“Banyaknya trespasser malam ni, mungkin booby trap is not a bad… idea after all..”
“Kan Anas?” abang Hamzah bersuara tanpa lekang senyuman dari bibirnya. Senyuman watak seekor kucing di dalam Alice in the wonderland. Cheshire cat.Abang Anas turut membalas dengan senyuman yang sama.
Kini, Dua ekor kucing Cheshire muncul dalam keluarga aku.Abaikan Zikry
Abaikan big boss Nabil
Abaikan Chen dan Jenny
Abaikan maruah aku sebagai tough cookie girl.
Aku terus meluru ke arah abang Hamzah. Lengannya aku picit perlahan, dari atas hingga ke bawah, gaya memujuk.
“ Chill abang Hamzah…. Chill… ” aku memujuk, guna senjata kemanjaan to the max. Aku berusaha menenangkan abang Hamzah. Kalau dia merealisasikan ideanya, aku yakin bukan setakat orang luar Tak boleh masuk, sekali dengan aku Tak boleh keluar. Pada masa yang sama aku pastikan tiada barang berdekatan yang boleh dijadikan senjata contohnya pasu bunga, lapik alas meja, oh! Mungkin majalah… abang Jebat kelihatan turut melakukan perkara yang sama.
“ Kenapa adik? Takut? It’s for your own safety,” senyumannya masih belum lekang dari bibir. Suaranya juga kedengaran sangat tenang. Jangan leka Hazizah! Kau jangan percaya, ingat pepatah Melayu lama, ' air tenang jangan disangka tiada buaya'! Sebelah tangannya mendepa di penyandar sofa.
“ Jemput duduk,” kedengaran papa mempelawa tetamu yang baru datang.
“ Tak mengapa Tuan,kami berdiri di sini sahaja,” balas big boss aku.
“ Adik… apa pendapat adik tentang safe house?” senyuman masih terukir dibibir.
Dari kejauhan mesti orang ingat dia sedang bermesra dengan aku. 'Mesra' lah sangat. Tapi tanganku masih lagi tidak berputus asa memujuk.
“ overnya…” aku merengek manja, dengan harapan abang aku hanya berbicara kosong.
“Beggar can’t be choosers. ( Dia mengenyit matanya kepadaku) Safe house….is for your own safety, adik,” sekali lagi dia menggosok kepalaku. Kali ini aku membiarkan sahaja perlakuannya.
Kenapalah 'adik' tak hilang-hilang lagi ni?
“ ish! Abang Ni, Tak perlulah sampai ke situ. Janganlah berdrama sangat. Rumah Iza sekarang ni pun dah selamat.” Aku menyuntik senyuman keceriaan seribu watt penuh kecomelan aka aeygo Bak kata orang Korea.
"Your house?" Dia mendengus perlahan.
Kalau daun keladi kalis air, malam ni abang Hamzah kalis kecomelan aku.
“Anas! Kau boleh uruskan, kan?” abang Hamzah berpaling ke arah abang Anas.
Sekali lagi abang Anas mempamerkan senyuman kucingnya,
"Leave it to me,"
Kalau abang orang lain mungkin boleh andaikan mereka sedang bergurau, mengusik tapi andaian itu tidak boleh digunapakai untuk abang-abang aku.
“ Apa kata kalau kita sembunyikan Iza di…, abang Tuah berhenti dari menyebut nama tempat sebelum menyambung semula, “... tempat kita selalu memancing. Jebat boleh uruskan hal surveillance system, Hamzah boleh uruskan idea dia tadi.”
“ Hurm... Not a bad idea. Lepas tu aku boleh keluar memburu…”,
Senyuman kucing Cheshirenya kembali.
“-seseorang.”
“Very interesting family”, Jenny menyiku Chen.
'No..no…no….'

ANDA SEDANG MEMBACA
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...