bab 24

7.9K 359 9
                                    

Mata aku mencari abang Jebat di antara kalangan pelanggan yang ramai ni. Hah! Jumpa pun!

Tapi…. Alamak…. Pandai abang aku pilih tempat. Meja paling hujung, jauh dari hiruk pikuk. Habislah aku… masak ranum ni.

“Assalamualaikum, abang Jebat!”

Dengan penuh ceria, nada paling manja ( walaupun bergegar juga la badan menahan geli), aku terus bersalaman dengan abang Jebat.

Abang Jebat memandang aku dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Iza… what’s wrong with you today?”

Here we go again.

See… beza orang luar dengan ahli keluarga sendiri! Bukannya nak puji ke nak bersyukur ke, 'wah! Lawa adik abang Hari ni!' Atau pun ' alhamdulillah, adik abang semakin ke arah muslimah sejati', Hampeh betul!

Dan satu lagi, kedudukan yang dipilih oleh abang Jebat membuatkan aku membelakangi semua pelanggan lain, sedangkan dia dapat melihat pandangan keseluruhan kedai makan ni. Memang overprotective betul.

“Ish! Abang ni… pujilah sikit. Cantik kan adik abang Hari ni,” tanpa di pelawa, aku mengambil tempat.

“ Iza dari mana sebenarnya ni?”, soal abang Jebat.

“ Kan dah cakap tadi, dari rumah kawan. Lepas tu kami main solek -solek,”.

Abang Jebat mendengus kecil.

“ So… kenapa tergesa – gesa nak jumpa Iza ni? Nak tambah elaun bulanan ke?”

Abang Jebat memusingkan laptopnya ke arah aku, “Explaint this!”.

A-l-a-m-a-k

Tajuk: Zikry bertunang? PA pilihan hati?

Gambar: Aku terlindung dibelakang Zikry, hanya sebahagian kecil wajah aku kelihatan. Tapi cincin dijari aku dibesarkan.

Macamana team IT boleh terlepas pandang! Sepatutnya wajah aku dipadamkan. Berita gossip ni sebenarnya untuk memancing Marina keluar dan bertindak!

“ Sejak bila abang baca berita gosip sampah ni?” aku tersenyum manja.

Abang Jebat tidak menghiraukan soalan yang muncul dari mulut aku. Malah keluar lagi soalan lain dari mulutnya.

Cis! Tak laku rupanya gaya manja aku kali ni. Sejak bila abang aku kenal ni? Ada ambil vaksin ke?

“ Bukan ke Iza berkerja dengan syarikat selamat & sejahtera, sebagai kerani?”

“Bagaimana Dan sejak bila bertukar syarikat dan menaik taraf menjadi PA?”

Nah kau! Berderet soalan keluar. Memang stail abang Jebat went straight to jungular.

Err..

Nasib baik aney datang ambil order air.

Tapi macamana abang aku ni tahu itu adalah aku?

“Orang lain kot tu bang? Iza masih lagi bekerja di tempat yang sama. Kalau Tak percaya cuba telefon esok pagi. Hari ni Kan cuti.”

“iza tahu bagaimana abang boleh jumpa muka Iza di sini?”

Aku hanya mengangkat bahu.

“syarikat abang sedang membangunkan face recognition apps untuk mengesan penjenayah. Saja je abang letak Kan wajah Iza, guess what I found?”

Gulp!

Kalau aku keluar peluh jantan waktu ni sesuai tak? Sesuai kan? Bodyguard ni memang cuak kalau dengan abang sendiri. Kalau abang orang lain… hah! Itu lain cerita.

“Dan gambar ni… sejak bila berkaca mata, I know your vision is 20/20!”

Aku berpura renung gambar tu lagi, sebelum abang Jebat mengambil alih.

“Ala bang, trend kot sekarang ni, pakai cermin mata hipster, bukan Ada kanta pun,”

Eh! Jawapan aku Kat atas ni macam mengaku je tu gambar aku. Boleh aku guna jawapan ahli politik, ' itu gambar saya tapi bukan saya?'

“ Don’t count me stupid. Zikry bukan orang sebarangan. But wait, guess what? When I started digging syarikat Selamat & Sejahtera, look what I found?”

Double O single H times two.

Ini yang masalahnya apabila mempunyai abang yang setaraf Kalai, ketua bahagian IT dan surveillance kami ni. Pabila dia mula menggali, sila mengucap awal – awal.

“syarikat ini bukan syarikat keselamatan biasa. Nak teka lagi tak,apa lagi yang abang jumpa bila guna apps tadi tu?”

Alamak! Tak perlu teka teki… aku dapat agak gambar apa yang akan muncul.

This!

This!

And this!

"Ini Iza di konsert (Artis A, penyanyi antarabangsa), bukan sebagai penonton, ini Iza di persidangan Wanita Antarabangsa, di belakang isteri Menteri Dan ini awak, Iza di ketika lawatan Puteri dari negara ( dia sebutkan satu negara),” laptop kembali terarah kepadaku.

Well… for my defense, sebenarnya dia bukanlah puteri pertama yang aku jaga.
Aku masih mendiamkan diri. Big time kantoi kot! Semua gambar yang ditunjukkan itu, aku berpakaian seperti bodyguard, full gear siap dengan earplug.

“ Just doing my job, abang Jebat,” aku bersuara malas. Aku bukannya malu mahu mengaku pekerjaan aku yang sebenar, tapi aku tahu yang family aku akan overreacted… freaking out!
Just like now!

“ and your job is not 'kerani', am I right?”.
Sambil menarik nafas dalam aku mengangguk.

“ Kenapa perlu rahsiakan?” Soal Abang Jebat lagi.

Aku menjungkitkan bahu, “ What do you think? Semua orang akan overreacted, kemudian pergi fasa overprotective mood. Then what? Kurung iza kat loteng?”

“Buang Masa nak kurung iza di loteng. Mesti dapat keluar juga,” abang Jebat mendengus.

Aku tersenyum sinis, “Salahkan abang Anas, siapa suruh peturun ilmu buka kunci kat Iza.”

“your are my little sister, my only little sister! Iza tahu tak, apa yang akan tahu jika the whole clan tahu pekerjaan iza sekarang ni? I still cannot believe it.”

“ then, believe it! Iza bukan lemah, I know what I am doing,” jawap acuh Tak acuh. Dah Tak perlu buang masa nak juga suara manja.

“ kenapalah abang tak nampak sebelum ni?” dia bersungut sendirian.

Air yang baru sampai, aku hirup perlahan. Abang Jebat mula menyebut perkataan yang kurang sopan, bermula huruf F,S Dan B. Seorang ibu di meja sebelah mula menjeling ke arah kami dengan pandangan yang marah. Siap ditekup  telinga anaknya. Ini kalau mama dengar, siaplah mulut abang Jebat kena basuh dengan peluntur.

“Ala kerja abang Anas dan abang Hamzah lagi berisiko tinggi, polis dan tentera kot! Jangan lah double standard, please abang sayangku Jebat,” sengaja aku melakukan aksi lentok manja.

“Jangan lah risau. Lagipun jangan lupa Iza pun ada tali pinggang hitam tau, penat pergi belajar kalau tak praktis rugi kan? Tak pun nanti terlupa,” sekali lagi aku melentok manja. Ha… jangan Tak tahu, itu senjata aku kalau nak lembutkan hati abang aku ni. Mula – mula mungkin kurang berjaya tapi lama-lama…

“ Kami suruh awak ambil semua itu untuk diri Iza, pertahankan diri sendiri bukan pertahankan orang lain. No… no… lebih baik Iza berhenti kerja ni. Cari kerja lain,” abang Jebat cuba memberi kata muktamad. Ingat keyword dia, 'cuba'.

“Kalau tercalar sedikit pun adik abang ni, abang sudah risau, kalau terjadi perkara yang lebih teruk? Tak sanggup abang nak bayangkan,” sedih pula aku lihat abang aku ni.

“Jangan risau, she is our little princess too.”

Aku kenal suara tu.

Kerusi di kiri Dan kananku kini berpenghuni.

“I can handle this by myself. No need backup from you guys”, aku bersuara perlahan. Separuh berbisik tapi Tegas!

“And who the hell are you guys?”

“Kenalkan ini big boss Iza, Tuan Nabil Dan ini rakan sekerja, Amin.”

Amin dan big boss hanya memberi reaksi angkat kening apabila aku membahasakan diriku Iza.

Masing – masing hanya menganggukan kepala tanda acknowledge sebab kalau hulur tangan sekarang ni memang konfem Tak bersambut. Kemudian mereka bertiga mula mengepam testosterone ke seluruh kawasan. Saling bertikam pandangan. Kalau boleh menderam seperti harimau dah lama aku rasa mereka berbunyi, pastu kencing merata, tanda kawasan!

Yuks!

Men!

“ don’t underestimate her, please”, Big boss aku bersuara. “ she is among the best,”.

Wah! Wah! Boss aku puji Wei! Ada peluang Naik pangkat ni.

“Betul,” Amin mengiakan. Hah! Ini baru betul Amin. Sepatah dua kata je yang keluar. Abang Jebat hanya mendiamkan diri.

“ ikutkan hati, malam ni juga abang heret Iza balik rumah mama,” abang Jebat masih bernada tidak puas hati.

“ memang Iza dah jangka reaksi abang macam ni sebab tu Iza rahsiakan”.

“Come on abang, look at this guys, iza bukan bekerja keseorangan. Anggap je mereka ni pengawal peribadi Iza juga.” Aku masih lagi memujuk.

“ betul, we protect our own,” Encik Nabil mengiakan kata – kata aku.

Abang Jebat masih mendiamkan diri. Dia seperti memikirkan sesuatu kemudian dia mula menaip di laptopnya.

“adakah kerja Iza berkaitan dengan serangan ke atas Zikry tempoh hari?”

“ Maaf Iza Tak dapat jawap, classified,”

Kemudian dia mengerutkan dahinya. Jemarinya terus menaip laju. Hampir sepuluh minit dia menaip sebelum berhenti.

“ this is not good,” abang Jebat menggelengkan kepala.

“Marina Ada kaitan dengan One Ali kan?”. Matanya masih tertancap ke arah laptopnya.

Aku memandang ke arah big boss aku, raut wajahnya seperti kagum dengan abang Jebat.

Hah! Sebab Tula sampai sekarang aku belum berpakwe… prospect aku semua cabut lari, takut kena londeh secara digital oleh abang Nan satu ni. Eh! Ke situ pula aku melalut. Bodyguard kena focus Mana boleh melalut.

F.o.k.u.s

Ulang semula,

Hah! Abang Jebat ni memang hebat. Dia ada syarikat IT dia sendiri kot! Walaupun Tak sekaya si Zikry tu.

Tapi…

aku rasa si big boss aku ni tahu kot tentang hal ini. Penat pula rasa bermonolog Bab ni.
“ ya, betul.” Encik Nabil mengiakan soalan abang Jebat. Yelah Kan… penat je menafikan Hal ini depan dia.

“ Terlalu bahaya untuk adik Saya. One Ali bukan orang biasa,” laptop miliknya ditutup perlahan. Mungkin baginya cukup kot untuk Hari ini.

“ Saya ulang, jangan pandang rendah akan keupayaan Hazizah,” tegas Encik Nabil lagi.

“ Abang Jebat, please…,” aku separuh merayu. Dia tahu apa yang aku rayukan.

“Baiklah, dengan satu syarat, Saya nak libatkan diri dalam kes ni, F.O.C, Tak cas, hanya untuk adik saya.”

What?!

Encik Nabil hanya mendiamkan diri, seketika. “Baiklah,” dia memberi persetujuan. “ Kita bincang Hal ini di pejabat saya esok pagi, jam 11.00 pagi.


Agak – agak, boleh dah kot aku lap peluh jantan tadi di dahi. Buat masa sekarang rahsia aku masih lagi terpelihara dari keluarga aku yang lain.

Encik nabil Dan Amin, bersalaman dengan abang Jebat sebelum berlalu pergi.

“ Iza, jangan ingat awak terlepas. Kalau terjadi apa – apa kepada adik abang Ni walaupun kecil, secara automatic nya awak berhenti dari libatkan diri dari kes ini, faham?”

Nak je aku membetah, ' you’re not my boss!' tapi takut karang lain pula jadinya… jadi aku hanya…

“Baiklah abang manis… sayang abang manis…"

“ Balik nanti, tanggal make-up tu, this is not you,” sengaja dia membuat also geli satu badan.

“ Ala… cakaplah abang tu takut dapat adik ipar awal sangat,” sengaja aku hirup air yang berbaki tu kuat – kuat.

“ dengan cara Iza minum sekarang? Tak Ada maknanya bakal ipar abang nak mendekat,” dia menjuihkan bibir.

Kemudian kami melayan perasaan masing – masing seketika sebelum abang Jebat bersuara.

“ you know that I love you, right?”

Aku menganggukan kepala.

“Please take care of yourself,”

“Iza bukan lemah, abang..” aku membalas perlahan. Sampai bila lah mereka ni nak ubah pemikiran yang aku bukannya anak kecil lagi.

“ Abang yang tak kuat kalau terjadi sesuatu pada Iza. Your job…,” dia menggelengkan kepala… “ is too dangerous!”

“ jangan risau. Iza tahu apa yang Iza lakukan. Iza Tak masuk bidang ni dengan membabi buta. Iza tahu risikonya. Please have faith in me?”

Dia menganggukan kepala nya. Fuh! Selesai satu masalah.

Right?

I hope so.

Dear to all my beloved reader:

I'll take a break from writing for a while.

Sebabnya:

1.cuti sekolah
2.my hubby just got back from outstation!

Tak lama mungkin 2 minggu saja, till abih school break n till my hubby get back to work again.

Jadi wahai para pembaca yang budiman, harap bersabarla ye...

😘😘😘😘

Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now