bab 47

6.6K 336 65
                                    

This is a kingdom, I'm a king, you're dumb
I'm chew you and swallow, you're bubblegum
I parachute on my Neverland,
I'mma peter pan, so this will never end
(BTS 'RM' - Cypher Pt. 2: Triptych)

One Ali mendepa dan dengan sedikit lompatan dia mula menggenggam palang besi. Dengan menarik nafas dalam, kedua tangannya menarik beban badannya ke atas sehingga dada separas besi sebelum nafasnya dihelakan. Kemudian One Ali menarik nafasnya semula sebelum badan diturunkan perlahan dengan kiraan lima sehingga tangannya kembali lurus dan otot latissimus dorsi aka lats meregang sepenuhnya… tanpa menjejakkan kaki ke lantai, dia menaikkan semula badannya. Hanya otot biceps dia sahaja yang berkerja bukannya forearm-

-perkara asas yang penting yang agak sukar untuk beginner tapi dia bukannya seorang yang mentah. Latihan pull-up hari ini adalah latihan berjadual, latihan rutin seorang MMA. Latihan yang membantu menguatkan bahagian atas tubuhnya, memberi lebih 'kuasa' ketika clinch, grip and punch semasa bertarung dengan musuh.

Looking good in a suit?

Especially in a three piece suits?

Hmm.. Itu adalah bonus!

Setiap sesi selalunya dia akan melakukan beberapa variasi pull up . Kali ini di bermula dengan wide grip pull up, variasi yang banyak menumpu kepada otot lats, satu otot besar yang terletak dibelakang badan manusia.

Dihujung penjuru matanya, dia melihat Uno, berdiri dengan sabar, menunggunya selesai.
Tanpa rehat dia menukar kepada close range pull up sebelum bertukar kepada chin up. The ‘good pain' started building up in the targeted area.

“Apa yang penting sangat ni?”

One Ali menepuk pahanya sendiri berulang kali. Dia mengambil dua biji bola tennis dan kembali kepada palang besi semula untuk melakukan grappler pull up pula. Uno tidak akan mengganggunya di sini sekiranya tiada perkara yang benar-benar penting.

“ Dua orang rakan kita ditangkap oleh polis semasa melakukan tugasan Cik Hazizah,” riak wajah Uno statik, tiada riak.

Ya… dia dan Uno lebih gemar menggunakan perkataan 'rakan' dari ‘orang suruhan'.

Sebab???

Ianya akan memberi level makna yang berbeza dari segi kesetiaan yang bakal dijana.

“ Hurm..”

One Ali mengerakkan otot leher ke kiri dan ke kanan, genggaman tangannya dibuka dan ditutup beberapa kali. Dia kembali menarik nafas dalam sambil mengatur nafasnya semula. Pull up and chin up is not an easy task.

“ Sepertinya khabar angin itu benar, keluarga cik Hazizah bukan keluarga biasa,” Uno meneruskan laporannya.

“Salah seorang abang cik Hazizah yang bernama Hamzah berjaya menangkap mereka berdua… effortlessly,”

One Ali melebarkan senyumannya,

“Interesting!”

One Ali mengakhiri rangka latihan hari ini dengan rope jumping. Sekali lagi Uno menanti dengan sabar.

“ Sediakan pampasan untuk keluarga mereka dan juga carikan peguam untuk mereka berdua,” dia tidak pernah menggunakan khidmat peguam yang sama apabila menguruskan hal anak buahnya.

“ And… Aah… don’t forget to remind them…” dia meletakkan jarinya ke bibirnya yang sedang mengukir senyuman.

“Or”

Cik PA Cik BodyguardWhere stories live. Discover now