Aku mengucapkan terima kasih kepada abang Mad, pemandu Zikry pada hari ini sebaik sahaja aku turun dari kereta. Sepanjang aku menyamar sebagai 'PA' kepada zikry, aku selalu juga berurusan dengan abang Mad tapi hari ini merupakan pertama kali dia melihat cara pemakaian dan juga cara pembawaan diri aku yang 180 darjah berbeza dari sebelumnya membuatkan dia seperti terkena kejutan budaya. Beberapa kali aku perasaan dia mencuri pandang melalui cermin belakang.
Aku Tak boleh salahkan dia. Malah Zikry pun terkejut juga pagi tadi.
Imbasan bermula..
Aku meneliti jam ditangan. Masih bersisa empat minit 35 saat. Si Encik suami ter'double take' jugalah apabila melihat aku. Bukan sahaja kerana betapa cepatnya aku bersiap atau betapa ‘punctual’nya aku tapi kerana aku sedang menyisip 'sesuatu' pada pinggang aku dan juga pada chest bag aku. Dia memerhatikan dari hujung kepala hingga ke kaki.
“Kerja?”Zikry menggoyangkan belakang telapak tangan ke atas dan ke bawah.
Aku memimikan pergerakannya.
“ Kerja,”
“ Pergi pejabat Kan? Bukan kerja luar?” soalnya lagi sambil telunjuknya terarah ke pinggangnya sendiri merujuk kepada ' benda' yang aku sisipkan sebentar tadi.
Aku melebarkan senyuman. Dengan menggunakan dua jari, jam ditangan kiriku ditepuk perlahan.
“ Risaukan perkara itu kemudian, we're only got two minutes left,” aku merangkul lengannya.
See… daring tak aku ni. Dah halalkan?
“Tapi..”
“Mari kita bincang hal itu kemudian”, aku menepuk lengannya perlahan, memujuk.
Tamat imbasan
Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum sendiri. Langkah aku dilajukan menuju ke destinasi, sengaja tadi aku minta abang Mad tinggalkan jauh satu blok bangunan.
Langkahku diperlahankan apabila telefon aku berbunyi dari nombor yang tidak dikenali.
“ Salam sejahtera, boleh saya berbicara dengan Cik Hazizah?”
“Ya, Saya,” aku melemparkan senyuman sambil mengangkat tangan kepada salah seorang kenalan yang kebetulan berselisih dengan aku.
“ Pekerja saya sedang dalam perjalanan ke- (dia menyebut alamat tempat aku berkerja) untuk menghantar bunga,”
Bunga?!!Aku tersenyum sendiri.
Kategori senyum?
Amused plus smirked.
Ini mesti kerja si Zikry. Katanya pagi ni, dia sibuk dengan kerja yang penting, tapi sempat pula dia arahkan PA dia untuk uruskan Hal ini.
“ ok, Saya tunggu di situ,”
Talian diputuskan.
Langkah aku dilajukan kembali. Seketika kemudian, telefon aku kembali berdering.
“ cik Hazizah, bunga untuk cik sudah tiba,
Saya tunggu-“
“ Ok! Ok! Saya nampak awak,”
Dari jauh aku nampak sejambak bunga dipegang oleh seorang pemuda lingkungan akhir 20-an sedang bersandar ke motosikalnya.
“ Hello! Saya Hazizah, bunga untuk Saya Kan?”
Entah kenapa tiba-tiba memori penghantar bunga dikejar oleh Firdaus kembali terlintas di fikiran. Sudah tentu itu mengundang senyuman dibibir aku.
“ Cik tandatangan di sini-“
Aku memang perasaan je dia memerhatikan aku ke atas dan ke bawah. Pelik kot tengok awek separuh brutal dapat jambangan bunga. Tapi aku rasa pelik bercampur hairan dengan warna bunga Ros Ni, yelah kan aku ni memang naif sikit bab-bab warna bunga Rose ni. Sekurang-kurangnya aku bersyukur juga untuk diri sendiri kena mengenali yang itu adalah bunga mawar. Aku tahu bunga rose ada warna merah, putih err pink.Oh…
kuning… ha… aku pernah nampak warna kuning.
“Bang… warna apa ye bunga Ni, Saya tak pernah lihat pun sebelum ni?”
Ok!ok! Aku berlagak seperti aku arif tentang bunga dan aku membuat anggapan sendiri yang aku lebih muda dari dia. Don’t blame me, please.. just.. blame women complex.
“ Entahlah kak, Saya pun tak tahu,” dia mula menghidupkan enjin motorsikalnya.
Eh! Eh! Dia akak Kan aku pula.
“ Terima kasih,” aku berbudi bahasa. Kemudian aku tenung, termenung memandang jambangan bunga yang aku terima. Huh… baru aku terfikir, kat mana aku nak letak bunga ini dan juga muka aku nanti apabila berhadapan dengan rakan sekerja aku?
Aduh! Satu hal pula!
Tangan aku mulalah seperti kera, tergaru-garu kepala sendiri.
Sekali lagi aku memandang jambangan bunga lagi,
“ Macamana aku nak bawa kau naik hah?” aku berbicara dengan jambak bunga tersebut.
Alahai… kekoknya nak bawa benda Ni. Aku mengeluh sendiri… lantaklah.
“Nice flower,”
Erk! tegur satu suara beraura kutub selatan yang aku kenal tapi lama tak jumpa-
-relatively speaking.
“ Amin…”
Amin mempamerkan lesung pipitnya Dua saat.
Kalau perempuan aku dah peluk dah! Ops!
“bukan kau cuti lagi ke?”
![](https://img.wattpad.com/cover/117653990-288-k758528.jpg)
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Dragoste***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...