"we have new development!”
Itu ayat pertama yang keluar dari mulut encik big boss Nabil. He is literally big! Mr beefcake sejati versi Malaysia. Akan tetapi janganlah terpedaya walaupun bertubuh besar, langkahnya tetapi lincah, agile bak kata omputih. Sesiapa yang pertama Kali bertemu dengannya pasti akan kagum dengannya tubuhnya yang mantap tu... Well... Until he opened his mouth... Maaf cakap... Mulut tanpa filter.
Sorry boss terkutuk tanpa sengaja di dalam hati. Yang baiknya mulut tanpa penapis ni, your know where you stand when with him, no hidden mark, Tak perlu meneka. Tapi dengan client tu lain cerita la... Ada lah sedikit penapis jarang. The keyword is 'sedikit'.
"Mariana telah dibebaskan dari hospital atas jaminan keluarganya yang mereka akan tempatkan dia di Klinik mental persendirian." Encik Nabil bersuara tapi bukan dengannya nada yang gembira.
"I can smell the big stinky 'tapi' there boss..." Kallai bersuara.
" Awak betul Kallai. A private clinic is not strictly as government clinic dari segi pelawat. That is our new problem." Encik Nabil mengetuk pennya berulang kali ke meja.
"Hasil intipan terbaru Kita mendapati One Ali sudah dua kali melawat Mariana.”
”The One Ali? Damn!" Fidaus mencarut.
"That's not a good news. Very bad news!”. Fidaus menggelengkan kepala.
"Indeed!" Encik Nabil bersetuju.
Aku meletakkan tangan ke atas kepalaku. Damn! Aku turut menyumpah. One Ali spell with One not Wan is never a good news. Sudah seperti open secret di kalangan penguat kuasa kegiatan gelapnya akan tetapi mereka tidak dapat mencari bukti yang kukuh tentang penglibatannya. He keeps his hands clean. Organized psychopath.
"The bigger question is why?. Apa kaitan dia dengan Mariana sehingga dia personally melawat Mariana di Klinik. Kalau setakat nak upah membuat kerja Kotor, deep web kan ada". Firdaus menyuarakan kemusykilan dan kebimbangannya.
"Yup! Kita masih betul tahu kaitannya".
Suasana di dalam bilik hening seketika. Masing - masing menunggu kata dari Encik Nabil.
"Apa diagnosis dia bos?” Amin pula bertanya.
"Simple obsession stalker.”
Semua orang di dalam bilik mesyuarat in berwajah ketat, termasuk aku. Not our first case, malah beberapa kali pernah klien kami menghadapi masalah yang sama. Mana taknya, mengikut statistik 70 hingga 80 peratus masalah stalker, terjatuh di dalam kategori yang Encik Nabil katakan sebentar tadi. Jangan terpedaya dengan perkataan simple, semua masalah melibatkan stalker adalah merbahaya.
"Buat masa sekarang, kekalkan posisi sedia ada."
Yes boss!
Semua bersuara serentak.
”Dismiss kecuali Ajis,” encik Nabil masih mengekalkan di posisinya di meja sidang. Masing - masing sebelum keluar menepuk bahuku perlahan.
"Good luck", sempat lagi so Firdaus tunduk dan berbisik, mengusik. Aku menghadiahkan jeling tajam kepadanya.
Apabila orang terakhir keluar dari bilik ini, Encik Nabil terus bersuara.
”I'm packing up your new gear for this assignment, Nah!”
Aku menghampiri Encik Nabil lalu mengambil barang yang diberikan kepadaku. Sekilas pandang aku dapat meneka, surveillance cameras dalam bentuk cermin mata dan GPS tracker dalam bentuk anting - anting.
Aku hanya pandang anting - anting yang berbentuk hati itu. Really boss? Aku bermonolog di dalam hati. Aku jarang memakai anting - anting ni.
"Bila One Ali terlibat, Kita perlu lebih bersedia", Encik Nabil bagai sudah membaca hatiku.
"Buat masa sekarang awak adalah musuh ketat Mariana, so please be more alert.”
"Really boss? Just be more alert je? Tak de ke pesanan yang lagi bermakna? Contoh 'be careful, please take care of yourself'?" Aku tersengeh kerang.
"I know you can take care of yourself. I just need you to be alert because you need it, for our client." Encik Nabil memeluk tubuhnya. Otot lengannya bergerak - gerak. Eh! Apsal aku pandang lengan boss aku pula ni?
"Bila tugasan ni selesai, say Tak nak dah berlakon undercover macam ni".
"Why? Awak natural."
"Penat lah boss! Tak boleh nak utilised skill langsung!"
"Hmm..." Encik Nabil menggaru dagunya.
"Takkanlah 'hurmm' je boss?"
"Take your gears. Jangan lupa pakai. Dismiss!"
"La... Itu je. Baiklah boss... Saya menurut perintah." Sempat lagi aku mengenyitkan mataku pada Encik Nabil sebelum keluar dari bilik.
Bibirku masih mengukir senyum apabila melepasi pintu bilik mesyuarat.
Haz!
Omak kau! Terkejut aku. Si Amin yang menegur rupanya. Nyaris keteguran aku ahaha...
Apabila Mr. Intense menegur, automatic senyum aku hilang, bukan takut tapi aura intense tu terjangkit Kat aku sekali. Dia kelihatan tenang sambil bersandar ke dinding sambil satu tangannya dimasukan ke dalam kocek seluar.
Amin... aku membalas tegurannya sambil menundukan kepalaku sedikit. Langkahnya aku turut terhenti di hadapannya
Dia hanya memandang alatan yang berada di tangan aku. Cara dia memandang membuatkan aku turut memandang apa yang aku pegang, eh!
"Please be careful." Kemudian dia berlalu pergi. Eh! Itu je yang dicakapnya. Aku pula yang terkebil - kebil memandangnya sehingga dia hilang dari pandangan.
"Thanks?"
Jawapan bernada keliru keluar dari mulut aku sementelah Amin tiada di mata. Well... Case must go on. Aku ada klien yang perlu aku lindungi. Be brave my heart.
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Romantizm***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...