Selepas letusan beberapa belas patah perkataan yang erm… better left unsaid, suasana di dalam kenderaan kembali sunyi, sesunyi sunyinya. Mungkin mereka menghormati aku yang sedang cuba melelapkan mata walaupun untuk tidur yang aman dan lena di dalam keadaan laluan off-road yang mencabar ini adalah sesuatu yang mustahil. Tiba – tiba sahaja kenderaan kami berhenti. Aku dan rakan yang lain terus berada di dalam keadaan bersedia, semua deria dibuka dan tangan disenjata, ready to combat.
“Ajis! Tukar tempat ke depan,” big boss Nabil memberi arahan. Tanpa sebarang bantahan, arahan tersebut dituruti. Perjalanan diteruskan semula dan sekali lagi keadaan di dalam kenderaan kami ini kembali sunyi.
“ Ajis! Spill…,” hanya dua perkataan tapi mempunyai berat dari segi nilai makna tersirat.
“Briefly,” erm.. ok.. tiga perkataan.
“ Bos nak saya beri laporan ringkas penculikan ke atau mengenai obsessi baru One Ali?” aku memeluk tubuh. Sejuk pula rasanya duduk di tempat duduk hadapan ni. Aku tak pasti sejuk sebab air-conditioning ke atau sebab aura kuss kusss kuss boss aku ni. Aku menjeling panjang kepadanya.
Opsss!
Jelingan aku berbalas, malah lebih tajam dari aku.
Aku meringkaskan cerita bermula dari kami diserang hendap, Amin dibelasah di tempat parkir, diberikan dadah jenis GHB, layanan yang diterima, sistem keselamatan yang aku amati dan one Ali melarikan diri melalui terowong bawah tanah.
Oh! Minus bitch slap yang aku terima dari Marina.
Definitely minus that bitch slap.
Tak semena-mena aku membetulkan rahang.
Dan.... aku membuat kesimpulan sendiri, One Ali tak kisah kalau aku cedera asalkan bukan dia bukan dari tangannya sendiri.
“Kenapa kau fikir one Ali obsessed dengan kau, Jis?”
“ Dia yang buat pengakuan sendiri. Saya qoute ' your are my new obsession'. And he’s really give me a weird, creepy vibe.”
Tiba – tiba sahaja bulu roma aku tegak berdiri. Aku menggerakkan tubuhku beberapa kali sambil menggosok lengan, cuba menghilangkan perasaan seram yang datang tanpa diundang.
“Dan ada lagi beberapa lagi contoh ayat lain yang menguatkan andaian saya,” aku terus memerhati kegelapan malam di hadapan.
Sekali sekala aku terpaksa memegang pemegang dibahagian atas pintu kereta untuk menstabilkan kedudukan aku.
“Kau yakin itu bukan gurauan atau mungkin hanya ingin menakutkan kau, Ajis?”
“Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kelakuan One Ali, saya tak mampu atau berani mengkategorikan itu hanya gurauan, boss.”
Big boss Nabil tetap dengan pemanduannya, tidak memberikan sebarang reaksi.
“Oh! One more thing, Marina tu adik tiri One Ali,” sekali lagi aku cuba mencari reaksi di wajah Encik Nabil.
Memang juara poker face betullah Boss aku Ni!
“ Sudah dijangka,” hanya jawapan pendek yang keluar dari bibirnya. Haish! Big boss aku ni menjadikan Amin sebagai idola ke? Sebut pasal Amin-
" Boss! Amin dan Firdaus.. bagaimana keadaan mereka sekarang?"
"Masih bernafas."
Boss aku ni, suka betul bagi jawapan cryptic. Aku dahla malas nak decode.
"Boss... Please be specific!"
"Firdaus... one Superficial injury due to gun shot, blunt force trauma on the abdomen."

ANDA SEDANG MEMBACA
Cik PA Cik Bodyguard
Romance***edit*** Hazizah aka PA aka bodyguard halimunan aka tunang jadian Menyamar? tak ada hal... kacang je... Babysitter? Bab jaga baby terlajak umur... enteng.. but those freaking heels? OMG! tak sanggup den!.. kenapa oh kenapa? bos dera aku sebegini...