Bab 42

7.2K 296 31
                                    

Seusai majlis pertunangan aku tadi ( erm.. janggalnya) dan semua tetamu pulang ke rumah masing-masing ( aku teka je), aku terus melangkah naik ke tingkat dua rumah untuk berjumpa dengan abang Jebat. Sebenarnya sepanjang waktu selepas mendapat panggilan telefon dari one Ali, fikiran ku tidak berhenti berfikir pros and cons untuk melibatkan abang Jebat dalam hal ini.

Setelah pelbagai sudut di ambil kira, bantuan dari abang Jebat tidak dapat dielakkan lagi. Cuma sekarang ni aku perlu memikirkan cara yang terbaik untuk menenangkan abang Jebat yang bakal freak out mengalahkan aku sebagai seorang perempuan.

Tangan ku baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik abang Jebat, nada dering lagu tema filem 'Pasific rim' berbunyi.
Aku mengeluh perlahan, I guess I really need to change this ringtone.

"I miss you,"

Belumpun sempat aku beri salam ke hello ke, Zikry terus berbicara. Biar betul mamat ni!

Tapi apa yang perlu aku balas?
Kalau aku nak balas ' I miss you too' macam tak logik pula lagipun sebab benda tu tak betul. Sejujurnya masalah mengenai One Ali yang berlegar dan memenuhi fikiranku sepanjang petang ni, bukan Zikry. Mengenai Zikry...

erm... mungkin dipenjuru yang paling jauh?

Paling Dalam?

Aku Ni ada masalah ke?

Baru beberapa jam yang lepas aku bertunang kot! Bukan calang-calang orang pula tu! Bukan aku tak bersyukur orang seperti Zikry ter'berkenan' dekat aku, cuma-

"Err.. _ kenapa telefon?" sengaja aku tinggalkan tempat kosong untuk kata ganti nama dalam perbualan ini. Aku masih berkira-kira menggunakan panggilan yang sesuai untuk Zikry.

'Kenapa awak telefon?'

Erk.. mcm remaja baru nak bercinta la pula.

'Kenapa Tuan telefon?'

Hmm... dia bukan majikan aku tapi tunangan aku. Real fiance pula tu, bukan seperti dulu.

'Kenapa aab-...'

Hish! Itu lagi janggal.

" just to remind you that I love you,"

La... L-word pula yang keluar. This is really...

uh! annoying?

Entahlah aku masih tidak dapat pinpoint lagi perasaan aku yang sebenar. Lagipun aku sibuk sekarang ni. Ada perkara yang lebih penting.

"err.. boleh telefon lain kali Tak? Sa-ya..( menelan air liur) sibuk sikit,"

aduh! Adudududu..

Saya!?!

Tombol pintu bilik abang Jebat dibuka, kelibatnya muncul di sebalik pintu,

"Iza... your room is over there-"

Kemudian pintu bilik abang Anas dan abang Hamzah turut terbuka.

" hoi! pergi masuk bilik sebelum kami dengar perkara yang memberi mimpi ngeri. Ingat senang ke kami nak lepaskan adik kami Ni? Sengaja abang Anas menguatkan ayatnya yang terakhir.

Wtf Abang Anas Ni? Nyaris jari tengah nak keluar.

" Iza.. suruh zikry video call, semua boleh dengar," ujar abang Hamzah sambil menguap besar. Kelihatan wajah abang Hamzah yang seperti baru bangun tidur. Tangannya Mula tergaru-garu tempat yang-

Urgh!

Lebih baik aku abaikan apa aku nampak yang tadi.

Kan aku dah kata, wayar didalam otak abang-abang aku ni longgar.

Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now