginasi. Nasib baik alasan diterima. Not bad Hazizah.

Kemudian kami masing - masing mendiamkan diri hanya garfu dan sudu sahaja yang berbunyi. Aku memang sedar yang Zikry merenungku sedari tadi.

So what?

Tenunglah sampai tembus pun. Ada aku kisah? Err... aku kena kisah sebab camne aku nak lihat parameter sekeliling kalau dia asyik merenung aku je ni. Seketika kemudian kedengaran Zikry mengeluh perlahan. Apa lagi yang dia tak berpuas hati lagi ni?

"Haz... awak sedar tak saya sedang perhatikan awak sekarang?"

Lor... soalan lagi? Aku merungut di dalam hati.

"Erm... tahu... kenapa?"

"Why are you not blushing like ordinary girl?" Zikry seperti tidak berpuas hati.

"Tuan nak saya blushing ke?" Eh! Laju pula jawapan meluncur keluar dari mulut aku ni. Calm down. Ingat... stay in character. Pemalu, girly... jangan membetah.

Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now