Bab 37

7.4K 309 19
                                        

DUM!

DUM!

Bunyi pintu diketuk bergema lagi.

Zikry memegang lengan aku. “ Haz… friend or foe,”

“ Saya bukan ahli nujum,” aku menarik tangannya supaya menuruti langkahku. Kali ini kami bersembunyi disebalik susunan pallet kayu pula. Aku mengintai disebalik celahan pallet yang tersusun, tanpa menghiraukan bau hamis dari kayu atau mungkin dari sisa najis haiwan, SIG Sauer P226 digenggam rapat, menghala ke pintu, bersedia bila – bila masa untuk ditarik picunya.

“Macamana kalau itu orang One Ali?” Zikry cemas semula.

“ Saya takut… Saya tak nak awak cedera… disebabkan saya,”.  Dia memegang, menggumpal bahagian bawah baju aku seperti anak kecil.

Aku meletak satu jari di bibir.

“Haz…”

“ Rasa cemas tidak membantu kita Tuan,” sekali aku meletakkan jari di bibir. “Just follow my lead,” aku berbisik lagi.

“ I love you, Haz,” Zikry tiba - tiba berbisik.

Aduh! Mamat belakang aku ingat ini cerita aksi romantik ke?

“Tuan Zikry, please stop it. You’re distracting me,” aku menolak tangannya dari memegang bahagian bawah baju aku.

Selepas semua ini selesai berkemungkinan besar akan Zikry akan mengalami trauma.  Harap-harap tak kena PTSD.

Ketukan pintu berhenti tapi digantikan pula bunyi ledakkan sebelum pintu itu ditendang. Kelihatan beberapa orang memakai pakaian , menerpa masuk dengan senyap, lengkap bersenjata.

Aku menarik nafas lega.

Aku mampu menarik nafas lega!

Thank God! Thank you Allah!

SIG Sauer P226 aku turunkan ke sisi. Badan aku sudah mula rileks tidak tegang seperti tadi.

“Haz… Kita dah selamat ke?”

Zikry kembali menarik bahagian bawah baju aku. Aku tidak membalas pertanyaannya, aku hanya berpaling kepadanya dan mengangguk perlahan.

“Aa..are you sure?”

Aku mengangguk lagi. Zikry terus memeluk aku sambil mulutnya tidak putus - putus mengucapkan syukur dan aku hanya berdiri, seperti patung, tanpa reaksi.

Suddenly I feel like my energy drain away.

Mungkin kerana adrelina aku mula menghilang dari sistem tubuh aku. Yang tinggal kini adalah kesan selepas penggunaan epinephrine nama lain bagi adrelina . Malah Perkara yang sama juga berlaku kepada Zikry. Apabila flight or fight hormone tersebut mula menghilang, yang tinggal hanyalah rasa lesu. Zikry meleraikan pelukannya, jelas kelihatan tangannya menggigil dan dia cuba selindungkan keadaan itu dengan memegang kedua bahuku. Aku menepuk tangannya perlahan lahan. My job is far from done yet. Aku menarik nafas paling dalam…

“Over here!!”

Aku keluar dari tempat persembunyian sambil mengangkat tangan ke udara. Zikry setia berdiri sehampir mungkin dengan aku. Dia masih lagi cuba mententeramkan dirinya.

Salah seorang dari mereka merapati kami manakali yang lain terus bergerak dengan senyap dan sistematik memeriksa parameter kawasan.

“Clear!”

“Clear!”

“clear!”

Semua memberi laporan status kepada rakan sepasukan yang lain.

“Ajis! Tuan Zikry!”

Aku kenal sangat suara itu. Aku tak mampu menghalang daripada senyum terukir di bibir aku.

Chen!

“ Ajis! Give me the status,”

“ Klien selamat dan tiada kecederaan,”

Chen menganggukan kepalanya.

“ One Ali sudah melarikan diri melalui terowong bawah tanah di sana, 3 o’clock, berhampiran sofa,”

“Underground tunnel?”Chen menanggalkan night vision monocular nya.

Chen memberitahu maklumat yang baru didapatinya melalui alat telekomunikasi nya.

“Tuan Zikry, sila ikut saya,”

“Tapi Hazizah..,”

“ Saya ok. Tuan ikut sahaja mereka. Chen! Ikut aku,” aku berlari ke arah pintu masuk bawah tanah yang digunakan oleh One Ali tadi. Chen mengisyaratkan supaya seorang mengikutnya.

“ Cuba tarik gegelang besi ni. Ini pintu masuknya."

Beberapa cubaan untuk membukanya gagal. Ternyata telahan aku betul. Pintu ini dikunci dari dalam.

Chen kemudian menerima maklumat laon dari alat telekomunikasi.

“ Ajis, Kita perlu bergerak sekarang. Biar hal ini pihak berkuasa yang uruskan. Mereka dalam perjalanan ke sini,” Chen memegang lenganku.

Tanpa sebarang kata kami terus bergerak keluar dari bangunan ini. Aku tahu kini hanya beberapa orang sahaja yang ditinggalkan untuk menguruskan hal berkaitan dengan pihak berkuasa termasuk penangkapan Marina, penculikan Zikry dan pembongkaran markas One Ali.

Kami bergerak menyusuri hutan belukar dengan hanya bertemankan bawah cahaya bulan. Aku perlu mengikuti rapat pergerakan mereka kerana tanpa night vision google, aku umpama orang buta. Tambahan pula dengan selipar jepun ironinya ehsan One Ali yang tersarung di kaki aku sekarang tidak sesuai untuk penerokaan hutan, sedikit sebanyak mengganggu pergerakanku.

“ Ajis, need any help?” Chen yang menjadi pemandu arah bertanya. Sekali sekala dia memperlahankan langkahnya supaya aku tidak ketinggalan.

“Just keep on moving,” kami tidak ada masa untuk dibazirkan dan aku tiada masa untuk mengeluh.

“ we are almost there,” Chen memberi kata perangsang. “ Ada kenderaan sedang menunggu kita di sana nanti,” jelas Chen lagi.

Dalam kesamaran malam, aku dapat lihat terdapat tiga pacuan empat roda sedang menanti kehadiran kami.

Dan dalam kesamaran itu juga  aku dapat melihat Abang Jebat bergerak meluru memeluk aku erat.

Yup! This is exactly what I really need. A big hug from my family.

“How are you, Iza?”

“Good,"

Cik PA Cik BodyguardTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang