Irsyad mengenakan baju tuxedo warna hitam dan bercermin mata sambil berjalan kaki disepanjang jalan pejalan kaki di kota London itu dan diikuti oleh 2 orang pengawal peribadinya. Niatnya hanya untuk melapangkan fikiran kerana sarat dengan urusan kerja dan urusan lain. Dia terbeban. Dia berjalan namun matanya sesekali ligat memandang Iphone X nya.
Tiba tiba dia dilanggar dengan kasar oleh seseorang sehingga telefon pintarnya itu terjatuh. Pengawal peribadinya mula mendekati Irsyad. Perempuan itu dengan kasar menarik narik lengan baju Irsyad sambil menangis nangis meminta tolong.
"Help me sir. please! Help me!" Kata perempuan itu semakin kuat menangis. Pintanya dalam hati semoga mamat inggris ini mampu membantunya untuk pergi dari neraka ini. Pengawal peribadi Irsyad cuba melepaskan pegangan perempuan itu tapi dihalang oleh Irsyad.
"Why miss? Take a deep breath and tell me" kata Irsyad lembut. Belum sempat perempuan itu membalas, datang sekumpulan lelaki berhenti dihadapan mereka. Mereka seperti baru lepas berlari marathon 400 meter. Perempuan itu berganjak ke belakang Irsyad sambil tersedu sedan menangis dan pengawal peribadi Irsyad mula mengambil tempat disebelah Irsyad.
"Who are you guys?" Tanya Irsyad kasar. Dengan tiba tiba datang suatu suara garau menyapa.
"Irsyad! How are you?" Tanya lelaki itu ramah sambil tersenyum senget. Mata Irsyad terbeliak. Tak sangka mereka akan bertemu.
"R..ryann" jawab Irsyad terkejut. Ya dia adalah Ryann yang sama telah menghantar orang untuk membunuh Iris. Ryann sebuah nama yang tidak asing dalam dunia yakuza. Antara yakuza yang paling kejam dan sukakan kemusnahan.
"Shit. Apahal dia ada kat sini" gumam Irsyad perlahan. Perempuan itu terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh lelaki asing itu. Orang melayu! Sangkanya Irsyad adalah orang inggris disebabkan kulitnya yang putih melepak dan rambutnya yang keperangan.
"Like this Irsyad. For now i don't have any problems with you. Maybe for now. But first, give that girl to me. She's mine" kata Ryann dengan senyuman penuh maknanya sambil menunding jarinya kearah perempuan disebelah Irsyad memakai baju yang agak mencolok mata dengan rambut yabg kusut masai dan make up yang luntur kerana air mata.
"Encik tolong saya encik. Mereka nak seksa saya. Mereka nak jadikan saya pelacur encik. Saya tak nak. Saya nak balik Malaysia." Kata perempuan itu laju sambil air mata masih membasahi pipi. Orang yang lalu lalang memamg tidak mengambil peduli kerana takut mereka yang menerima padahnya walaupun tahu negara mereka mempunyai undang undang. Irsyad memandang perempuan itu. Timbul rasa kasihan, dia teringatkan Irna. Pasti Irna dulu juga seperti perempuan ini, ketakutan tanpa tempat perlindungan. Tak mungkin dia akan membiarkannya begitu sahaja.
"Take care of them" arah Irsyad sebelum menarik perempuan itu sementara bodyguardnya menahan mereka. Ryann tergelak bengang.
"You wrong Irsyad. You make a wrong decision. I swear!" Kata lelaki kacukan jepun itu dengan bengangnya.
Tak berapa saat kemudian terdengar bunyi tembakan. Irsyad memandang ke belakang. Irsyad menarik perempuan itu untuk segera berlari.
"Irsyaaaaadddd" jerit Ryann. Dengan sekali tembakan tepat mengenai belakang Irsyad. Wanita itu terkejut terus terduduk sambil menggoncang badan lelaki itu. Dia memandang ke belakang, melihat Ryann dan konconya semakin menghampiri.
"Pergi! Just gooo!" Jerit Irsyad kepada perempuan itu. Perempuan itu menggelengkan kepalanya sambil teresak esak menangis. Tidak mungkin dia meninggalkan orang yang sudah membantunya.
Dengan tiba tiba satu das tembakan mengenai salah seorang konco Ryann. Ryann memandang konconya yang terbaring dan kemudian berlari la sekumpulan lelaki berkot hitam datang melindungi Irsyad dan perempuan itu. Dalam kesakitan Irsyad tetap gagahkan diri melihat siapakah manusia yang membantu mereka itu. Iris! Lelaki itu tersenyum sedikit sebelum matanya menjadi kelam dan gelap.
YOU ARE READING
IDENTITI AKU?!!
RandomHidup dia? Siapa dia? Tiada siapa yang tahu. Hidup sebagai seorang yang misteri menyimpan seribu satu kisah suka dan duka yang hanya dia sendiri tahu. Dia seorang gadis yang lebih suka mendiamkan diri dan seorang yang tenang dalam menjalani kehidup...