Please let me tell you a story,
Di antara kelima-lima abang aku ni, secara relatifnya, abang Hamzah yang paling 'kecil' dari segi susuk tubuhnya. Jangan salah faham, abang-abang aku ni secara puratanya berketinggian menghampiri enam kaki. Dia lebih kepada ‘lean’side than the ‘buffy’ side.
Kalau tidak kerana potongan rambut ‘military cut'nya, aku tak rasa orang dapat meneka yang dia seorang berpakaian seragam, berbaju celoreng.Why?
Dia seorang yang sangat sopan, very soft spoken person. Muka Tak ganas langsung!
I know I’m good but personally I think abang Hamzah is better than me. Dang!
Aku tidak menghiraukan arahan abang Jebat yang meminta aku berada dihadapan bilik papa. Aku bukan tunggul, aku bukan lemah. Dan aku berharap selepas ini seluruh keluarga aku akan mendapat pesanan itu dengan jelas dan nyata. 'Kucing dah keluar dari bag', suka suki aku mengalih bahasa pepatah omputih. Malam ni, rahsia pekerjaan aku berkemungkinan besar bakal terbongkar.
Baby Glock tadi aku sisipkan semula di tempatnya. Dengan langkah yang tenang dan yakin aku bergerak menuju ke arah di mana abang-abang aku dan dua orang penceroboh itu berada.
“Iza! Buat apa Kat luar Ni? Pergi masuk!”abang Tuah laju menghampiri aku sambil menjadikan badannya yang Sasa it sebagai perisai, menghalang pandangan aku dari melihat tahanan mereka. Pfttt! Naifnya abang aku ni.
“Tak nak! Iza nak lihat perompak tu!” sengaja aku menggunakan perkataan perompak bagi mengantikan perkataan penceroboh.
“No Iza, it’s more complicated than that,” abang Tuah masih cuba menghalang pandangan aku.
“Apa yang complicated nya. Kan dah kena ikat tu?” seperti biasa aku suntikkan nada-nada manja, Kali ni siap pakej memuncungkan bibir ke arah tempat berkenaan. “Siapa punya kerja? Abang Hamzah ke abang Zaaba?” keningku sedikit terangkat.
“Iza...”tona nada abang Tuah mula berubah, menjadi lebih rendah, lebih dalam. Nada memberi amaran.
“Pa! Ma! Tak selamat lagi ni. Lebih baik Pa, Ma dan Iza tunggu di dalam rumah. Sekejap lagi pihak polis sampailah tu,” kehadiran papa dan mama berjaya mengalihkan perhatian abang Tuah dan aku mengambil kesempatan ini untuk bergerak melepasinya. Sudah pasti abang Tuah cuba menangkap aku, but hey! I’m not a bodyguard in name only, sudah tentulah aku boleh mengelak seperti belut. Lagipun teknik asas melepaskan diri aku belajar abang- abang aku juga.
Apabila langkah aku semakin menghampiri di mana abang Hamzah dan Jebat berada, telinga dapat menangkap butir perbualan antara mereka.
“ ini bukannya cubaan merompak It’s too complicated. Barang- barang yang aku jumpa dalam kereta mereka…” abang Hamzah menggelengkan kepala.
“ Dan mereka hanya membisu seperti robot!”
“ siapa kata ini cubaan rompak?” abang Jebat menempelak.
Postur badan abang Hamzah terus berubah.
“ maksud kau?”
Abang Jebat menggerakan wajahnya ke arah aku. Kini, mereka berdua menyedari kehadiran aku.
“Iza! Masuk dalam rumah!”
Unison.Twin expression!
Same posture!
Aku ketawa tanpa selindung. Aku tahu abang-abang aku ni sangat sayangkan aku..but this too much and too hilarious!!
“Abang Hamzah! Abang Jebat! Come on la..” aku tetap meneruskan langkah aku menghampiri mereka. Seperti biasa, aku langgar je arahan abang aku. Aku sempat menjeling ke arah longgokan peralatan yang dirampas oleh mereka berdua.
Damn! Are you kidding me?
Selain parabolic microphone, terdapat beberapa peralatan curi dengar yang lain yang aku kenal. Aku teka mereka akan cuba menyusup masuk ke dalam rumah kami. Malangnya bagi mereka, this is not an ordinary family.
“abang Hamzah, apa benda Kat kaki abang tu?” aku berlagak naif.
Kali ini abang Jebat pula yang ketawa besar. Dia memandang ke arah aku dengan pandangan seperti mengejek.
“ Iza, pergi masuk ke dalam rumah. Banyak nyamuk ni, ajak mama Dan papa sekali,”
See… aura soft spoken abang Hamzah kembali. Itu semua topeng! Dia hanya mahu memujuk aku supaya pergi dari situ sebenarnya.
“ cik Hazizah!”
Tiba-tiba orang one Ali bersuara, menegur dengan penuh hormat.
In a split second, dua orang abang aku menjadi dinding aku, memisahkan aku dengan mereka. Aku hanya dapat bayangkan wajah mereka tika ini.
“Ok, aku rasa aku tahu siapa target mereka,” abang Hamzah bersuara kepada abang Jebat.
Do you know them? Soal Abang Hamzah perlahan tanpa mengalihkan perhatiannya dari orang- orang One Ali.
Aku menjengok ke arah mereka berdua untuk melihat dengan lebih jelas.
“hm… not really?!”, serba salah aku memberi jawapan. Memang betul aku tak kenal mereka tapi aku kenal siapa boss mereka.
Salah seorang dari mereka membalas pandangan aku,
“Cik Hazizah, please allow me to quote this, ‘wait for me, my angel' ,” dia bersuara dengan penuh perasaan.
Everybody… maksud aku… semua ahli keluarga aku, mama, papa, abang Hamzah, abang Tuah terkaku seketika apabila dengar ungkapan itu. Semua orang dapat meneka ada sesuatu yang tidak kena dengan situasi sekarang ni. Kecuali abang Jebat yang masih memerhatikan tawanan seperti helang, semua orang menumpukan perhatian kepada aku.
“Iza kenal ke mereka berdua Ni,” soalan retorik kembali dari bibir mama.
Pada masa yang sama abang Zaaba dan abang Anas berlari-lari anak menghampiri kami.
“ Kami dah periksa kawasan sekeliling, all clear-“ abang Anas menghentikan perbualannya. Jelas dan nyata keadaan tegang antara kami semua atau lebih tepat keadaan tegang antara aku dan orang yang sekeliling aku. Almost all eyes on me kot!
“ kenapa Ni? Ma? Pa? Iza?” Dia mengerut dahinya kehairanan.
“Hazizah! Explain!”
Walaupun rendah sahaja nada suara Mama, tapi aku mula rasa kecut. Walau berapa pun umur kau sekarang, marah seorang ibu tetap berbisa.
Bunyi siren polis menyelamatkan aku dari menjawap soalan mama, at least buat Masa sekarang. Abang Anas kembali berlari ke arah pagar utama rumah menyambut kedatangan mereka.
Aku?
Kalau boleh mahu mengelak dari menghampiri mama. Normalkan perlakuan aku Ni? Jadi sekarang ni aku menjarakkan diri darinya.
Dup!
Tanpa sengaja belakang aku bertembung dengan abang Hamzah. Dan… tanpa sengaja juga 'baby' aku memperkenalkan dirinya kepada abang Hamzah.
Dan…(sekali lagi Dan) sebagai seorang tentera, sekilas rasa atau pandangan dia tahu identiti ' baby' aku.
“What the fish, Iza…”
Okey…. Aku mengaku kali ini aku agak seram dan gerun dengan nada suara abang Hamzah. Apabila orang yang biasanya bersuara lembut, tiba-tiba suaranya bertukar seperti menderam, well… say no more. Dahla Sebutan nama aku dipanjangkannya beberapa harkat. Aku menelan air liur.
Dia meraba 'baby’ aku lagi. Aku menangkap lengan abang Hamzah. Perlahan-lahan aku memusingkan badanku ke arahnya.
“shh!!” aku menjeling ke arah mama. Harap-harap dia faham maksud jelingan aku tadi. Abang Hamzah menarik aku menjauhi semua orang.
Dia melemparkan pandangan ke arah tawanannya semula, kemudian ke longgokan rampasannya, akhir sekali ke arah aku.
Aku menelan air liur sekali lagi.
“ Spy?”
Aku menggeleng.
“Undercover agent?!”
Tanpa mengalihkan pandangannya, abang Hamzah menanti jawapan dari aku. Eh! Bukan sama ke soalan satu dan dua?
“ erm.. bodyguard… jer..”
Abang Hamzah mengerut dahi. Kalau aku pun kerut dahi. Apa kaitan kerja aku dengan mamat dua orang tu? Dia tetap tidak berpuas hati dengan jawapan aku.
“ What kind of bodyguard?”
Aku mengedipkan Mata beberapa kali. Tajam betul pandangan abang aku ni.
“ Hmm.. bodyguard biasa je lah,” Aku cuba suntik aura manja.
“ Hamzah! Iza! Berbual apa lagi? Mari sini, Pengawai ni nak tanya beberapa soalan”
“ Baiklah Pa, sekejap lagi Hamzah datang,” lembut suara abang Hamzah menjawap panggilan papa, penuh dengan senyuman. Tapi... Senyumannya terus hilang apabila pandangannya kembali kepadaku.
“ abang Jebat.. dia tahu siapa mereka ni. Betul?”
“ Well… sort of-.. erm..”
Abang Hamzah memang seorang yang cool. Tapi kadang-kadang terlalu cool sampai boleh kena frostbite, contohnya sekarang ni. Aku tahu aku telah menekan butang protective mode dalam dirinya, ( well.. duh! Tak perlu hairan kot!) Mungkin tidak seteruk abang Jebat tapi- this kind of low key overprotective mode ni sebenarnya lebih menakutkan dari over display abang Jebat atau mungkin abang Tuah or abang-abang yang lainlah. Sekurang-kurangnya aku boleh baca mood abang Jebat, tapi kalau abang aku yang Ni.. haish!
Kering tekak pula aku asyik menelan air liur.
“Hamzah! Iza…” Papa memanggil kami lagi.
“Ye pa! Hamzah datang sekarang,”
“walaupun abang Tak tahu what the heck is happening now- but..”
"Bodyguard?
“hurm… Not bad!”
Huh!! Biar betik! Betul ke Ada abang aku yang approved pilihan kerjaya aku?Terkebil-kebil Mata aku, cuba menghadam realiti baru.
“ Abang tak-“ aku menggawangkan tangan ke udara. Aku Tak pasti perkataan apa yang sesuai.
“Siapa kata?”
Oookayyyyy… nampaknya masak la aku lepas Ni.
“We are- not done yet,” bisik abang Hamzah ke telinga aku.
Eleh! Macamlah aku Tak tahu.
“Ye.. baik.. abang Hamzah,”
Dia menggosok kepalaku beberapa kali dengan manja sebelum tangannya singgah ke pipi.
Auw! Auw! Auwww!
Abang Hamzah berjalan menuju ke arah di mana pegawai polis berada. Orang- orang one Ali telah di bawa masuk ke dalam kereta. Ali masih lagi mengelak dari Mama. Pihak polis mengambil keterangan abang Jebat pula. Aku dah lost track sudah berapa lama kami semua berada di luar rumah. Sekali sekala tangan ku menampar nyamuk yang mencari tapak menghisap darah pada kawasan yang terdedah. Fikiranku masih berbolak balik, berkira-kira bagaimana aku nak jelaskan situasi yang berlaku kepada mama dan papa terutamanya.
Disebalik kekalutan yang terhidang dihadapan aku, di sebalik kelam malam, sayup-sayup kedengaran bunyian yang tidak begitu asing bagiku. Bunyi bingit itu semakin lama semakin hampir, bersama dengan lampu yang agak terang. Situasi yang menarik semua perhatian semua yang Ada di sini. Semua orang berhenti berbual dan pandangan masing-masing tertumpu kepada objek yang semakin lama semakin menampakkan diri.
A helicopter!
Ia mula mendarat di satu kawasan lapang berhampiran di Mana kami berada. Oh! Rumah keluarga aku memang mempunyai laman yang luas.
Okay, Now we’re talking about grand entrance!
Sebaik sahaja helikopter itu mendarat, muncul Zikry melompat keluar dari perut helikopter tersebut dan tidak perlu aku teka arah tujunya.
“Haz! Awak ok ke?” termengah-mengah dia bersuara sambil memegang bahu aku.
Erk!
Sekilas Mata aku menjeling ke arah keluarga aku.
“ awak Tak cedera Kan?” dia melurutkan tangannya dari bahu hingga lengan aku.
Erk!
Tapi apabila dia mula seperti mahu memeluk aku, sepasang lengan gagah berotot menarik aku ke belakang dan muncul sepasang tangan lain menolak Zikry dari terus mendekati aku.
Perkara pertama yang muncul di benak fikiran aku..
Dang!
I guess.. it doesn’t hurt to have a fiance with extra zero in his bank account. EXTRA in a capital letters.
.
.
.
.
.
Nota dari penulis:Terima kasih kerana sudi membaca.
Maaflah sekarang ni jarak Masa update tidak menentu almaklumlah menulis ni hobi sahaja, byk keje lain yang perlu Saya uruskan. (Sila baca profile saya haha)
Terima kasih kepada yang sudi memberi bintang, memberi Komen... Really... really appreciate it.
Seperti biasa jangan lupa vote, follow n shared.
![](https://img.wattpad.com/cover/117653990-288-k758528.jpg)
YOU ARE READING
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...