bab 25

7.6K 403 7
                                    

Seminggu kemudian,

“Iza, kita Ada tetamu istimewa,” ujar Zikry sebaik sahaja aku masuk ke dalam biliknya.

Eh! Apsal aku tak tahu pun ni. Aku Kan pa? Bodyguard pula tu?

Agaknya tetamu tu datang mengejut kot semasa aku ambil baju di kedai dobi tadi.
Perasaan ingin tahu aku membuak – buak. Siapa dia yang berada di kerusi yang sedang membelakangi aku sekarang ni? Bulu roma, spider sense aku tegak berdiri. This is not good! Rasanya macam kenal je?

"Assalamualaikum, Iza."

Dang!

Abang Jebat!

Waktu ni aku rasa nak debik je boss aku Encik Nabil tu. Sengaja la tu, membiarkan aku dalam kegelapan. Yang si Zikry pun satu… patutlah aku rasa pelik je, tiba – tiba suruh aku ambil baju kat kedai dobi. Tak pernah pun sebelum ni. Teori konspirasi apakah ini?

Argg!!!

"Waalaikumsalam, abang Jebat!" Laju aku Salam Dan cium tangannya.

“Abang buat apa Kat sini?” saja je aku berbahasa basi. Sebenarnya dalam hati aku…

grrr…

grrrr….

Control freak!

Abang seperti mengulum ketawa. Siap dipandangnya aku dari hujung rambut ke hujung kaki. Ini yang aku menyampah ni. Sebab inilah aku tak mahu bekerja dengan adik beradik.

“ Why don’t you tell me that this great guy is your brother? Kalau Tak kerana panggilan telefon tempoh hari-,”

“Abang buat apa Kat sini?” sengaja aku potong cakap Zikry. Aku tahu dia merujuk panggilan telefon minggu lepas di Mana aku berada dirumahnya dan aku sememangnya tak mahu kongsi maklumat tersebut dengan abang aku ni.

“ Work and pleasure. Lagi pun abang kebetulan ada urusan di syarikat ni, so why not jumpa bakal adik ipar. Hari pertunangan abang tak ada kan?,” jawap abang Jebat dengan senyuman. Cis! Senyuman serigala ni.

“ Sebenarnya, saya pun tiada pada hari kami bertunang, ibu tak izinkan. Dia cakap kalau ikut adat Melayu, si lelaki memang tak hadir, hanya wakilkan keluarga sahaja.”

“Eh jemputlah duduk. Haz, awak duduk sekali,” Zikry mempelawa kami duduk di ruangan khas untuk perbincangan di bilik itu.

“ Abang Jebat Dan Tuan Zikry nak minum apa? Boleh Saya bawakan,”

“Tak perlu, abang singgah sebentar sahaja ni, sekejap lagi abang nak jumpa klien lain pula”, abang Jebat masih lagi mengulum senyum. (Aku masih membayangkan serigala) Agaknya dia gelakkan penampilan aku Hari ini kot. Standard pakaian kerja pejabat la kan? Apa yang peliknya?

Tiba – tiba telefon pejabat Zikry berdering. Dia beredar ke mejanya untuk menjawap panggilan tersebut. Memandangnya jarak mejanya dengan kami Ada jauh, cepat – cepat aku berbisik kepada abang Jebat.

“ Abang… perlu ke?”

“Perlu apa?”

“Datang ke sini la!” Bisikan ku sedikit tinggi. “Pura- pura bertanya pula”. Sempat aku jeling ke arah Zikry. Nasib baik dia masih leka dengan telefonnya.

“ Abang nak periksa Keadaan Iza Kan? I’m fine. I can handle this by myself.” Sambung aku lagi.

Abang Jebat hanya mengangkat bahunya sedikit.

“ Jangan nak buat muka Tak bersalah… Iza tahu abang tu control freak. I know how to do my job, okay,”

Abang Jebat masih lagi buat muka toyanya. Nak juga aku cekik abang jebat ni.

“ I just wanna give you this,” dia mengeluarkan satu rantai berloket bentuk bunga matahari. Tanpa menunggu reaksi penerimaan aku, terus dia kalungkan ke leher aku. Cepat -cepat aku sembunyikan di bawah shawl merah yang aku pakai.

“ adakah benda ni, seperti apa yang Iza fikirkan?” aku mengecilkan mataku.

“ just wear it. Jangan tanggalkan kecuali menyelam,” dia menepuk bahuku. Kemudian dia bangun berdiri Dan membetulkan lengan kemejanya. Kebetulan pula Zikry sudah selesai dengan panggilan telefonnya.

“ Maafkan saya tuan Zikry, I’m on tight schedule. Mungkin lain kali Kita bole bertemu lagi.”

Abang Jebat menghulurkan tangannya until bersalam.

“ Tak perlu Tuan bagai, kitakan keluarga. Maafkanlah Saya, sebentar tadi ada panggilan penting, Tak dapat nak elak.”

“ Sampaikan Salam kepada keluarga, nanti Saya bincang dengan ibu, mungkin Kita boleh berkumpul bersama, makan – makan dan berkenalan,” Zikry memberi cadangan.

“ insya Allah boleh.”

Aku dan abang Jebat mula melangkah keluar dari bilik Zikry apabila Zikry meminta aku berhenti.

“Haz, Saya perlu berbincang sesuatu dengan awak.”

Bukan takat langkah aku je berenti, si abang Jebat pun turut berhenti.

“Awak boleh bincang di hadapan Saya,”

Hais! Abang Jebat mula lah tu nak buat perangai. Geram betul. Laju je aku cubit lengannya. Ini abang aku, sebab tu kena cubit je kalau orang lain, lain habuan dia.

“ ish! Abang ni, pasai kerjalah. Jangan nak suspicious sangat. Bukan hari ni Iza baru bekerja dengan Tuan Zikry,”

Zikry hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua.

“Betul, ini hal kerja.”

Zikry mengiakan.

Abang Jebat menganggukan kepala nya, “Please take care of her”. Kemudian dia berlalu pergi sambil menutup pintu pejabat perlahan.

“So… abang awak sangat protective kan?” Zikry memeluk tubuhnya sambil dia duduk di penjuru bucu meja.

“Over… protective, sorry,” aku menjawap dengan senyum tak berapa nak ikhlas.

“It’s okay. I know his feeling.”

“Boleh awak go through my agenda for today?”

Sambil membetulkan cermin mata, aku terus membacakan semua agenda untuknya pada hari ini.

Nota dari penulis:

Terima kasih kerana setia menanti Dan membaca cerita ni. Baru balik bercuti dengan keluarga ke sabah. a very beautiful country! 😍😍
Maaflah.. lambat.. ini pun Saya curi2  Masa yang Tak berapa nak Ada ni khas utk pembaca Dan khusus untuk diri sendiri. Hehehe...
Seperti biasa... Jgn lupa ketik bintang yo!


Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now