BAB 44

6.7K 313 25
                                    

"This is all my fault"

Itu ayat pertama yang meluncur keluar dari mulut Zikry. Abang Jebat berdengus kuat,

Hah! You can say that,”

“Jebat,” papa menegur tindakannya itu.

“Kalau aku tahu nak jadi macam ni-“

“Jebat…” papa menegur lagi.

“ Jebat, I’m so sorry,”

Abang jebat hanya mengangkat kedua tangannya ke udara tanda dia masih tidak berpuas hati. Aku rasa kalau kerana papa dan mama, Zikry pasti merasa tumbukan abang Jebat. Memang dari awal lagi dia tidak setuju aku 'menjaga' Zikry terutamanya apabila melibatkan One Ali. Abang Hamzah kelihatan tersenyum kecil seperti dia sudah dapat kesimpulannya sendiri. Tangannya mengusap-usap kepalaku perlahan. Tabiat baru kot ni, sebelum ni tak pernah pun begini. Aku menolak tangannya tanda rimas.

Kini aku diapit oleh abang Hamzah Dan abang Jebat. Well… sebenarnya aku yang menyelit di antara mereka kerana aku masih lagi cuba menghindari mama. Rasanya semua orang tahu perasaan ini, bila kau Ada terbuat salah dengan ibubapa, Ada rasa macam nak lari dari menghadapi kenyataan

Kan?
Kan?

“Apa maksud Zikry sebenarnya? Papa kurang jelas… and you Jebat, you do know something about this, right?”

Papa?!!

Amboi!

Tapi… wow! Jarang aku lihat papa seperti ini, tegas.. tegas seorang ketua keluarga.

Kali ini aku tak lepas memandang papa. Hurm kalau mama, aku elakkan dulu buat Masa sekarang.

Zikry berdehem seperti cuba menarik perhatian aku supaya memandang ke arahnya. Bagaimana aku tahu? Naluri.
Haz..? Dia meminta kebenaran dari aku untuk memceritakan Hal sebenar. Aku menggelengkan kepala perlahan. Zikry Mula kelihatan serba salah untuk meneruskan bicaranya lagi.

Suasana menjadi sunyi tapi tegang semula.

Jebat! Explain!” mama yang memberi arahan mutlak.

Abang Jebat meraut rambutnya ke belakang sebelum memulakan bicara.

“ Anak mama ni… (dia menepuk pahaku, marah) adik Kita ni…(dia menepuk lagi paha aku)… tipu pekerjaan sebenar dia,”

Untuk sekian kalinya, Semua Mata kembali tertumpu kepada ku… dan juga abang Jebat.

“ Dia bukan bekerja sebagai kerani tapi-“

“sebagai Bodyguard!” sambung abang Hamzah.

hah!”

what!!”

are you kidding me?”

Adalah antara response yang aku dengar.

“Macamana badan kecil macam ni nak jaga orang?”

Aku menjuling Mata ke atas. Nothing is new! Komen-komen yang aku dengar ini bukanlah komen baru dan luarbiasa.

“ Betul ke Hazizah?!” mama memandang tajam ke arah aku.

Oh! Oh!

Mama guna nama penuh. Mesti semua orang tahu Kan? Kenapa mama guna nama penuh Hazizah bukan Iza?

“ hmm.. Betul,” aku sedikit menikus. Bukan aku penakut, bukan aku Tak bangga pekerjaan aku, Cuma aku sedar akan salah aku.

“ berapa lama kau tahu perkara ni?” ini dari abang zaaba.

“ kenapa kau tak halang dia Jebat?!!” ini dari abang Tuah.

“ kau boleh biar je Jebat?!!” ini dari abang Anas

“ Kau pun sama Hamzah?! Ini dari abang Tuah semula.

“Hey! Hey! Jangan serang aku, aku pun baru tahu malam ni,” abang Hamzah mengangkat tangan seperti menyerah kalah. Bibirnya terukir senyuman. Aku pun Tak faham kenapa dia perlu senyum dan aku juga tidak faham kenapa yang lain perlu serang abang Jebat.

“ Kenapa marahkan abang Jebat? Dia Tak salah. Dia banyak tolong Iza tau,” aku memeluk lengan abang Jebat sambil membesarkan mata seperti puss the cat, manja.

what the heck? Kau encourage dia pula,” abang Anas bersuara lagi. “Iza, Tak payah nak buat Mata Kucing kau kat sini," sambungnya lagi.

“Iza.. esok hantar Surat berenti kerja,” abang Tuah memberi kata putus dan yang kelakarnya semua abang-abang aku mengangguk serentak tanda setuju. Sekarang aku rasa sudah Zikry faham kenapa aku sembunyikan pekerjaan aku dari mereka. Bernafas... Bernafas dengan tenang.

Sorry ye abang-abang tersayang, adik mu takkan ikut saranan tu. Ini monolog aku.

“ Tapi apa kaitan dengan peristiwa malam ni?”

Kali ini mama yang bersuara.

Keadaan kembali sunyi tapi tegang semula.

“Hazizah..”

Tona nada mama memang tidak tinggi tapi aduh…sakit tu di sini! Abang Hamzah seperti faham apa yang aku rasa saat ini, dia menggosok bahu ku perlahan seperti memujuk. Sebab tu lah aku kata abang aku yang satu Ni cool.

“Aunty, biar Saya jelaskan,” Zikry menarik nafas dalam sebelum menyambung bicara. Aku puji dia memang berani dan gentleman apabila berhadapan dengan keluarga aku. Malah dia kekal tetap tenang dengan karenah abang-abang aku.

“ sehingga beberapa bulan lepas, Hazizah ni PA saya,”

“Hah!”

“What?!”

Dan beberapa lagi bunyi variasi kehairanan dari abang-abang aku.

Boys…”

Just like magic, Satu satu perkataan dari mama, berjaya mendiamkan mereka.

“ to be honest, saya memang tidak tahu yang dia sebenarnya bertindak sebagai invisible bodyguard untuk saya,” kedua belah sikunya berada di atas pahanya. Tangannya sedikit bergawang bergerak diudara.

she’s very good- maksud Saya, Hazizah sebagai PA saya,” Zikry masih teragak mahu meneruskan cerita.

“kalau tak keberatan boleh aunty tahu siapa musuh Zikry,” Lembut je suara Mama.

“Erm.. bekas teman wanita saya,” Zikry seperti sedikit malu.

Jeda.

Jawapan dari Zikry mencipta suasana awkward di kalangan keluarga aku. Hish! Tak boleh jadi ni, nampaknya aku perlu menjelaskan segala. Aku terus bingkas bangun menghampiri Zikry.

“Pa, ma, abang, biar Iza jelaskan. Geram pula dengar penjelasan meleret-leret ni,” aku bersuara. Seperti yang aku katakan tadi, kucing sudah keluar dari beg Kan? Tak perlu berpura lagi.

“syarikat selamat & sejahtera diupah oleh keluarga Zikry untuk menjaga keselamatan-“ tangan aku terarah kepada Zikry. “ as you know, syarikat selamat & sejahtera tu tempat kerja Iza- and yes- (tangan aku merujuk ke arah aku) not as a secretary. ”

Iza, what is the real catch? Kalau setakat ex-girlfriend meroyan, abang tak percaya. I’m not buying it,” abang Hamzah bertanya dengan nada santai.

“ pada mulanya it’s just a 'simple' case of obsession but-“ aku menggerakan dua jari kepada perkataan simple tu.

Here’s come the stinky ‘but’,” abang Tuah pula bersuara. Aku tersenyum sinis.

his ex-girlfriend- rupanya adik kepada One Ali,”

Postur Abang Hamzah terus berubah.
Manakala abang Anas seperti melompat keluar dari tempat duduknya.

are you out of your f*king mind, Adik?”

“Anas!” sergah Mama.

Okay, sekali lagi aku jelaskan di sini, kalau mama, dia guna nama penuh apabila marah, tapi apabila abang-abang aku guna perkataan 'adik', I’m in a big trouble now. Drama kedua over reacting selepas abang Jebat bakal bermula. Gosh! DNA dramatic's papa suddenly emerge from their sleep.

“ Mama tak tahu siapa one Ali tu. Dia tu sangat bahaya, ma,” abang Anas berhenti seketika sebelum menarik nafas sedalamnya seperti dia menyedari sesuatu yang penting.

wait a minute- maksudnya,” Mata abang Anas Mula membesar memandang ke arah aku.

you ( jarinya terarah kepadaku)… PA- (jarinya terarah kepada Zikry pula) pada waktu tu?” tidak keruan abang Anas menyusun ayat.

Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now