BAB3

3.3K 147 1
                                    

'Bushhh'

Buku buku berteraburan di atas lantai. Jane terkejut, dengan pantas tangannya mula memunggut buku buku yang berteraburan itu sambil mulutnya terkumat kamit meminta maaf.

"Sorry, sorry, Sorry.. sorry sangat. Saya Tak nampak tadi" Kata Jane tanpa henti.

"Ehh Tak pe tak pe." Kata lelaki dihadapannya yang juga sedang ligat mengutip buku buku yang bertaburan di atas lantai. Selesai mengutip buku mereka berdua berdiri. Jane terkaku melihat wajah lelaki di depannya. 'Hensem' Kata Jane dalam hatI sambil tersenyum kecil. Jane menyerahkan buku buku yang berada ditangannya kepada lelaki itu tanpa mengalihkan pandangannya.

"Thanks" Kata lelaki itu lembut sambil tersenyum halus. Jane membalas dengan menganggukkan kepalanya.

Buku yang berada dalam tangan lelaki itu sekalI lagi hendak jatuh. Nasib baik sempat dicapai oleh Jane.

"Ermm, boleh saya tolong..?" Kata Jane menghulurkan bantuan.

"Hmm, Tak menyusahkan ke?" Soal lelaki itu meminta kepastian.

"Eh, tak de la. Anggap je sebagai tanda maaf saya sebab terlanggar encik tadi" Kata Jane sambil tersenyum manja. Lelaki itu terdiam sebelum membalas senyuman Jane.

"Hahaha, kalau macam tu marilah. Kita ke bilik guru." Kata lelaki itu gentleman. Sepanjang perjalanan mereka hanya menyepikan diri tanpa sebarang Kata.

"Erm, Awak ni belajar kat sini ke?" Soal lelakI tadi

"Hah? Oh. Haah, Saya belajar kat sini tahun akhir" balas Jane yang seperti tersedar dari lamunan. Lelaki itu menganggukkan kepala tanda faham. Keadaan bertukar sunyi kembali.

"Encik pulak?" Soal Jane.

"Hah?" Balas lelaki itu kehairanan. Jane tergelak kecil 'nampak hensem tapi agak slow' Kata Jane dalam hati.

"Maksud Saya encik pulak buat ape kat sini. Bukan ape Saya tak pernah nampak pon encik kat sklh ni" terang Jane.

"Ouhh, ermm Saya datang nak jumpa kawan kat sini" balas lelaki itu laju.

"Ouhh, die pelajar ke guru?" Soal Jane. Jane ni kalau sekali di bagi bercakap memang susah nak berhenti, semua die nak tahu. Lelaki itu hanya tersenyum tanpa menjawab soalan Jane itu. Kini mereka berdiri dihadapan bilik guru. Lelaki itu meletakan buku yang dipegangnya di atas rak yang disediakan disebelah pintu masuk lalu mengambil buku yang berada pada Jane pula. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Jane kerana menolongnya tadi. Jane baru hendak memulakan langkah meninggalkan tempat itu terhenti apabila dipanggil semula oleh lelaki tadi.

"Erm nama awak ape ek?" Soal lelaki itu. Jane tersenyum.

"Nama Saya Nur Jannah panggil Jane saje" Kata Jane kemudian berlalu pergi. Lelaki itu tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya beberapa Kali.

              ***************
Fika menilik jam tangan baby-G nya lalu memandang kiri dan kanan seperti mencari seseorang.
Iris dan Biela memandang Fika yang seperti kucing mati anak.

"Weyh Fika, kau da kenapa. Kau cari sape?" Tanya Biela. Fika berdecit.

"Ni hah. Aku cari Jane, bayang die pon aku tak nampak. Kata nak pegi tandas tapI asal lama sangat" jelas Fika kerisauan

"Die bukan budak budak. NantI die datang le sini" Kata Iris pula acuh Tak acuh.

"Hmmm." Fika mengeluh tapi apa yang Iris cakap tu betullah. Jane bukan budak budak lagi nak kena risau. Fika menyambung makan semula.

IDENTITI AKU?!! Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang